HARI Sabtu, hari cuti bagi Haidan. Awal-awal pagi lagi, dia bergerak ke pejabat TMS dengan membawa sarapan berupa beberapa jenis kuih-muih serta empat bungkus nasi lemak.
Cukuplah untuk gorgon di pejabat sana. Mereka pula jenis tak kisah. Asalkan makanan dan halal. Semua ditelan.
Setibanya di pejabat, dia menaiki lif hingga ke tingkat tiga di mana bilik mesyuarat utama terletak. Di situ juga ada biliknya dan bilik Ray.
Senang cerita, di tingkat tiga ini ada bilik pejabat untuk beberapa orang ahli dan bilik mesyuarat. Juga tingkat tiga adalah kawasan larangan bagi mereka yang bukan di kalangan ahli TMS.
Tahun lepas, ada seorang pengkhianat yang berjaya memasuki tingkat tiga dan hampir berjaya mencuri beberapa data penting milik ahli sepai TMS. Dia berjaya ditangkap oleh Haidan sendiri dan John.
“Hoi, Dany!” sapa seseorang yang lebih kepada jeritan membuatkan Haidan memalingkan wajahnya. Cermin mata hitam diselitkan pada baju dengan penuh gaya.
“Hoi, Ray! Assalamualaikum.” Haidan memberi salam sebelum bersalam dengan trademark mereka.
“Waalaikumussalam! Macam banyak je dekat tangan tu, buat kenduri ke?” soal Ray, tersengih-sengih sambil mereka berjalan masuk ke dalam pejabat Haidan.
“Ya, aku beli untuk team kitalah. Team Alpha ada tak? Kata nak bincang fasal kes Rizal tu?” soal Haidan, tak menyabar.
Dia sudah bersila di atas kerusi sambil menikmati nasi lemak. Ray pula sibuk menikmati kuih seri muka sambil membelek dokumen di tangan.
“Murah rezeki kau, bro. Tapi, sebelum aku jawab soalan kau cuba kau tengok jam kau pukul berapa sekarang?” soal Ray pula dan Haidan hanya akur.
“Hmm, pukul sembilan pagi. Kenapa?” soal Haidan pula sambil menggaru kening. Lupa pula beli air! Pedas lain macam nasi lemak Kak Leha hari ni.
“Boleh kau tanya aku kenapa? Meeting tu kan mula pukul 10 pagi? Kau demam ya, Haidan Yunus?” Telapak tangan diletakkan pada dahi licin Haidan.
Manalah tahu panas sampai perlu ditahan wad ke? Tapi, tak. Tak panas langsung, suam saja. Sah, Haidan ni kalau tak stres mesti angau!
“Ya Allah, lupa! Penat je aku bangun awal, kelam-kabut datang sini. Nasib nasi lemak ni tak sold out lagi. Hei, aku sihat eh?” Haidan mula membebel.
Sejak makin berusia ni, ada saja benda yang hendak dia bebelkan. Sindrom orang tua-tua barangkali.
“Itulah kau, lain kali buat double check. Ni mesti fikirkan budak Maryam tu kan? So, macam mana Maryam? Okay ke dekat Masjid Tanah?” soal Ray pula.
Terasa bersalah apabila Haidan yang lebih mengambil tahu perihal Maryam sedangkan itu amanah untuk mereka berdua.
“Mana ada aku fikirkan dia. Aku fikirkan keselamatan dia je. Maryam okay, peramah walaupun boleh tahan kasar. Sekarang, dia kerja dekat butik. Aku dengan Hakim masih cari tahu dia tinggal dengan siapa sekarang ni.” Panjang lebar Haidan bercerita.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...