y b m 15

259 25 9
                                    

MANA Maryam ni, Hakim? Tak ada pun.” Haidan menyoal kepada Hakim yang sibuk memandu di sebelahnya. Dah merata tempat di kawasan Masjid Tanah ini mereka jajah, bayang seorang gadis bernama Maryam pun tak ada.

“Tak tahulah, Dan. Cuba kau google.” Hakim membalas malas serta tersengih. Sengaja membuat lawak bodoh, mahu didihkan darah Haidan.

“Ha ha ha. Aku rasa dia dah dapat kerja la. Tapi, dia tinggal dekat mana? Hakim kalau kau nak balik BB, kau baliklah. Aku nak duduk sini sampai aku jumpa dia.” Haidan mula membuat keputusan.

Selagi tak jumpa Maryam, hati dia tak tenang. Maryam adalah amanah yang perlu dia jaga. Entah sebab apa, kes kali ini Haidan pandang begitu serius.

“BB tu apa sengal? Kau biar betul, Dan? Patutlah dengan beg bagai. Kau nak tinggal mana ni?” soal Hakim bertalu-talu.

“Amboi, sengalkan orang! BB tu Batu Berendam la. Malas nak cakap nama penuh dia. Ala, sini banyaklah hotel. Tak ada hotel, masjid kan ada?” Haidan tersengih.

Nanti kang dituduh mencuri duit tabung. Manusia kan pantang, sibuk mencari kesalahan orang lain. Diri sendiri punya tak nampak. Begitulah kehidupan.

“Oh, kau ni! Yalah, yalah. Sedangkan ulat boleh hidup dalam batu apatah lagi kau, kan? Kalau macam tu, kau cari hotel sekarang, senang la aku nak drop kau.” Hakim tersengih lagi.

“Eh, tak baik betul. Menghalau aku sungguh kau ni!” Cepat-cepat Haidan mencapai telefon pintar, disuruhnya Luqman menempah hotel yang masih kosong.

“Orang kata, kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Ha, nanti Allah mudahkan urusan kau.” Hakim membalas lagi dengan sengihan menampakkan barisan gigi.

Nasib baik putih bersih!

“Jomlah, kita singgah solat dengan makan dulu. Lepas tu, baru kau drop aku.” Haidan memberi idea pula.

“Okay, cun!” Misi mencari Maryam ditangguhkan terlebih dahulu. Yang penting, tanggungjawab pada Tuhan kena penuhi dulu.

×××

TAK sampai sehari Maryam berada di rumah Umi Teja, dia sudah berani menyatakan hasrat mahu pergi ke sebuah kedai runcit.

Tidaklah jauh mana tetapi Umi Teja kan terlajak prihatin maka hendak ke kedai runcit pun perlu bersyarah berkajang-kajang.

Tiba di kedai runcit dengan telefon pintar yang sudah menyenarai jenis barangan mahu dibeli, Maryam laju saja mencapai pelbagai barangan basah. Yang paling penting, aiskrim!

Queue pun tidaklah terlalu panjang maka setelah selesai memilih barangan, Maryam beratur di belakang seorang wanita dengan seorang anaknya.

Setibanya giliran Maryam, dia menyusun barangan yang telah dipilih. Cekap saja juruwang di hadapannya mengimbas barang tersebut.

“Semuanya RM 60 ringgit, sembilan puluh sen, cik.” ujar juruwang tersebut dengan tag nama Nadya.

Mata Maryam membulat. Okay, sekarang ni Maryam tak cukup duit! 10 ringgit tak cukup sekarang ni. Manalah nak letak muka comelnya?

“Err... saya... Saya tak cukup 10 ringgit la, cik. Saya pergi letak barang yang saya tak nak boleh?” pinta Maryam pula dengan wajah yang sudah tebal lima inci.

Hoi, memalukan sungguh!

“Tapi, saya dah scan ni cik.” Gadis di hadapannya membalas pula. Mulalah Maryam resah sendiri. Macam mana ni? Mana nak datangnya hero dari langit?

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now