y b m 26

201 22 16
                                    

HARI itu, Maryam keluar berdua dengan Haq ke sebuah pusat membeli-belah dengan niat mahu membelikan hadiah buat Lili, anak kepada angah iaitu Jebat.

Esok, Lili sudah genap tiga tahun. Majlis hari lahir Lili akan diadakan di rumah Umi Teja. Itu yang Maryam mahu membelikan barang-barang bagi menghias. Kebetulan, Jebat dan isterinya cuti jadi bolehlah mereka sambut di Melaka.

Lili pun sudah lama tidak pulang ke desa dengan abangnya, Lutfi.

“Lili suka apa eh, bang?” soal Maryam ketika mereka memasuki kedai Toy Story, sebuah kedai mainan yang besar.

Kalau diri Maryam yang berumur lima tahun memasuki kedai ni, pasti terasa seperti di dalam syurga. Tapi sekarang, syurga dunia Maryam adalah kedai buku. Haha!

“Lili tu mudah. Bagi je apa-apa, semua dia suka. Semua dia masuk dalam mulut.” Abang Haq menjawab sambil membelek kereta mainan. Yang ini, untuk Luthfi bolehlah!

“Ala, Abang Haq ni tak ada jawapan spesifik sikit ke?” soal Maryam tidak berpuas hati.

“Haha! Beli jelah mainan jenis apa pun, Mar. Beli Barbie ke? Budak-budak perempuan kan suka Barbie tu.” Haq membalas sambil mencapai mainan kereta. Bolehlah yang ini untuk Luthfi.

Kalau tidak belikan untuk kedua-duanya sekali memang merajuk la salah seorang. Jenuh pula nak memujuk!

“Barbie? Bolehlah, Mar nak pergi tengok kejap.” Maryam meminta diri ke arah hujung kedai.

Mata Maryam bersinar-sinar melihat pelbagai jenis patung Barbie yang tersusun kemas. Ada mainan Barbie yang dengan baju-baju tu, ada mainan Barbie dengan dream house tu, dan banyak lagilah.

Terlalu banyak pilihan membuatkan Maryam berdiri lama, tidak tahu hendak memilih. Akhirnya, Maryam mengambil mainan Barbie yang ada rumahnya sekali. Harap Lili sukalah.

“Dah pilih ke? Confirm yang ini?” soal Haq apabila Maryam mendekatinya.

“Haah, confirm.” Maryam angguk kepala dengan penuh yakin. Haq menganggukkan kepala sekali.

“Okay, abang bayar kejap. Mar tunggu dekat luar.” Haq mengusap kepala Maryam sebelum berlalu ke kaunter.

Maryam akur, dia berlalu ke arah luar kedai. Dalam beberapa minit menunggu, Haq kembali dengan beg kertas di tangan.

“Abang laparlah, Mar lapar tak? Jom kita makan Subway?” Haq mengadu dengan mata yang terpejam, tangan naik mengusap perut. Dramatik teruk!

“Sikitlah. Bolehlah, boleh. Jom, jom.” Maryam angguk lagi, turutkan saja cakap seorang abang yang jarang ada masa dengan keluarga.

“Jom!” Haq menarik tangan Maryam, teruja menuju ke arah Subway yang tidak jauh mana. Nasiblah, ada abang yang clingy! Patutlah Hang Lekiu yang seorang ni masih belum berpunya.

“Mar nak yang mana?” soal Haq apabila Maryam terlebih dahulu melabuhkan duduk. Dah tahu dah siapa yang bakal jadi tukang oder.

“Tak kisah, Mar terima seadanya. Terima kasih, bang.” Maryam tersengih memandang Haq. Lelaki itu hanya membuat tanda okay menggunakan jarinya.

Maryam mengeluarkan telefon pintar yang berada di dalam tote bag miliknya. Ada nombor yang tidak diketahui telah mesej dengannya di Whatsapp.

Maryam mengerutkan kening.

014778****

+ Maryam Humaira, I know where you are rn.

+ Jangan bermimpi yang kau boleh lari daripada aku.

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now