"Scalpel." Skalpel di hulurkan kepada Ean Zafran, dia membuat hirisan sepanjang 6 hingga 8 inci di bahagian tengah dada pesakit.
"Bovie." Bovie dan kain kasa di hulur kepada Ean Zafran. Dia cuba mengawal pendarahan sebaik mungkin. Tulang dada di potong dan tulang rusuk di kembangkan untuk sampai ke jantung pesakit. Pembedahan coronary artery bypass ini akan mengambil masa 3 hingga 8 jam bergantung kepada keadaan pesakit.
"Okay done." Ean Zafran menarik nafas lega setelah selesai jahitan akhir pada dada pesakit. Hampir 5 jam dia berperang di dalam bilik pembedahan ini. Bukan mudah menjadi seorang pakar bedah jantung kerana nyawa pesakit bergantung kepada dirinya.
Setelah membersihkan tangannya, Ean Zafran melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dia mencapai telefon bimbitnya, dia terkejut melihat 100 panggilan tidak dijawab daripada nombor telefon seorang ibu yang dia gelar 'umie'. Dia mula berasa hairan, tidak pernah umie membuat panggilan telefon sebanyak ini.
"Ayan! Umie nak Ayan balik sekarang juga!" Belum sempat dia memberi salam, umienya terlebih dulu menyembur dia dengan kemarahan yang dia sendiri tidak tahu apa puncanya. Ayan, nama timangan di dalam keluarga kerana bagi walid nama Ean sukar di sebut jadi tercipta la nama Ayan. Mereka yang memberi dia nama, mereka sendiri berasa nama itu sukar di sebut.
"Umie, kenapa marah-marah ni? Ayan memang nak balik kampung minggu ni." Ujar Ean Zafran sambil membelek jadual kerjanya.
"Ayan tanya kenapa umie marah? Tak tengok whatsapp group ke?" Tanya umie dengan nada suara marah. Dia baru sahaja keluar daripada dewan bedah, mana la nak tahu apa yang terjadi di dunia luar.
"Umie, Ayan ni baru lepas keluar daripada bilik pembedahan. Cuba umie cerita apa yang umie marah sangat ni?" Tanya Ean Zafran sambil scroll telefon bimbitnya dan dia membuka aplikasi whatsapp. Dia terkejut melihat lebih 50 message tidak di baca di dalam group whatsapp yang di beri nama 'Keluarga Hj Fadhil'. Dia tertanya-tanya apa yang mereka bualkan sehingga terdapat berpuluh-puluh message.
"Walid, umie tengok anak bongsu buat apa?" - Kakngah
Sekeping gambar di hantar ke dalam group whatsapp Keluarga Haji Fadhil
"Astaghfirullalzim.. Apa semua ini Ayan?!" -Umie
"Ya Allah, Apa yang kamu buat ni?" - Walid
"Patut la lambat berkahwin, rupanya ada secandal kaum sejenis." - Kaklong
"Ayan! Jelaskan pada umie dan walid." - Umie
Tercengang Ean Zafran membaca message di dalam whatsapp group keluarganya. Dia membuka gambar yang diberi oleh kakngah, gambar Emir sedang memeluknya sambil mencium pipinya. Emir post gambar itu di Instagram dengan caption 'I Love My Surgeon.' Ean Zafran menepuk dahinya. Kenapa la dia mempunyai sahabat yang bongok ni.
"Umie, gambar itu bukan macam yang umie fikirkan. Emir main-main je la." Jelasnya kepada umie tersayang.
"Umie nak Ayan balik ke kampung dalam minggu ni juga. Umie nak bincang tentang perkahwinan Ayan.Semakin lambat berkahwin semakin risau umie." Ean Zafran melepaskan keluhan mendengar kata-kata umienya. Dia memicit panggal hidung mancungnya ini, pening memikirkan soal kahwin.
"Umie, pasal kahwin itu. Ayan tak ready lagi la, lagipun Ayan mana ada calon nak berkahwin." Ujar Ean Zafran, dia bukan tidak mahu berkahwin tetapi dia masih belum menemui yang betul-betul ikhlas ingin berkahwin dengannya bukan hanya menginginkannya kerana dia pakar bedah.
"Umie nak ayan berkahwin tahun ini juga. Muktamad!" Ujar umie tegas sebelum menamatkan panggilan telefon. Ean Zafran mendengus kasar, ini semua punca daripada Emir. Tidak pasal umie memikirkan dia menyukai kaum sejenis.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...