12

16.5K 671 5
                                    

Pelahan-lahan Ean Zafran melangkah masuk ke dalam wad Pak Rashid. Jam menunjukkan pukul 1 pagi, dia sengaja masuk ke dalam wad ini untuk melihat keadaan ayah mentuanya dan juga Lily Ayana. Dia memandang ke arah mentuanya yang sedang tidur di katilnya, manakala Lily Ayana sedang tidur di atas sofa Panjang. Ean Zafran Mengambil selimut Lily Ayana yang jatuh di atas lantai dan menyelimuti tubuh gadis itu hingga ke paras bahu. Dia mengucup kepala gadis itu yang ditutupi tudung.

Ean Zafran melangkah mendekati ayah mentuanya, dia memeriksa degupan jantung dan kadar oksigen pada Skrin ECG mesin.

"Ayan?" Lemah suara PAkcik Rashid memanggil nama menantunya yang sedang melangkah menuju ke pintu. Ean Zafran menoleh saat mendengar namanya di panggil.

"Ayan ganggu ayah ke?" Tanya Ean Zafran sambil mendekati ayah mentuanya itu, tangan lelaki itu di genggam erat.

"Tak la, ayah terjaga sebab bau minyak wangi Ayan. Ayan nak tahu tak, ayah tahu Ayan bukan bekerja sebagai pemotong daging tetapi ayah tak tahu Ayan kerja apa sebenarnya. Menantu ayah doctor rupanya." Ujar Pak Rashid lemah, tetapi dia masih kuat untuk tersenyum.

"Ayan minta maaf kerana menipu ayah. Ayan cuma ingin mencari yang ikhlas, menerima Ayan seadanya."Ujar Ean Zafran sambil mencium tangan lelaki itu, dia berasa sangat bersalah saat ini.

"Ayah tak marah Ayan. Ayah bersyukur kerana ada menantu yang baik seperti Ayan, jika Ayah ditakdirkan meninggal dunia sebelum pembedahan, ketika pembedahan atau selepas pembedahan ayah minta sangat Ayan tolong menjaga, mencintai dan melindungi Lily Ayana dengan sebaiknya. Mencintai la dia setulus hati, tolong jagakan dia untuk ayah." Menitis air mata Ean Zafran mendengar kata-kata Pak Rashid. Kenapa ayah mentuanya berpesan seperti itu? Pembedahan ini Insha Allah berjaya.

"Ayah jangan la cakap macam tu, In Shaa Allah semua akan berjalan lancar." Ujar Ean Zafran keresahan. Dia tidak mahu ayah mentuanya stress memikirkan tentang pembedahan ini.

"Tolong janji pada ayah." Rayu Pak Rashid

"Ayan janji akan menjaga, melindungi dan mencintai Lily Ayana sepenuh hati." Balas Ean Zafran bersungguh-sungguh, dia mula berasa tidak sedap hati. Dia berharap pembedahan esok berjalan lancar.



Tepat pukul 8.30 pagi beberapa orang jururawat mula memasuki wad Pak Rashid untuk membawa lelaki itu dewan bedah. Ean Zafran turut masuk ke dalam wad ini untuk memantau keadaan Pak Rashid. Katil Pak Rashid di tolak keluar daripada wad ini. Ean Zafran turut membantu menolak katil ini keluar daripada wad.

"Awak?" Ean Zafran menoleh apabila mendengar Lily Ayana memanggilnya.

"Tolong janji pada saya yang pembedahan akan berjalan lancar." Ean Zafran terkejut mendengar kata-kata Lily Ayana. Mana mungkin dia berjanji seperti itu, dia mengusap lembut pipi Lily Ayana.

"Saya tak mampu untuk berjanji seperti itu, tetapi In shaa Allah semua akan okay." Ujar Ean Zafran cuba menenangkan hati Lily Ayana yang sedang resah.

"Tolong janji pada saya yang semua akan berjalan lancar." Lily Ayana menangis teresak-esak, Ean Zafran tidak sanggup melihat Lily Ayana menangis.

"Ya saya janji semua akan okay." Ujar Ean Zafran sambil memeluk tubuh kecik Lily Ayana. Kepala gadis itu di usap lembut. Dia juga sangat berharap semuanya berjalan lancar tetapi dia hanya manusia biasa tiada kuasa untuk menentukan segalanya.



Ean Zafran melakukan prosedur cantuman pintasan dengan menjahit satu hujung bahagian vena di atas bukaan kecil yang dibuat di aorta, dan hujung yang satu lagi di atas bukaan kecil yang dibuat di arteri koronari tepat di bawah penyumbatan.

"Cut." Arah Ean Zafran meminta pembantunya memotong benang apabila dia selesai membuat cantuman pintasan.

"Pump off." Mesin jantung paru-paru dihentikan.Degupan jantung dipulihkan dengan ubat khas. Jantung Pak Rashid mula berdegup normal. Ean Zafran menarik nafas lega, semasa sedang memeriksa jahitan pada pintasan tiba-tiba mesin ECG berbunyi.

"Doktor! Kadar degupan jantung dan oksigen menurun!" Ujar Jururawat cemas.

"Bagi saya defibrillator!." Arah Ean Zafran cemas. Jururawat peralatan menyerahkan defibrillator kepada Ean Zafran

"20 charge!" Defibrillator mengeluarkan arus elektrik bagi memberi kejutan pada jantung supaya berdegup normal. Degupan jantung Pak Rashid tiada perubahan semakin pelahan.

"50 charge.!" Lagi sekali melakukan sekali lagi procedure itu. Namun, jantung Pak Rashid terus berhenti dan kadar degupan jantung 0. Ean Zafran ingin melakukan sekali lagi. Namun di halang oleh Emir.

"Ean, dia dah tiada. Innalillah wainnalillah hirojiun." Ujar Emir sambil memegang lengan Ean Zafran. Dia sebak saat ini, apabila melihat riak wajah Ean Zafran.

Ean Zafran berundur, air mata mengalir membasahi pipi dan mask yang di pakai. Bagaimana dia harus memberitahu Lily Ayana bahawa pembedahan ini gagal dan ayahnya telah tiada?

" Kau pergi la beritahu waris. Aku uruskan semua di sini." Ujar Emir, dia tahu Ean Zafran pasti berat ingin memberitahu semua ini kepada ahli keluarga.

Ean Zafran membuka jubah perubatan pembedahan, mask dan juga sarung tangan. Pelahan-lahan dia melangkah keluar daripada dewan bedah. Dia mengumpul kekuatan untuk menyampaikan berita sedih ini kepada semua orang.

"Ayah macam mana? Okay kan?" Lily Ayana terus menerpa ke arah Ean Zafran sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar daripada dewan bedah. Ean Zafran mencapai jari jemari Lily Ayana dan dia menggenggamnya dengan erat. Dia mencari kekuatan untuk menyampaikan berita sedih ini.

"Saya minta maaf. Ayah dah tak ada." Lily Ayana menggeleng mendengar kata-kata Ean Zafran. Dia tidak mampu menerima berita ini, dia tak kuat. Makcik Aisyah menangis teresak-esak di dalam pelukan Hajah Rosnah yang turut ada untuk mendoakan keselamatan besannya itu.

"Awak dah janjikan nak pastikan semua selamat. Kenapa awak mungkiri janji." Ujar Lily Ayana sambil menangis teresak-esak. Ean Zafran menarik Lily Ayana di dalam pelukannya. Tubuh gadis itu dipeluk erat. Dia berjanji akan menjaga, melindungi dan mencintai Lily Ayana sepenuh hati. Ya, dia berjanji.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now