"Dr.Yana! Patient nak melarikan diri!" Jerit jururawat apabila ada pesakit ingin melarikan diri daripada hospital ini. Dayana yang sedang menulis sesuatu di dalam medical record pesakit di kaunter utama Jabatan Kardiologi terkejut apabila mendengar jeritan jururawat itu.
Dua orang jururawat berlari mengejar seorang pesakit muda itu. Dayana mendengus kasar dengan sikap pesakit yang takut jarum itu. Kenapa la semasa dia bertugas la ramai pesakit buat hal.
Dayana turut berlari mengejar pesakit itu, laju betul pesakit itu berlari, bekas lumba lari dunia ke apa budak itu.
Tiba-tiba satu perlanggaran kuat berlaku antara Dayana dan seorang lelaki. Menyebabkan dia hampir terjatuh ke lantai, tetapi sempat di sambut lelaki itu. Lelaki itu merangkul pinggang Dayana supaya gadis itu tidak terjatuh di atas lantai.
Mata mereka bertemu, Dayana memandang lama lelaki anak mata berwarna grey itu. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu, dahi lelaki itu di ketuk dengan stethoscope.
"Aduh! Sakit la.." Dia melepaskan pelukan pinggang Dayana dan memegang dahinya yang sakit akibat di ketuk oleh doktor muda itu.
"Gatal! Awak sengaja nak mengambil kesempatan kan?!" Marah Dayana menjarakkan diri daripada lelaki itu.
"Saya tak sengaja, itu tindakan reflek nak selamatkan Cik doktor daripada terjatuh. Dah la tak berterima kasih lepas tu ketuk dahi orang pula tu." Merungut lelaki itu. Sambil memegang dahinya yang sakit itu.
"Awak punya pasal la saya dah kehilangan pesakit tu. Kalau pesakit itu berjaya melarikan diri, saya salah kan awak." Kata Dayana tak puas hati sebelum dia sambung berlari mencari pesakit itu.
"Eh? Dia yang tak dapat kejar pesakit tu aku pula yang dipersalahkan?" Bebel lelaki itu sendirian, dia menggeleng kepala mengenangkan sikap garang doktor perempuan itu.
Ean Zafran memberhentikan keretanya di hadapan rumah Puan Aisyah. Dia menoleh memandang Lily Ayana disebelahnya, dia mengelus jari jemari isterinya dan dibawa ke bibirnya. Tangan itu dikucup lama.
"Hubby, sayang tak nak jauh dengan hubby." Ujar Lily Ayana sayu, dia tak sanggup mahu berjauhan dengan Ean Zafran.
"Hubby pun tak sanggup nak berjauhan dengan sayang, hubby janji akan balik sini lagi lusa. Sayang jangan la sedih nanti hubby pun sedih." Pipi Lily Ayana di usap dengan penuh kasih sayang.
"Jom la kita masuk." Ajak Ean Zafran, tidak lama kemudian dia melangkah keluar daripada kereta dan menuju ke pintu disebelah Lily Ayana. Dia memimpin Lily Ayana keluar daripada kereta ini.
"Pelahan-lahan jalan tu." Ujar Puan Aisyah sambil melangkah mendekati Lily Ayana dan Ean Zafran.
"Ibu.. baby adik dah tak ada." Rintih Lily Ayana sambil memeluk erat tubuh ibunya itu. Ean Zafran sebak mendengar kata-kata Lily Ayana.
"Sabar la sayang, Allah lebih sayangkan dia. In shaa Allah ada rezeki lain nanti." Kata Puan Aisyah sambil mengusap belakang Lily Ayana.
"Ibu, Ayan minta izin tumpangkan Ayana di sini. Ibu tolong jagakan Ayana untuk Ayan." Kata Ean Zafran yang sangat mengharap ibu mentuanya dapat menjaga isterinya dengan baik. Dia memang tak akan mengharapkan umie untuk menjaga Lily Ayana kerana dia risau isterinya akan disakiti lagi.
"Jangan la risau. Ayana ni anak ibu, ibu mesti akan menjaga dia dengan sebaik mungkin. Ayan buat je kerja tu dengan tenang kerana dia akan selamat dengan ibu." Kata Puan Aisyah meyakinkan menantunya itu.
"Jom la masuk, ibu ada masak singgang ikan merah. Adik kena berpantang macam orang baru lepas bersalin supaya luka dalaman cepat sembuh." Kata Puan Aisyah sambil memimpin anak kesayangannya ini ke dalam rumah di bantu oleh Ean Zafran. Lily Ayana memeluk erat lengan ibunya, dia bersyukur kerana masih ada ibu tempat dia meluahkan perasaan selain Ean Zafran.
"Assalamualaikum..Dato seri, apa khabar hari ini?" Sapa Dayana ramah sambil melangkah masuk ke dalam wad VIP A2. Wad ini di duduki oleh seorang VIP Dato Seri Aminah, dia dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit dada secara tiba-tiba.
"Waalaikumussalam.. Dr.Yana jangan la panggil saya Dato Seri just call saya aunty." Kata Dato Seri Aminah merendah diri. Dayana mengukir senyuman mendengar kata-kata wanita yang sangat merendah diri itu.
Dia mencatat sesuatu di dalam medical record itu, kemudian dia mengambil bacaan tekanan darah Dato Seri Aminah.
" Ada sakit dada lagi ke hari ni?" Soal Dayana sambil memasang eartips stethoscope pada telinganya dan diaphragm di terkap pada dada Dato Seri Aminah, kemudian beralih ke belakang badan wanita itu. Dia mahu mendengar degupan jantung wanita itu dan juga bunyi nafasnya.
"Ada sikit la,kenapa ubat hospital tak sedap?" Dayana ketawa mendengar pertanyaan Dato Seri Aminah, mana ada ubat yang sedap. Kalau ada pun ubat batuk je la.
"Tak sedap tu la ubat yang terbaik." Balas Dayana sambil menulis sesuatu di dalam medical record itu. Tiba-tiba pintu tandas wad Dato Seri Aminah bunyi tanda ada seseorang keluar daripada situ. Dayana menoleh, siapa pula yang ada di dalam wad ini? Ada orang datang melawat wanita ini ke?
Dayana terkejut melihat susuk tubuh yang keluar daripada tandas itu. Dia ni bukan mamat yang dia terlanggar di hadapan lif tadi ke? dan lelaki ini la juga yang kena ketuk olehnya di dahi menggunakan stethoscope. Mata mereka bertemu, namun lelaki itu mengalihkan pandangan terlebih dahulu.
"Dr.Yana aunty kenalkan ini lah anak sulung aunty. Qays Haddad, dia inspector polis. Kalau ada nak minta tolong ke boleh la contact dia."Dayana mengukir senyuman mendengar kata-kata Dato Seri Aminah dia mengerling ke arah lelaki yang sedang duduk di sebuah sofa sambil scroll telefon bimbitnya.
"Patutlah tinggi dan sado, polis rupanya. Dia ni polis apa, kulit tak gelap langsung. Kacukan pak arab ke lelaki ni? Bila di tengok balik dia ada seiras Dato Seri Aminah yang wajah ala wanita arab. Dia ni patut jadi pelakon je confirm terkenal." Detik Dayana di dalam hati, sambil menulis laporan kesihatan Dato Seri Aminah.
"Qays, ini lah doctor yang selalu merawat mama. Kalau ada apa-apa nak tanya just call her." Ujar Dato Seri Aminah kepada anak sulungnya itu.
"Hmm... okay." Balas lelaki itu acuh tak acuh seperti tidak berminat dengan kata-kata mamanya.
"Hmm je dia balas? melampaunya mamat ni." Detik Dayana di dalam hati, geram dengan sikap acuh tak acuh lelaki itu. Nampak sangat lelaki itu tidak mesra alam.
"Qays ada beritahu aunty yang dahi dia kena ketuk dengan Dr. Singa semasa dia cuba nak tolong doktor itu. Dr. Yana kenal ke Dr.Singa tu?" Bulat mata Dayana mendengar kata-kata Dato Seri Aminah. Sakitnya hati dia apabila lelaki itu menggelar dia Dr. Singa.
"Tak berapa kenal la, mungkin Dr. Singa itu ingat rambut anak aunty tu ulat bulu tu yang dia ketuk tu." Sindir Dayana sambil menjeling memandang ke arah lelaki itu.
"Ehem.. Ehem.." Qays Haddad berdehem kuat.
Dato Seri Aminah ketawa mendengar kata-kata Dayana, kelakar pula jawapan yang diberi doktor ini.
"Saya minta diri dulu ya, aunty banyakkan berehat jangan stress. Banyak wad lagi saya nak kena pergi ni, Assalamualaikum." Kata Dayana sebelum menyusun langkah keluar daripada wad VIP A2 ini, sempat juga dia memandang ke arah lelaki yang daripada tadi sibuk dengan telefon bimbitnya.
Qays Haddad memandang ke arah pintu, doktor itu telah hilang daripada pandangannya.
"Berminat ke?" Sindir Dato Seri Aminah apabila melihat Qays Haddad memandang lama ke arah Dayana yang sedang melangkah keluar daripada wad ini.
"No." Balas Qays Haddad sambil mengalihkan pandangannya ke telefon bimbitnya semula. Dato Seri Aminah mengukir senyuman melihat reaksi Qays Haddad, tak pernah anaknya ini memandang lama ke arah seorang perempuan. Jika dia mula melakukannya maknanya ada sesuatu di dalam hatinya.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...