30

12.2K 378 5
                                    

Ean Zafran memberhentikan keretanya di hadapan rumah kampung Hj Fadhil. Dia menerima panggilan telefon daripada walid mengatakan umienya menghidap demam panas. Dia bergegas balik ke kampung apabila menerima berita itu.

"Macam mana keadaan umie?" Tanya Ean Zafran gelisah sambil tunduk bersalaman dengan Hj Fadhil, Lily Ayana turut tunduk bersalam dengan ayah mentuanya ini.

"Umie tengah tidur, elok la Ayan dah sampai ni sebab walid nak pergi ke masjid dah nak masuk asar ni. Tolong tengokkan umie tu." Ujar Hj Fadhil, tak lama kemudian dia melangkah menuju ke motorsikalnya.

Ean Zafran mengangguk mendengar kata-kata walidnya, dia melangkah menuju ke bilik umienya sambil memegang tangan Lily Ayana. Walaupun dia gelisah memikirkan umienya, memegang tangan isteri kesayangan tidak akan dia lupakan.

"Umie? Macam mana keadaan umie?" Soal Ean Zafran sambil duduk di sisi katil Hajah Rosnah.

"Umie sakit kepala la, umie ingat Ayan dah tak nak balik tengok umie." Ujar Hajah Rosnah dengan nada suara yang sedih.

"Umie ni jangan la fikir bukan-bukan, baru beberapa minggu Ayan tak balik. Umie dah makan ke?"

"Umie nak makan sup ikan merah, Ayan boleh belikan tak ikan merah untuk umie?" Ean Zafran mengukir senyuman mendengar kata-kata Hajah Rosnah, mana mungkin dia menolak permintaan umienya ini.

"Mestilah boleh. Ayan keluar sekejap ya, Ayan akan minta Ayana temankan umie sekejap." Ujar Ean Zafran sambil mengucup tangan umienya. Kemudian dia bangun dan melangkah mendekati Lily Ayana.

"Sayang temankan umie sekejap ya? Hubby tak akan pergi lama." Ujar Ean Zafran, kemudian dia mengucup dahi Lily Ayana sebelum melangkah keluar daripada bilik Hajah Rosnah ini.

"Buatkan aku air teh o suam." Arah Hajah Rosnah kepada Lily Ayana sebaik sahaja Ean Zafran melangkah keluar daripada biliknya.

"Baik umie." Lily Ayana menyusun langkah menuju ke dapur untuk membancuh air teh o suam untuk ibu mentuanya itu.

Lily Ayana melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa dulang yang berisi satu mug teh o suam.

"Ini teh o suam yang umie minta tu." Kata Lily Ayana sambil menghulur mug yang berisi teh o suam kepada Hajah Rosnah. Sambil duduk di sisi katil ibu mentuanya ini

Hajah Rosnah mengambil mug yang dihulur Lily Ayana, dia memandang menantunya itu dengan penuh rasa kebencian di dalam hati. Dia meneguk pelahan-lahan air teh o suam itu.

Lily Ayana terkejut apabila Hajah Rosnah menyembur air teh o suam yang dia minum itu ke wajahnya.

" Air apa kau buat ni?! Air teh ke air longkang!" Herdik Hajah Rosnah kepada Lily Ayana kemudian dia menuang air teh o itu di atas lantai.

"Kau lap air longkang tu sampai bersih, aku tak nak ada melekit dekat lantai ni. Pergi cepat!" Tengking Hajah Rosnah mengejutkan Lily Ayana.

Lily Ayana cuba menahan air mata daripada mengalir di hadapan Hajah Rosnah. Perasaannya sangat sebak saat ini, kenapa dia perlakukan seperti hamba? Adakah kerana kesilapan yang telah dia lakukan itu? Kenapa susah sangat umie nak maafkan dia?

Setelah mengambil kain dan sedikit air di dapur Lily Ayana melangkah masuk ke dalam bilik Hajah Rosnah untuk mengelap air teh o yang di tuangkan oleh Hajah Rosnah di atas lantai ini.

Semasa Lily Ayana sedang mengelap lantai ini, tiba-tiba Hajah Rosnah menuang air kosong satu jag ke atas kepala Lily Ayana. Air mata Lily Ayana mengalir bersama air itu. Lenjun tudung dan separuh baju yang dipakai Lily Ayana.

"Padan muka kau. Hei! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ada niat nak pisahkan aku dengan Ayan kan? Kau dah la nak mengikis harta Ayan sekarang ni kau nak merampas Ayan daripada aku pula. Kau ni perempuan ni jenis apa ha?! Perempuan tak tahu malu?" Ujar Hajah Rosnah sinis.

"Ayana tidak pernah terfikir pun nak melakukan itu semua. Sumpah umie, Ayana tak ada langsung niat nak merampas Ean daripada umie." Kata Lily Ayana sambil memegang kaki Hajah Rosnah diiringi air mata yang mengalir di pipinya.

"Kau ingat aku percaya sumpah kau tu?! Keluar kau daripada bilik aku ni. Keluar!" Tengking Hajah Rosnah sambil menyepak tangan Lily Ayana.

Lily Ayana menuruti permintaan Hajah Rosnah. dia melangkah keluar daripada bilik ini. Lily Ayana menangis teresak-esak sambil duduk di atas tangga kayu rumah kampung Hj Fadhil ini.



Ean Zafran melepaskan keluhan melihat Lily Ayana menangis di atas tangga dengan keadaan basah lenjun itu. Dia melangkah mendekati isterinya itu.

"Sayang, Kenapa menangis? Macam mana tudung dan baju boleh basah ni?" Lily Ayana terkejut dengan kehadiran Ean Zafran, dia mengelap air matanya.

"Bila hubby balik? Dah jumpa ke ikan merah yang umie minta tu?" Tanya Lily Ayana menukar topik, dia tidak mahu Ean Zafran tahu hal yang sebenar. Biarlah dia simpan semuanya di dalam hati.

"Hubby tanya ni, kenapa sayang menangis? Dan macam mana tudung dan baju boleh basah ni? Umie buatkan?" Tanya Ean Zafran lagi sambil memegang kedua-dua pipi Lily Ayana.

"Eh mana ada. Sayang menangis sebab rindu ayah je. Tudung basah sebab kena hujan semasa nak pergi petik jambu untuk umie." Tipu Lily Ayana. Dia kegelisahan saat ini kerana telah menipu Ean Zafran.

"Sayang, tak pandai menipu. So, jangan try hard nak menipu. Hubby tahu mesti umie ada buat sesuatu pada sayang semasa hubby tak ada tadi, kan?" Tanya Ean Zafran dengan nada suara yang lembut, sambil merenung ke dalam mata Lily Ayana.

"Maaf hubby. Tetapi hubby jangan marah umie, umie tak sengaja." Ujar Lily Ayana mengharapkan Ean Zafran tidak menyerang umie apabila tahu hal yang sebenar.

"Hubby minta maaf bagi pihak umie. Hubby minta maaf kerana telah meninggalkan isteri hubby dengan umie. Hubby sepatutnya tidak meninggalkan sayang dengan umie, sayang ada sakit dekat mana-mana tak?" Soal Ean Zafran sambil mengusap lembut pipi Lily Ayana.

Lily Ayana menggeleng kepala, lalu dia terus memeluk erat Ean Zafran dan membenamkan wajahnya ke dada sasa lelaki itu.

Ean Zafran mengusap lembut kepala Lily Ayana dan mengucup kepala Lily Ayana dengan penuh kasih sayang. Dia berasa sangat bersalah dengan perbuatan umie terhadap Lily Ayana, isterinya tidak patut menderita apabila berkahwin dengannya. Umie tidak sepatutnya melakukan kekasaran terhadap isteri kesayangannya ini. Dia perlu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin supaya umie tidak lagi membenci Lily Ayana.

Setelah siap memasak sup ikan merah, Ean Zafran menuang sup itu ke dalam mangkuk kecil. Dia meletak mangkuk berisi sup di atas dulang bersama satu pinggan nasi. Kemudian dia membawa dulang itu menuju ke bilik umienya.

"Sedapnya bau, Ayan masak ke?" Tanya Hajah Rosnah teruja melihat Ean Zafran membawa sup ikan merah untuknya.

"Ayan masak istimewa untuk umie. Biar Ayan suapkan umie." Ujar Ean Zafran sambil duduk di sisi katil Hajah Rosnah.

"Bismillah.." Ean Zafran menyuapi nasi putih bersama sup ikan merah ke dalam mulut Hajah Rosnah.

"Selepas Ayan suap umie makan Ayan kena balik sebab ada kerja dekat hospital. Kalau umie tak sihat lagi Ayan minta kaklong datang tengok umie la." Hajah Rosnah melepaskan keluhan mendengar kata-kata Ean Zafran. Sekejap saja anak lelakinya balik, dia mahu anaknya ini berada lama di kampung.

"Kerja dekat hospital ke? Atau Ayana yang nak balik cepat?" Sindir Hajah Rosnah, dia merasakan Lily Ayana yang menghasut Ean Zafran supaya cepat meninggalkan rumahnya ini.

"Umie, tolong jangan percaya fitnah yang orang lemparkan pada Ayana. Dia tidak pernah pun nak memburukan umie atau ada niat jahat pada Ayan. Ayan harap umie jangan la membenci Ayana, dia sayang sangat pada umie. Please umie demi Ayan, jangan membenci Ayana." Rayu Ean Zafran sambil mengucup tangan umienya. Hajah Rosnah mengeluh mendengar kata-kata Ean Zafran, dia mengangguk pelahan. Demi Ean Zafran terpaksa la dia berbuat baik dengan Lily Ayana selepas ini. Kalau tidak pasti nanti Ean Zafran jarang balik kampung dan dia akan semakin susah nak bertemu dengan anak bongsunya ini.

"Terima kasih umie." Ucap Ean Zafran dengan nada suara gembira, lalu dia mengucup dahi umienya. Ean Zafran berharap umie pegang pada janjinya. Bukan mudah untuk menjaga dua hati wanita yang amat dia sayangi ini, perlu kesabaran yang tinggi kerana hati mereka sangat lembut.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now