BMW M8 yang dipandu Ean Zafran selamat memasuki perkarangan rumah kampung Hj Fadhil. Kereta itu menarik perhatian beberapa orang penduduk kampung yang sedang bergotong royong di bawah khemah semperna majlis berendoi cucu Hj Fadhil yang akan di adakan malam ini.
Seorang jejaka berkaca mata hitam melangkah keluar daripada kereta itu, dia mengukirkan senyuman kepada sesiapa yang melihatnya, kemudian dia melangkah menuju ke pintu kereta di sebelah penumpang. Dia membukakan pintu kereta untuk seseorang yang dia sayangi.
"Dipersilakan kesayangan ku." Ujar Ean Zafran sambil menghulur tangan kepada Lily Ayana. Dia membantu gadis kesayangan melangkah keluar daripada kereta ini.
"Abang!!! Rindunya!" Jerit Syafiqa sambil berlari ke arah Ean Zafran, dia merempuh tangan Ean Zafran dan Lily Ayana yang bertaut erat. Menyebabkan pegangan tangan mereka terlerai. Lily Ayana mendengus kasar, siapa pula perempuan ni? Gedik semacam dah macam tertelan ulat bulu.
"Eh? Fiqa pun ada? Dah habis belajar ke?" Syafiqa berdiri rapat di sebelah Ean Zafran. Dia terpikat melihat abang saudaranya yang kacak ini.
"Mestilah dah, abang makin handsome la." Bulat mata Lily Ayana mendengar kata-kata perempuan ulat bulu itu.
Ean Zafran mengukir senyuman mendengar kata-kata Syafiqa, dia mula perasaan perubahan riak wajah Lily Ayana, dia melangkah mendekati isterinya itu dan berdiri di sisi Lily Ayana sambil tangannya memeluk bahu isterinya ini.
"Sayang, ini adik saudara saya Fiqa."
"Fiqa, ini isteri kesayangan abang, Lily Ayana. Just call her Ayana." Ujar Ean Zafran sambil menatap mata Lily Ayana, terukir senyuman di bibirnya.
Syafiqa mengetap bibir melihat kemesraan Ean Zafran dan Lily Ayana. Dia cuba kawal perasaan cemburunya ini.
"Untungnya isteri abang dapat abang yang sweet ni. Jom la masuk, banyak kerja nak kena buat tu. Especially dekat area potong memotong. Orang perempuan kena rajin buat kerja rumah." Sindir Syafiqa, dia menyusun langkah meninggalkan dua orang yang membuatkan dia sakit mata dan sakit hati. Apa la istimewa budak U tu sehingga Ean Zafran seperti sangat menyayangi dia.
"Sejak bila bibi panggil saya sayang? Saja berlakon depan Syafiqa ke?" Tanya Lily Ayana yang hairan dengan kelakuan Ean Zafran.
"No, hubby tak berlakon. Memang hubby nak panggil my wife ni sayang. Sebab bila panggil macam tu, hubby rasa semakin sayang dengan mybeloved wife ni." Ean Zafran berbisik di telinga Lily Ayana, satu kucupan hingga di kepala Lily Ayana yang ditutupi dengan tudung.
"Hubby? Sayang? So, I should call you hubby?"
"Yes sayang ku. Supaya kita akan lebih mesra. Jom kita pergi cari walid dan umie." Jari jemari Lily Ayana di genggam erat, Ean Zafran menarik isterinya mengekorinya ke mana saja dia pergi. Jari jemari itu tidak dia lepaskan.
"Dah lama ke sampai?" Tanya Hajah Rosnah, Ean Zafran dan Lily Ayana tunduk bersalaman dengan Hajah Rosnah.
"Baru je umie, walid mana ?" Tanya Ean Zafran sambil memandang sekeliling mencari susuk tubuh walidnya.
"Walid dekat belakang tu tengah sembelih kambing. Pergi la sana tolong apa yang patut, Ayana ikut umie pergi ke bahagian potong memotong." Menelan air liur Lily Ayana mendengar bahagian potong memotong, dia bukan tak pandai urusan dapur cuma kurang mahir . Kalau dia masak bukan ada procedure dia main letak je apa yang dia rasa sedap.
Ean Zafran menyusun langkah mencari walidnya di belakang rumah. Lily Ayana mengekori ibu mentuanya ke sebuah khemah di mana disitu lah bahagian potong memotong bahan masakan seperti bawang besar, bawang putih, halia dan sayur-sayuran.
"Ayana duduk di sini ya, tolong makngah potong besar ni. Makngah ni ibu kepada Fiqa, ayana dah jumpa fiqa kan? Umie nak pergi ke dapur nak tengok diaorang masak gulai rebung." Lily Ayana hanya mengangguk mendengar kata-kata mak mentuanya itu. Wanita yang dikenali sebagai makngah itu merenung tajam ke arahnya, berdebar jantung Lily Ayana melihat renungan wanita itu.
"Bawang ni nak potong macam mana?" Tanya Lily Ayana sambil mengambil pisau dan papan pemotong yang terletak berdekatan dengan besen berisi bawang besar yang telah dikupas kulitnya.
"Potong halus macam nak masak sayur goreng. Potong elok-elok jangan nak potong macam tak ada jari." Pedas sungguh ayat yang keluar daripada mulut makngah, Lily Ayana kena bersedia menghadapi apa pun kemungkinan yang akan berlaku seperti di sindir dan diherdik wanita dihadapannya ini.
"Dah ada isi ke?" Soal maklong memulakan perbualan antara mereka. Berkerut dahi Lily Ayana mendengar pertanyaan makngah.
"Ha? Isi? Isi apa?" Blur Lily Ayana mendengar pertanyaan makngah. Dia memandang bawang besar di hadapannya ini, tak akan la makngah tanya pasal bawang.
"Mengandung. Kamu dah mengandung ke?" Ah sudah itulah pertanyaan keramat yang paling dia tak suka. Lily Ayana menggeleng pelahan.
"Mesti kamu merancangkan? Budak-budak sekarang ni mana nak anak awal sebab lebih memilih duit daripada duit." Bebel wanita itu, Lily Ayana kena akui apa yang dikatakan makngah kerana memang dia sedang merancang. Dia belum bersedia mahu ada anak selagi dia belum bekerja.
"Kenapa potong bawang macam tu? Potong halus lagi, fiqa yang belajar tu pun pandai potong bawang. Mak kamu tak ajar ke?" Turun naik nafas Lily Ayana mendengar kata-kata makngah yang sangat melampau itu.
"Mak saya tak ajar potong bawang tapi dia ajar bercakap menggunakan bahasa yang baik." Sindir Lily Ayana, bawang dihadapannya di cincang halus dengan perasaan geram. Bunyi pisau yang kuat menarik perhatian beberapa orang di situ. Besar mata makngah melihat perbuatan Lily Ayana, dia mendengus kasar dengan sikap gadis di hadapannya ini. Budak sekarang ini memang kuat melawan.
Ean Zafran terkejut melihat perbuatan Lily Ayana itu, bawang itu sudah tiada rupa, memang halus dek dicincang oleh Lily Ayana.
"My cutie pie, jom ikut hubby." Bisik Ean Zafran sambil menarik lengan Lily Ayana. Gadis itu menurut, dia mengekori Ean Zafran. Lelaki itu berhenti di bawah sebatang pokok mangga yang besar.
"Kenapa sayang cincang bawang macam cincang daging lembu? Sayang marah pada siapa?" Tanya Ean Zafran sambil memegang kedua-dua bahu Lily Ayana. Anak mata Lily Ayana yang berwarna hazel itu di tatap lama.
"Makngah hubby tu la, pasal bawang nak kaitkan pasal ibu. Anak dia dah macam tertelan ulat bulu, mak dia pula dah macam tertelan pedang samurai. Sakit hati la dengan makcik bawang besar tu." Bebel Lily Ayana tak puas hati.
"Makngah tu mulut je macam tu tetapi hati baik. Dah la, jangan ambil hati dengan kata-kata makngah tu, biasa la orang tua. Tak comel la kalau sayang marah-marah." Kata Ean Zafran sambil mengusap lembut pipi Lily Ayana, dia berharap gadis kesayangannya ini tidak menyimpan dendam dengan makciknya yang mulut agak berbisa itu.
Lily Ayana melepaskan keluhan mendengar kata-kata Ean Zafran, kalau mulut dah jahat tak ada maknanya sifat tu baik. Sebab apa yang keluar daripada mulut adalah datang daripada hati. Kalau hati baik, mulut pastinya baik.
"Hubby, please hug me." Lily Ayana memeluk Ean Zafran dengan erat. Lelaki itu membalas pelukan isterinya dan mengucup kepala Lily Ayana dengan penuh kasih sayang. Dia berharap dengan cara ini dapat meredakan kemarahan isterinya ini.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...