4

16.8K 683 31
                                    

Usai solat maghrib, Hj.Fadhil, Pak Rashid, Pak Dollah serta Ean Zafran duduk di dewan makan sambil menikmati kuih muih yang di sedekah oleh orang kampung.

"Saya tak pernah nampak anak Tok Dhil yang ini. Dia tinggal di mana?" Tanya Pak Rashid memulakan misi merisik anak muda itu.

"Oh, dia dulu tinggal bersama nenek dia. Memang jarang balik ke sini. Lagipun dia banyak tinggal di asrama. Baru sekarang dia kerap balik ke sini, sekarang ini dia tinggal dan bekerja di KL." Ujar Hj.Fadhil sambil menoleh memandang anak lelakinya yang tidak berhenti mengunyah daripada tadi.

"Dia kerja apa?" Tanya Pak Dollah, dia berkenan juga dengan anak Hj.Fadhil ini, kacak orangnya pasti Maisarah suka jika melihatnya, tetapi kena tahu juga pekerjaanya.

Hj.Fadhil dan Ean Zafran saling berpandangan. Dia tahu anak dia tidak suka orang tahu jika dia seorang pakar bedah jantung.

"Saya kerja sebagai pemotong daging." Tersedak kopi Hj.Fadhil mendengar kata-kata anaknya ini. Berkerut dahi Hj.Fadhil memandang Ean Zafran, punya la banyak pekerjaan di dunia ini, itu juga yang menjadi pilihannya untuk menipu. Pak Rashid dan Pak Dollah saling berpandangan, pelik pula pekerjaan budak ini.

"Ada ke pekerjaan itu? Kerjanya macam mana?" Tanya Pak Rashid hairan, tidak pernah pula mendengar pekerjaan seperti itu.

"Macam-macam pekerjaan ada dekat Kl itu. Saya bekerja pemotong daging di sebuah pasaraya besar, daging itu perlu di potong kecil-kecil sebelum di masukkan ke dalam plastik. Macam-macam daging ada seperti daging lembu, kerbau dan kambing." Ujar Ean Zafran sambil membuat gaya dengan tangannya. Adeh, kenapa la pakcik ini tanya pekerjaannya. Kan, dah kena tipu, bukan sengaja ingin menipu tetapi terpaksa.

Hj. Fadhil menggeleng kepala mendengar cerita anaknya itu. Dia punya pusing cerita jauh betul dengan pekerjaan asalnya.

"Boleh kaya ke dengan pekerjaan seperti itu? Mesti kamu ni tak berkahwin lagi kan? Macam mana nak dapat isteri jika itu pekerjaan kamu. Pakcik kalau nak mencari suami untuk anak pakcik, pakcik nak yang gaji banyak supaya pakcik boleh menumpang senang sekali. Pakcik kalau boleh nak mencari menantu yang bekerja doktor, kalau boleh pakar bedah sebab gaji mereka besar. Tak sama macam doktor biasa." Ean Zafran yang sedang meneguk air kosong tersedak mendengar kata-kata Pak Dollah. Hj. Fadhil mengurut belakang anaknya, mana tak tersedak orang yang Pak Dollah mahu kan itu ada di hadapan mata saja.

"Ish kamu ni Dollah, tak kisah pekerjaan apa pun janji halal dan dia ikhlas mengerjakannya. Tak kisah apa pun pekerjaan kamu, ikhlas la ketika melakukannya." Ujar Pak Rashid sambil menepuk bahu Ean Zafran.

Ean Zafran mengangguk mendengar kata-kata Pak Rashid. Baginya lelaki ini baik, jika ada anak pasti anaknya juga baik.

"Dia memang masih bujang dan sedang mencari. Tetapi masih belum menemuinya, sebab susah la nak mencari yang boleh menerima pemotong daging ini." Ujar Hj.Fadhil perli Ean Zafran, anaknya itu hanya tersengih. Betul juga kata walidnya, memang sukar menemui yang betul-betul ikhlas.

"Hmm.. Saya sudi menerima Ayan sebagai menantu." Lagi sekali Ean Zafran tersedak. Bulat matanya memandang Pak Rashid, dia memandang walid yang turut terkejut. Pak Dollah hampir tersedak kuih mendengar kata-kata Pak Rashid, dia menggeleng kepala. Tak sangka lelaki itu mahu bermenantukan pemotong daging ini.

"Apa la yang kamu fikirkan Rashid? Apa anak kamu nak makan nanti kalau dia ni bekerja sebagai pemotong daging? Aku nak balik dulu la, malas nak tengok drama kamu semua." Ujar Pak Dollah sambil melangkah meninggalkan dewan makan ini. Pak Rashid menggeleng kepala mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia tetap mahu meneruskan rancangannya itu.

"Kamu serius? Kamu nak jodohkan Ayana dengan Ayan? Bukan ke Ayana itu tengah belajar? Dia nak ke berkahwin di usia muda?." Tanya Hj.Fadhil hairan, dia tidak kisah siapa pun calon isteri Ean Zafran asalkan perempuan itu ikhlas menerima anaknya ini bukan la kerana terpaksa.

"Umur dia sudah 24 tahun sesuai untuk berkahwin, dia yang nak saya carikan untuk dia suami kerana dia mahu menjaga maruahnya. Dia takut apabila jauh daripada saya dia akan menjadi lalai. Apabila ada suami yang dekat dengannya boleh la lelaki itu menjaganya dan menasihatinya. Dia tidak kisah apa pun pekerjaannya asalkan halal dan lelaki itu bertanggungjawab. Saya bekenan dengan Ayan kerana budi bahasa dan agamanya. Saya harap pihak Tok Dhil boleh mempertimbangkannya. Maaf jika saya daripada pihak perempuan yang memulakan dulu." Ujar Pak Rashid dengan penuh harapan. Dia berharapa Ean Zafran sudi menjadi suami kepada anaknya.

Ean Zafran tertarik dengan alasan anak Pak Rashid ingin berkahwin. Dia dapat merasakan gadis itu seorang yang baik dan ikhlas.

"Saya tak kisah, Ayan saya tak tahu la. Ayan macam mana? Sudi tak? Kalau okay, esok juga kita pergi meminang, selepas dua minggu menikah pula." Ujar Hj. Fadhil teruja, Ean Zafran terkejut mendengar kata-kata walidnya. Cepatnya, dia belum bagi jawapan lagi. Walid sudah meletak tarikh bertunang dan menikah.

"Hmm.. boleh saya tengok gambar dia." Ean Zafran memberanikan diri meminta melihat gambar anak gadis Pak Rashid. Nak mencari isteri kena la tengok rupa juga, dia bukan baik sangat hingga akan menerima seadanya fizikal bakal isterinya itu.

"Boleh. Sekejap ya, ada ni gambar raya tahun lepas." Ujar Pak Rashid sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Ini la Lily Ayana." Pak Rashid menunjuk gambar anak gadisnya. Ean Zafran mengukir senyuman melihat gambar gadis itu. Cantik, itulah tanggapannya saat melihat gambar anak Pak Rashid.

"Saya setuju menjadi suami anak pakcik. Saya nak minta tolong sesuatu, jangan tunjuk gambar saya kepada anak pakcik sehingga saya berjumpa dia pada hari pernikahan." Ujar Ean Zafran itu saja permintaanya, dia sengaja mahu membuat kejutan kepada gadis itu. Pak Rashid mengangguk mendengar kata-kata Ean Zafran. Dia akan turut semua permintaan anak muda ini janji dia dapat bermenantukannya.

"Alhamdulillah, umie mesti suka mendengarnya. Sebab umie berkenan juga dengan Ayana. Ayana itu suka hantar makanan dekat rumah kalau dia ada masak lebih." Ujar Hj. Fadhil gembira, tidak sangka cepat pula rancangannya berjaya.

Ean Zafran tidak sangka mudah pula dia mencari isteri dengan restu orang tua. Lily Ayana, cantik nama itu. Bagaimanakah perangainya itu? Adakah secantik namanya? Ean Zafran tertanya-tanya bukan kerana suka tetapi saja ingin mengambil tahu.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now