Kereta BMW M8 Ean Zafran bergerak meninggalkan perkarangan rumah Hj Fadhil. Hj Fadhil melambai ke arah Ean Zafran dan Lily Ayana yang semakin hilang daripada pandangan. Tidak lama kemudian dia menyusun langkah masuk ke dalam rumah, dia mengeluh melihat Hajah Rosnah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Kenapa awak buat macam tu pada Ayana? Dia kan dah janji akan bagi cucu pada awak tetapi kenapa awak masih nak membenci dia?" Tanya Hj Fadhil sambil berdiri di hadapan Hajah Rosnah menghalang pandangan Hajah Rosnah daripada terus menonton televisyen itu.
"Abang tahu tak dia tu ada niat tak baik dengan Ayan, dia berkahwin dengan Ayan semata-mata sebab duit je. Sebab itulah dia tak nak mengandung." Balas Hajah Rosnah sinis. Hj Fadhil menggeleng kepala mendengar kata-kata Hajah Rosnah.
"Astaghfirullah al azim, syaitan apa yang telah menghasut awak ni? Saya tak nampak pun yang Ayana tu nak ambil kesempatan terhadap Ayan. Tolong la cuci hati awak tu, terangkan mata awak tu. Jangan mudah percaya fitnah yang orang lemparkan." Ujar. Hj Fadhil tegas.
"Saya tahu lah dia anak kawan baik abang sebab tu abang backup dia kan? Dia tu berlakon jadi baik je, tetapi dalam hati dia penuh dengan rancangan jahat. Saya hanya akan baik dengan dia apabila dia mengandungkan anak Ayan, kalau tidak jangan harap la saya nak terima dia." Kata Hajah Rosnah bersungguh-sungguh.
"Rezeki anak tu ketentuan Allah, kalau Allah kata jadi maka jadi la. kalau Allah kata ada maka ada la, kalau kata tak ada maka tak ada la. Kalau dah ditakdirkan Ayana tak mengandung, awak nak mereka berpisah?"
"Ya, saya nak mereka berpisah. Saya nak cucu hasil perkahwinan Ayan kerana Ayan satu-satunya anak lelaki yang saya ada,untuk apa simpan perempuan yang tak mampu memberi zuriat untuk anak lelaki kita. "
"Astaghfirullah al azim, berdosa meruntuhkan rumah tangga orang ni. Saya nak awak bertaubat, saya tak akan izinkan awak meruntuh rumah tangga anak kita." Kali ini Hj Fadhil lebih tegas. Hajah Rosnah melepaskan keluhan mendengar kata-kata suaminya itu, dia bingkas bangun dan melangkah menuju ke biliknya. Dia tetap tak akan menerima Lily Ayana selagi perempuan itu tidak mengandungkan anak Ean Zafran.
Ean Zafran memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa Lily Ayana. Dia mengelus jari jemari isterinya dan membawa dekat ke bibirnya, jari jemari itu dikucup dengan penuh kasih sayang.
"My cutie pie, please tidur rumah hubby. Hubby nak tidur peluk mi hermosa." Kata Ean Zafran dengan nada suara yang manja. Lily Ayana ketawa mendengar kata-kata Ean Zafran, selalunya dia yang merengek seperti budak kecil tetapi kali ini terbalik pula.
"Esok sayang nak exam la. Kalau sayang tidur rumah hubby, sayang risau sayang tak study sebab hubby dekat depan mata. Kalau hubby dekat depan mata semua yang sayang belajar akan hilang sebab hubby dah memenuhi fikiran sayang dengan memikirkan tentang hubby. Esok last sayang exam dan esok juga sayang akan balik ke rumah hubby. I'm promise." Ujar Lily Ayana sambil mengusap pipi Ean Zafran.
"Sayang tahu tak sehari tak jumpa sayang ibaratkan setahun. Sayang jangan stress tau, jangan fikirkan sangat apa yang berlaku dekat kampung tu. Apa pun yang terjadi hati ini tetap milik mu Lili Ayana." Kata Ean Zafran dengan nada suara romantik sambil menarik Lily Ayana rapat ke dadanya, lalu dia melagakan hujung hidungnya dengan hujung hidung Lily Ayana.
"Sayang sedih sebab umie dah benci sayang." Ujar Lily Ayana sayu.
"Ish... kan hubby dah kata jangan fikir tentang tu. Sayang fikirkan tentang hubby je tak apa, jangan fikir tentang masalah dekat kampung tu. Sayang nak exam tak boleh stress." Ean Zafran meletak jari terlunjuknya di bibir Lily Ayana.
"Hubby, why umie benci sayang? Siapa yang beritahu dia tentang rancangan kita tu? Siapa yang hasut umie untuk membenci sayang?" Bertubi-tubi pertanyaan Lily Ayana, dia tidak puas hati selagi tidak tahu dalang di sebalik masalah yang sedang berlaku ini.
Ean Zafran melepaskan keluhan mendengar pertanyaan Lily Ayana, mana mungkin dia memberitahu Lily Ayana bahawa dalang semua terjadi ini adalah Syafiqa. Tak pasal nanti Lily Ayana bawa harimau untuk menyerang Syafiqa, haish bukan betul sangat isterinya ini.
"Tentang tu biar hubby yang settlekan, apa yang penting sekarang ni sayang just focus on your exam. Hubby nak tengok sayang happy apabila dapat mencapai apa yang sayang inginkan. Hubby akan sentiasa ada untuk sayang." Kata Ean Zafran, sambil mengucup dahi Lily Ayana.
"I have something for you." Ean Zafran mengambil sesuatu di tempat duduk belakang, dia menghulur bag kertas berwarna coklat kepada Lily Ayana.
"Apa ni?" Tanya Lily Ayana hairan.
"Buka la."
Lily Ayana membuka bag kertas itu dan mengeluarkan kotak berwarna putih daripada bag kertas itu. Pelahan-lahan dia membuka penutup kotak berwarna putih itu, dia teruja melihat 4 biji donut coklat yang di hiasi tulisan berwarna merah.
Perkataan 'i love you' tertulis pada donut coklat ini, Lily Ayana mengukir senyuman melihat donut coklat itu, lalu dia menghadiahkan satu kucupan di bibir Ean Zafran. Lelaki itu terkejut dengan perbuatan Lily Ayana yang spontan itu.
"I love you too." Bisik Lily Ayana.
"Suka tak donut tu?"
"Tak."
"Hah? Kenapa? Sayang dah tukar selera ke?"
"Sayang tak suka donut ni sebab hubby tak suapkan, kalau hubby suap sayang akan jatuh cinta pada donut dan juga orang yang suapkan donut ni." Ean Zafran ketawa mendengar kata-kata Lily Ayana, pandai isterinya ini bagi pickupline.
Ean Zafran mengambil sebiji donut dan menyuapi ke dalam mulut Lily Ayana, comot di tepi bibir Lily Ayana dia lap dengan ibu jarinya. Isterinya ini kalau dapat makan donut coklat memang akan menikmatinya dengan bersungguh-sungguh.
Terdapat comot lagi di tepi bibir Lily Ayana, Ean Zafran merenung lama wajah Lily Ayana.
"Mi hermosa." Panggil Ean Zafran, Lily Ayana menoleh. Satu kucupan daripada Ean Zafran hinggap di bibir Lily Ayana. Lama bibir Lily Ayana dan Ean Zafran bertaut. Lily Ayana memejam mata melayan ciuman itu, dia tidak mahu detik indah ini berlalu begitu cepat. Hanya Ean Zafran saja yang mampu membuat dia berasa sangat bahagia.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...