19

12.4K 464 8
                                    

Suasana majlis berendoi baby Faliq sangat meriah, melodi indah di pasang bagi memeriahkan lagi majlis ini. Selawat dan zikir dialunkan supaya majlis ini diberkati Allah S.W.T . Tema warna untuk majlis ini adalah biru dan putih. Keluarga terdekat memakai warna biru manakala baby Faliq dan ibubapanya memakai warna putih. Cuaca malam ini juga mengizinkan, tetamu mula hadir memeriahkan suasana.

Lily Ayana membantu apa yang patut, dia akan memastikan makanan cukup dan juga perlu memastikan setiap tetamu yang hadir diberi doorgift sebelum mereka pulang.

Kegedikan Syafiqa sangat menyakitkan hati Lily Ayana, orang lain sibuk memastikan majlis ini berjalan dengan lancar tetapi perempuan itu asyik mengekori ke mana sahaja Ean Zafran pergi. Dia sebagai isteri lelaki itu pun tidak mengekori ke mana dia pergi.

"Alahai, miangnya perempuan ni. Aku pun tak mengada macam tu." Ujar Lily Ayana sendirian apabila melihat Syafiqa duduk terlalu rapat di sebelah Ean Zafran sehingga bahu antara mereka bertemu. Mata dan hatinya sangat sakit melihat kelakuan Syafiqa. Dia menyusung langkah mendekati Ean Zafran yang sedang berbual bersama umie dan syafiqa.

"Hubby, dah makan ke?" Tanya Lily Ayana sambil mengusap lembut pipi Ean Zafran. Dia sengaja mahu membuat Syafiqa sakit hati kerana dia tahu Syafiqa mempunyai perasaan pada Ean Zafran. Jelingan gadis itu sudah cukup membuatkan Lily Ayana yakin yang Syafiqa sedang cemburu melihat aksi manjanya dengan Ean Zafran.

"Dah hubby makan, nasi dengan kari kambing. Sayang, dah makan? Duduk la sini, sayang berehat la daripada tadi tak berhenti buat kerja." Ean Zafran menarik Lily Ayana duduk di kerusi disebelahnya. Lily Ayana menurut dia melabuh punggung di sebelah Ean Zafran, jari jemarinya mengelus jari jemari suaminya itu.

Syafiqa sakit hati melihat kemesraan pasangan disebelahnya ini. Lily Ayana memang sengaja melakukan itu, satu idea menerjah di dalam fikirannya untuk menyakitkan hati Lily Ayana.

"Maksu, diaorang ni kalau ada baby mesti comel kan?" Ujar Syafiqa kepada Hajah Rosnah. Serangan peluru berpandu telah bermula, setiap perempuan akan sakit hati apabila di soal bila nak dapat baby?

"Mestilah comel ayah dia kan handsome. Ayan bila nak bagi umie cucu ni? Kamu dah berkahwin 3 bulan kan?" Tanya Hajah Rosnah membuatkan hati Ean Zafran tidak keruan, dia tahu Lily Ayana tidak suka jika di tanya soal anak. Dia memeluk bahu Lily Ayana dan mengusap lembut bahu isterinya ini supaya dia tenang.

"Kami nak honeymoon lagi, kalau ada rezeki ada la. Kami hanya mampu berusaha, selebihnya Allah yang menentukan." Balas Ean Zafran, itulah jawapan yang selamat untuk pertanyaan umienya ini.

Lily Ayana melepaskan keluhan nasib baik la Ean Zafran pandai memberi jawapan kepada umie. Perempuan bernama Syafiqa sengaja mahu melancarkan perang antara mereka.

"Jangan lama-lama sangat, umie dan walid semakin tua kalau boleh sebelum memejam mata kami nak tengok zuriat daripada hasil perkahwinan Ayan dan Ayana. Kamu berdua jangan cuba-cuba nak merancang, umie tak suka." Telah air liur Lily Ayana mendengar kata-kata umie. Dia dan Ean Zafran saling berpandangan, memang itu yang sedang mereka lakukan.

"In Shaa Allah ada la rezeki kami nanti. Umie,Ayan nak minta diri ke dapur sekejap. Ayan ada suprise untuk Ayana"

Syafiqa mengetap bibir mendengar kata-kata Ean Zafran

"Sayang, hubby ada nak tunjuk something, jom kita pergi ke dapur." Ean Zafran bangun daripada tempat duduknya. Semakin lama dia duduk di hadapan umie semakin hatinya tak keruan. Ean Zafran menggenggam jari jemari Lily Ayana dan maenarik gadis itu supaya mengekorinya.

"Hubby nak tunjuk apa? Kenapa kita nak ke dapur?" Soal Lily Ayana, berkerut dahinya memandang Ean Zafran.

"Suprise tu ada dekat dapur." Ujar Ean Zafran sambil mencuit hujung hidung mancung Lily Ayana. Hati Lily Ayana mula berdebar, apa la suprise yang dimaksudkan suaminya ini.

"For you my cutie pie" Ean Zafran menghulur pinggan yang mengandungi 4 biji donut coklat kepada Lily Ayana.

"Hubby buat donut ni sendiri tau, special for my cutie pie. Cuba la rasa sedap tak?" Lily Ayana terharu mendengar kata-kata Ean Zafran, dia mengambil sebiji donut coklat yang kelihatan sangat menyelerakan.

"Sedapnya, pandainya hubby buat donut ni. Terima kasih suami ku sebab tak pernah berhenti membuat sayang happy. Mana hubby belajar buat donut sedap macam ni?" Tanya Lily Ayana teruja, dia menikmati donut coklat buatan Ean Zafran dengan penuh nikmat.

"Hubby belajar dekat youtube, beberapa kali juga fail. Nasib baik yang ni menjadi. I will do anything for you, as long as you are happy with me, Ily." Kata Ean Zafran sambil mengelap comot di tepi bibir Lily Ayana

"Ily? Who Ily?" Tanya Lily Ayana hairan.

"Ily tu sayang la. Nama sayang kan Lily Ayana, hubby singkatkan jadi Ily sebab Ily itu juga adalah shortfont for ' I LOVE YOU' from today your name is Ayana, my cutie pie, sayang and Ily." Ujar Ean Zafran sambil mengusap lembut pipi isterinya ini.

Lily Ayana memeluk erat tubuh Ean Zafran, lalu dia melepaskannya dan menyambung menikmati donut coklat yang sedap ini.

"I love you to hubby. I will love you forever and until to jannah. Thank you for everything." Balas Lily Ayana, satu kucupan hinggap di bibir Ean Zafran. Nasib la tiada orang yang melihat, kalau tidak pasti akan di marahi kerana membuat aksi yang sepatutnya hanya dilakukan di dalam bilik bukan di hadapan orang ramai.

"Nakal juga isteri hubby ni, sedap tak?" Ean Zafran merangkul pinggang Lily Ayana dan menarik gadis itu rapat ke dadanya. Pinggang Lily Ayana di peluk kemas.

"Mestilah, apa pun yang Hubby masak semuanya sedap. Hubby pun sedap juga." Bisik Lily Ayana, Ean Zafran ketawa mendengar kata-kata gadis kesayangannya ini. Sikap nakal dan manja Lily Ayana la yang telah memikat hatinya. Dia melagakan hujung hidungnya dengan hujung hidung Lily Ayana.

"Te amo, mi hermosa alma gemela" Bisik Ean Zafran

"Ha? Bahasa apa tu?"

"Bahasa Spanish, maksudnya ialah i love you my beautiful soulmate." Lily Ayana mengukir senyuman mendengar jawapan Ean Zafran, lelaki ini tidak pernah gagal membuatkan hatinya berasa bahagia.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now