15

15.9K 543 20
                                    

Ean Zafran membuka pintu kereta untuk Lily Ayana, tangan gadis itu di genggam erat dan mereka berjalan masuk ke dalam shopping mall.

"My cutie pie nak shopping apa?" Tanya Ean Zafran sambil mengucup tangan Lily Ayana.

"Kita makan dulu, nak tak?"

"Okay juga tu." Ean Zafran dan Lily Ayana melangkah menuju ke sebuah restoran.

"Hai, Ayana. Lama kita tak jumpa, siapa ni pakwe baru ke?" Tegur Fayyad yang terserempak dengan Lily Ayana di hadapan Restoran.

"Ini suami saya la." Balas Lily Ayana geram. Muncul tiba-tiba lepas tu nak sindir orang.

"Hai, Dr.Ean Zafran suami Lily Ayana." Ujar Ean Zafran sambil menghulur tangan kepada Fayyad untuk bersalam.

"Fayyad Ex Lily Ayana." Balas Fayyad menyambut tangan Ean Zafran sengaja menyebut perkataan Ex itu.

"Kita dah lama putus, tak payah nak sebut pasal tu lagi." Marah Lily Ayana, Ean Zafran menarik isterinya jauh daripada lelaki itu.

"Kalau kau ganggu isteri aku lagi, aku akan report polis dan akan pastikan kau tak akan dapat sambung belajar lagi. Ingat amaran aku ini, jangan ganggu isteri aku." Ujar Ean Zafran tegas dan serius, lalu dia menarik Lily Ayana masuk ke dalam restoran. Sempat juga dia menghadiahkan jelingan kepada lelaki yang mengaku sebagai Ex isterinya itu. Lelaki itu sengaja ingin menyakitkan hatinya tetapi dia tidak berasa apa-apa pun kerana di dalam hati gadis itu hanya ada namanya.

Lily Ayana bahagia apabila di layan seperti seorang puteri oleh Ean Zafran. Lelaki itu menyuap dia makan aiskrim, membetulkan awning tudung yang di pakai olehnya. Sesekali lelaki itu mencium kepalanya, Ean Zafran membeli pelbagai keperluan untuk Lily Ayana, dia tidak membelanja untuk dirinya kerana baginya Lily Ayana lagi penting.

"Bibi, saya nak pergi toilet la." Ujar Lily Ayana apabila lalu di hadapan tandas awan pusat membeli belah ini. Ean Zafran hanya mengangguk mendengar kata-kata Isterinya itu.

Ean Zafran menunggu Lily Ayana sambil scroll telefon bimbitnya . Dia mendongak memandang ke depan apabila berasa ada seseorang sedang berdiri di hadapannya.

"Hai, you shopping juga ke?" Tanya Jasmin yang tak sangka akan terserempak dengan Ean Zafran di sini.

"Hai, haah. Teman Ayana shopping. You dengan siapa?"

"I dengan mama, penat la teman mama I shopping. Dia punya shopping kalah I, berdiri dekat operation room pun tak penat macam ni." Ujar Jasmin sambil ketawa, Ean Zafran turut ketawa mendengar kata-kata gadis ini

"I pergi dulu la, mama mesti tengah cari I tu." Ujar Jasmin, kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Ean Zafran untuk mencari mamanya di dalam kedai tas tangan.

Lily Ayana mendengus kasar melihat Ean Zafran dan Jasmin. Ke mana saja mereka pergi, kenapa perempuan itu mesti ada. Dia yakin pasti Ean Zafran dan Jasmin ada hubungan sulit.

"Saya dah agak awak mesti ada hubungan dengan Jasmin kan?!" Ujar Lily Ayana dengan nada suara agak tinggi. Bag kertas yang di pegang oleh Ean Zafran dia rampas kasar. Lelaki itu terkejut dengan tuduhan Lily Ayana.

"Saya tiada apa-apa hubungan dengan dia. Apa awak tengok tu hanya bual kosong."

"Saya tak percaya! Awak memang nak curang dengan saya. Sebab saya ni hanya budak U dan dia doktor yang cantik!" Balas Lily Ayana sinis.

"Sumpah demi Allah, saya tak ada hubungan dengan dia. Tolong la percaya." Rayu Ean Zafran, dia ingin menggenggam tangan Lily Ayana tetapi di tepi kasar oleh Lily Ayana.

"Saya tak percaya! Dan tak akan percaya kata-kata awak tu! Saya akan siasat dan dapat kan bukti tu." Ujar Lily Ayana bersungguh-sungguh.

"Saya mencintai awak , mana mungkin saya curang. Saya terlalu sayangkan awak." Luah Ean Zafran , sambil memegang bahu Lily Ayana.

"Dulu Fayyad semasa nak curang pun cakap macam ni la. Semua lelaki sama tak cukup satu."

"Jangan sama kan saya dengan dia. Saya Ean Zafran tak akan sama dengan lelaki lain. Saya tak pernah curang dengan awak." Kali ini suara Ean Zafran lebih tegas.

"Saya tak percaya. Saya nak balik, saya akan balik sendiri. Jangan ikut saya! Saya benci lelaki curang." Lily Ayana berlalu pergi meninggalkan Ean Zafran dengan perasaan marah yang membuak-buak di dalam dirinya.

Ean Zafran meraup wajah dengan tapak tangannya., dia beristighfar. Apa yang harus dia lakukan untuk buktikan yang dia tak bersalah dalam hal ini. Dia sangat menyayangi gadis itu.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now