Lily Ayana berlari menuruni anak tangga sesekali dia mengerling jam tangannya. Dia sudah lambat, ini semua gara-gara dia menonton drama korea sehingga pukul 3 pagi. Pagi ini adalah kelas untuk subjek strategik marketing dan pensyarah adalah Puan Aminah. Puan Aminah terkenal dengan sikap tegasnya, dia ketika sedang berlari menuruni tangga dia tersalah Langkah, namun seseorang telah memegang lengannya dan menariknya rapat ke tubuhnya. Lily Ayana terkedu wajah lelaki itu di pandang lama. Fayyad rupanya, bekas kekasihnya. Macam mana la lelaki ini boleh muncul menjadi penyelamatnya."Terima kasih." Ucap Lily Ayana acuh tak acuh, dia membetulkan kedudukannya. Kesilapan terbesarnya adalah pernah menerima cinta lelaki ini. Dia meminta cinta dia juga yang mengkhianatinya.
"Hari ini awak pun lambat juga?" Tanya lelaki itu cuba untuk berbaik la tu. Lily Ayana membalas dengan jelingan. Dia sudah lambat, tiada masa ingin berbual mesra. Laju sahaja langkah Lily Ayana meninggalkan lelaki itu.
Fayyad memerhati Lily Ayana daripada jauh, dia ingin membina semula cinta yang telah dia musnahkan. Tetapi sepertinya gadis itu tidak berminat untuk kembali kepadanya. Salahnya kerana tergoda pujuk rayu gadis cantik, akhirnya dia turut dikecewakan. Padan mukanya, dia telah menerima khifarah atas perbuatannya.
Qysha mengukir senyuman sinis melihat gambar yang dia ambil sebentar tadi. Gambar berpelukan Lily Ayana dan Fayyad. Hanya dia saja yang tahu Lily Ayana dan Fayyad tidak sengaja. Kalau orang lain melihat pasti akan menimbulkan fitnah. Memang ini yang dia mahukan, daripada dahulu dia tidak berpuas hati apabila Lily Ayana sering di puji oleh nenek. Dia pula sering dibandingkan dengan Lily Ayana. Seperti dia ini cucu tiri sedangkan dia sama seperti Lily Ayana cucu kandungan Cuma gadis itu bijak dan rajin daripadanya. Kali ini dia tidak mahu kalah, dia mahu Lily Ayana rasa sakit seperti yang dia rasakan.
Lily Ayana menarik nafas lega kerana dia terlebih dahulu sampai ke kelas sebelum Puan Aminah. Dia melabuh punggung di atas kerusi di sebelah sahabatnya, Nelisa. Dia bersandar pada kerusi dewan kuliah ini, penatnya marathon tadi.
"Kenapa kau tak kejutkan aku!" Peha Nelisa di tepuk kuat. Gadis itu terjerit kecil kerana terkejut pehanya di tepuk oleh Lily Ayana. Terasa pedih pehanya saat ini.
"Aku dah kejutkan kau bagai nak gila tetapi kau tak nak bangun juga. Aku dah la nak singgah kedai buku sebab itu aku gerak dulu. Lain kali tengok la kdrama sampai Pukul 3 pagi." Perli Nelisa, geram dengan sahabatnya ini. Lily Ayana tersengih mendengar kata-kata Nelisa. Dia tahu dia salah kerana telah terlajak tidur.
"Sorry la, nanti aku belanja kau donut coklat with extra coklat." Ujar Lily Ayana sambil membayangkan bertapa sesapnua donut coklat dengan extra coklat itu.
"Makanan yang kau nak belanja itu, favorite kau bukan aku. Baik tak payah belanja." Mengomel Nelisa, kalau belanja biar la favorite dia. Kalau belanja makanan favorite diri sendiri baik tak payah belanja.
"Okay la tu aku nak belanja. Kau nak tak? Tak nak kau rugi." Sindir Lily Ayana, Nelisa kelihatan tergugat. Rugi pula kalau menolak. Sedap juga donut coklat itu.
"Donut coklat pun donut coklat la." Ujat Nelisa setuju dengan tawaran Lily Ayana. Lily Ayana tersengih mendengar jawapan Nelisa, kan senang macam tu. Terima dan makan dengan kenyang.
"Apa tajuk kdrama kau tengok semalam? Bukan main semalam kau marathon kdrama, berapa banyak cerita kau tengok?"
"Aku tengok K2 and doctor stranger. Lee Jong suk tak pernah gagal buat aku terpikat. Kenapa la bukan dia yang berlakon jadi doktor dalam K2 tu. Mesti lagi semangat aku nak tengok cerita tu." Lily Ayana senyum sendirian apabila teringat hero korea kesayangannya.
"Bukan kau je yang terpikat, semua perempuan yang tengok dia confirm jatuh hati. Aku nak cari suami muka macam dia, agak-agaknya wujud tak lelaki macam tu dekat malaysia?"
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...