14

16.4K 585 13
                                    

Lily Ayana menaip sesuatu pada macbook sesekali dia mengerling ke arah telefon bimbitnya. Dia mendengus kasar, telefon bimbit di capai dan merenung lama ke arah skrin itu.

"Kenapa dengan kau ni? Gelisah je daripada tadi?" Tanya Nelisa yang pelik dengan perangai kawannya yang gelisah semacam itu.

"Aku geram la dengan Ean ni. Dia kata nak call aku dah 5 jam tapi tak muncul-muncul juga." Kata Lily Ayana tidak puas hati.

"Dia sibuk la tu, dia kan surgeon. Kau kena la faham dia sikit."

"Aku dah habis faham dia la. Dah terlebih faham, aku cuma risau tentang doktor cantik dekat hospital dia tu. Perempuan tu cantik sangat." Lily Ayana resah apabila teringat tentang Jasmin. Perempuan itu persaing terhebat dia.

"Kau kena percaya kan Ean, kalau dia suka doktor tu mesti dah lama diaorang kahwin. Betul tak?" Ujar Nelisa cuba menenangkan hati Lily Ayana

"Senang la kau cakap sebab kau tak tengok doktor cantik tu lagi. Aku tak tenang apabila teringat doktor itu, aku yakin dia suka pada Ean. Lelaki mula-mula tak suka kalau dah dipikat mesti akan terpikat kan?" Nelisa menggeleng kepala mendengar hypothesis sahabatnya itu.

"Kau ni kan jangan la nak buat andaian bukan-bukan. Tak baik tau tuduh suami macam tu."

"Aku tak kira aku nak siasat juga apa hubungan Ean dan doktor tu." Ujar Lily Ayana bersungguh-sungguh dia nekad nak siasat betul ke suaminya itu tiada hubungan dengan doktor cantik itu.


Ean Zafran dan Jasmin melangkah menuju ke sebuah meja di dalam Cafe Goldnessia hospital ini untuk menikmati makan tengahari mereka yang sudah lewat. Berperang di dalam dewan bedah selama 7 jam sangat memenatkan. Pembedahan yang berlaku tadi ialah melibatkan pemindahan jantung kepada pesakit.

"So, jantung yang pesakit tu terima adalah jantung tunang dia yang meninggal sebab kemalangan?" Tanya Jasmin yang bagai tak percaya dengan cerita Ean Zafran tentang tunang yang sudah meninggal dunia mahu menderma jantungnya kepada tunangnya.

"Yup, romantik kan kisah diaorang? Perempuan tu menangis bila tahu tu jantung tunang dia. Masalahnya paling besar Emir pun menangis sekali." Ujar Ean Zafran sambil ketawa, Jasmin pun turut ketawa mendengar cerita lelaki di hadapannya ini.

Lily Ayana mengetap bibir melihat kemesraan Ean Zafran dan doktor cantik itu. Dia sudah agak mereka ada hubungan istimewa yang dia tak tahu. Dia melangkah menuju ke ara dua orang yang sedang gelak ketawa itu.

"Patut la saya call bibi tak angkat rupanya tengah gelak ketawa dengan perempuan ni." Sindir Lily Ayana yang sakit hati melihat kemesraan Ean Zafran dan Jasmin. Dia menjeling memandang doktor itu.

"Perempuan ini? How dare you call me like that?! Ean please teach your wife how to respect a person older than her!" Marah Jasmin apabila Lily Ayana menggelar dia 'Perempuan Ini' . Dia bingkas bangun dan melangkah pergi meninggalkan meja itu. Budak-budak sekarang memang tak pandai menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

"Kenapa awak gelar dia macam tu? Please hormat orang lain." Tegur Ean Zafran agak geram dengan sikap Lily Ayana yang tidak menghormati orang lain.

"Macam mana saya nak hormat dia kalau dia cuba nak merampas suami saya? Bibi ingat saya ni patung ke tiada perasaan?" Ujar Lily Ayana geram.

"Siapa pula nak merampas saya daripada awak? Kami hanya berkawan tak lebih daripada tu. Tolong la jangan negative thinking."

"Macam mana saya tak negative thinking kalau bibi susah nak angkat call and balas mesej saya. Apabila datang sini saya tengok awak tengah gelak ketawa dengan dia. Isteri mana tak sakit hati." Luah Lily Ayana, air mata mengalir membasahi pipinya.

"My cutie pie, saya surgeon jadi saya akan busy apabila di hospital. Saya minta maaf kalau susah nak angkat call awak. Saya janji tak buat lagi lepas ni, esok kita pergi shopping nak tak?" Ujar Ean Zafran sambil mengelap air mata yang mengalir di pipi Lily Ayana.

"Janji tau awak bawa saya shopping esok?"

"Yes my cutie pie, i'm promise." Balas Ean Zafran sambil mengusap lembut pipi Lily Ayana. Dahi gadis itu di kucup berkali-kali. Dia kena banyak bersabar dengan gadis manja seperti Lily Ayana kerana ini adalah pilihannya.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now