Ean Zafran memberhentikan keretanya di hadapan rumah Puan Aisyah. Dia tidak sabar mahu menemui Lily Ayana, dia sangat merindui isterinya itu. Apabila dia melangkah keluar daripada kereta, dia hairan melihat semua tingkap dan pintu tertutup rapat seperti tiada orang di dalam rumah ini. Dia melangkah mendekati tangga batu di anjung rumah. Sampul surat berwarna merah menarik perhatiannya.
Perkataan yang tulis dihadapan sampul surat ini membuatkan hatinya berdebar
-Untuk suamiku Ean Zafran-
Pelahan-lahan Ean Zafran membuka sampul surat itu dan dia meneliti isi kandungannya. Menitis air matanya saat membaca apa yang tertulis di dalam surat ini
Assalamualaikum.. Suamiku yang amat ku cintai.
Izinkan sayang membawa diri ke suatu tempat untuk merawat luka di dalam hati. Sayang mohon maaf atas kesalahan yang telah sayang lakukan dalam keadaan sedar atau tanpa sedar. Halalkan makan minum sayang sepanjang kita bersama, hubby sayang tidak layak untuk hubby. Sayang tak sempurna, sayang tak mampu menjadi isteri yang baik untuk hubby. Pergilah hubby mencari pengganti yang lebih baik daripada sayang. Sayang mohon lepaskan lah sayang, sayang tak mampu nak hidup dengan hubby lagi dengan keadaan sayang yang tidak sempurna ini. Tolong jangan mencari sayang, kerana sayang tak nak lagi hidup dengan hubby. Sayang mahu membina kehidupan sendiri tanpa hubby. Tolong lepaskan sayang.Isteri mu,
LILY AYANAMenangis teresak-esak Ean Zafran membaca surat daripada Lily Ayana. Hatinya sangat terluka saat ini, dia dapat merasakan Lily Ayana terpaksa melakukan ini semua.
"Sayang, kenapa tinggalkan hubby. Kenapa sayang tak tunggu hubby kita boleh berbincang sayang. Hubby sangat merindui sayang, balik la sayang." Rayu Ean Zafran sambil menangis teresak-esak di atas anak tangga batu ni. Dia meletak tangan di dada, hatinya berasa sangat terseksa saat ini. Mana mungkin dia mampu hidup tanpa Lily Ayana.
Lily Ayana berdiri di balkoni rumah kondominium maksunya ini sambil memeluk tubuh merenung bintang di langit. Selepas di seksa oleh Hajah Rosnah semalam, Lily Ayana terus menghubungi maksu meminta wanita itu mengambilnya dan ibu.
"Kenapa Ayana mesti nak mendengar cakap mak mentua yang kejam tu?" Tanya maksu sambil berdiri di sebelahnya. Lily Ayana mengelap air mata yang mengalir.
"Ayana tak nak dia di sisih ibu kandung sendiri. Ayana tak sempurna maksu, Ayana tak layak untuk dia. Dia terlalu sempurna dia perlu mencari seseorang yang sepadan dengan dia." Ujar Lily Ayana sambil mengesat air mata yang mengalir di pipinya
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...