Hajah Rosnah duduk di atas pangkin kayu yang terletak di bawah pokok jambu bertih. Setelah penat berkebun, di sini la tempat dia akan berehat. Sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya, kereta itu berhenti di hadapannya. Tidak lama kemudian susuk tubuh milik Syafiqa melangkah keluar daripada kereta itu.
"Maksu, menungkan apa tu? Teringat menantu perempuan kesayangan ke?" Sindir Syafiqa sengaja mahu menghidupkan api kemarahan Hajah Rosnah terhadap Lily Ayana.
"Huh! Tak ada masa maksu nak teringat pada menantu kaki pengikis tu." Ujar Hajah Rosnah sinis, perasaan marahnya membuak-buak apabila teringat tentang Lily Ayana.
"Maksu tahu tak dia dengan abang pergi ke korea hari ni. Habis la duit abang nanti, barang dekat sana dah la mahal. Mesti dia akan ajak abang pergi ke pakar kecantikan dekat sana, alang-alang dah ke korea mesti la nak kena pergi buat rawatan muka supaya cantik macam kpop tu. Fiqa rasa beratus ribu juga duit abang akan habis tu." Turun naik nafas Hajah Rosnah mendengar kata-kata Syafiqa. Haish tak guna betul menantunya itu, penat-penat anaknya berkerja senang-lenang dia nak menghabiskan duit anaknya itu.
"Ayan tu bekerja sampai susah nak balik ke kampung, dia pula sesuka hati je nak habiskan duit Ayan macam tu je. Haish! Tak guna betul budak tu, dia dah pandai control Ayan sekarang ni. Maksu tak sangka Ayan lebih backup dia berbanding Maksu." Kata Hajah Rosnah dengan nada suara tidak berpuas hati.
"Dia memang perempuan tak guna la maksu, dia bukan saja nak mengikis duit abang tetapi dia juga nak merampas abang daripada maksu. Kenapa maksu masih nak mengharapkan dia mengandungkan anak abang? Suruh je la abang tu ceraikan perempuan tu sebelum dia bawa abang jauh daripada maksu." Ujar Syafiqa sengaja mahu menakutkan wanita dia sebelahnya ini.
"Maksu tak boleh buat macam tu nanti paksu marah. Hanya 3 bulan je lagi akan menentukan dia akan terus bersama Ayan atau tidak. Kalau dia tak mengandung maksu akan paksa Ayan berkahwin dengan Fiqa dan daripada situ kita akan dapat memisahkan mereka." Syafiqa mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Hajah Rosnah. Tak lama lagi dia akan memiliki Ean Zafran sepenuhnya.
"Kalau dia mangandung?"
"Bagus la kalau dia mengandung, maksu kena terima dia sebab maksu dah berjanji dengan Ayan dan paksu. Kalau Ayana mengandung maksu kena terima Ayana dan memaafkan dia." Syafiqa mendengus kasar mendengar kata-kata Hajah Rosnah, habislah rancangannya kalau perempuan itu mengandung.
"Maksu ni tak payah baik sangat la dengan perempuan tu. Kalau ada anak perangai dia mesti bertambah teruk dan abang akan bertambah sayang dengan dia. Maksu nak kena abang lebih sayangkan dia daripada maksu." Syafiqa tidak berputus asa untuk menanam perasaan benci di dalam hati Hajah Rosnah terhadap Lily Ayana.
"Kalau boleh maksu memang nak Ayan ceraikan dia tetapi paksu dah bagi amaran jangan cuba nak meruntuh rumah tangga mereka. Maksu memang dah rancang nak seksa dia setiap kali dia datang ke sini." Hajah Rosnah memang rancang nak menyeksa hidup Ayana jika perempuan itu datang ke rumahnya tetapi dia tak boleh melakukannya dihadapan Ean Zafran.
"Bagus maksu Fiqa setuju. Seksa dia maksu, seksa sampai dia menderita dan kemurungan." Hasut Syafiqa yang sememangnya mahukan Lily Ayana diseksa dan menderita. Dia tidak akan bahagia selagi perempuan itu bahagia, dia mahukan perkahwinan Ean Zafran dan Lily Ayana musnah. Dia benci dengan perempuan yang bernama Lily Ayana kerana telah merampas seseorang yang amat dia cintai separuh nyawa.
Keindahan Pulau Nami di korea selatan ini tidak dapat disangkalkan lagi. Pulau Nami ini dikelilingi oleh air Sungai Han Utara. Lily Ayana memeluk lengan Ean Zafran sambil berjalan-jalan di Metaseqouia Lane iaitu sebuah laluan umpama taman yang begitu indah biarpun 4 musin melanda. Oleh kerana Ean Zafran membawa dia ke sini ketika musim luruh, dia dapat melihat kecantikan Ginkgo Tree Land yang berwarna kuning lembut.
"Kenapa banyak tempat di Korea, kenapa sayang nak pergi ke sini? Kenapa tak pergi shopping atau bandar Seoul ke?" Tanya Ean Zafran yang agak pelik dengan pemilihan tempat yang paling Lily Ayana nak pergi jika dia dapat melancong ke Korea Selatan.
"Sebab pemandangan dia cantik, hubby nak tahu tak dekat sini la pengambaran drama Winter Sonata. Bukan senang nak tengok daun jadi warna kuning macam ni. Hubby tak suka tempat ni ke?" Tanya Lily Ayana serba salah, risau juga jika suaminya ini mahu ke tempat lain kerana percutian mereka ini sangat singkat. Hanya dua hari saja kerana Ean Zafran ada pembedahan yang perlu dilakukan,
"Hubby tak kisah la, hubby cuma pelik je sebab jarang perempuan seusia sayang suka tempat macam ni. Maknanya sayang ni istimewa la kan?"
"Kenapa pula istimewa?" Soal Lily Ayana.
"Special in my heart." Balas Ean Zafran sambil mencuit hujung hidung Lily Ayana.
"I have something for you." Ean Zafran mengeluarkan sesuatu daripada poket baju sejuk yang sedang dia pakai ini. Satu kotak berwarna putih sepanjang 10 cm dikeluarkan lalu dia membuka kotak itu terdapat seutas rantai tangan emas putih didalamnya.
"Rantai tangan ini akan menjadi pengganti hubby,kalau hubby jauh daripada sayang. Kalau rindu hubby tengok la rantai tangan ni." Kata Ean Zafran sambil memasang rantai tangan itu dipergelangan tangan Lily Ayana.
"Cantiknya hubby. Terima kasih hubby kerana selalu membuat sayang berasa sangat bahagia." Satu kucupan hinggap di pipi Ean Zafran.
Ean Zafran menarik Lily Ayana ke dalam pelukannya, lalu kepala isterinya ini di kucup dengan penuh kasih sayang.
" Mi hermosa, You're always the first and the last thing on this heart of mine. No matter where I go, or what I do, I'm thinking of you. I love you." Ucap Ean Zafran dengan nada suara romantik. Lily Ayana bahagia mendengar quote indah yang dihadiahkan Ean Zafran kepadanya. Lama dia memeluk Ean Zafran, pipinya disandarkan pada dada sasa suaminya ini, dia tidak mahu keindahan ini berakhir. Daun daripada Ginkgo tree gugur ini jatuh ke tanah seperti sedang meraikan kebahagiaanya saat ini.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
Storie d'amoreEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...