Stretcher yang dinaiki oleh Ean Zafran di tolak masuk ke dalam Zon merah Jabatan kecemasan hospital Goldnessia. Beberapa orang doktor dan jururawat mula berkerumun di katil Ean Zafran. Alat pernafasan di pasang pada lelaki itu. Branulla needle di cucuk pada tangannya, jururawat berusaha menghentikan pendarahan di kepala Ean Zafran.
"Tolak patient ke operating room. Now!" Arah Mikhail kepada beberapa orang jururawat.
"Betul ke Ean excident?" Tanya Emir gelisah kepada Mikhail. Dia terus bergegas ke Jabatan kecemasan apabila mendapat berita bahawa sahabat baiknya itu telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.
"Yup. Keadaan dia sangat kritikal, kecederaan pada kepala dia agak serius. Apa yang aku boleh katakan sekarang ni kemungkinan dia akan koma selepas pembedahan membuang darah beku itu." Kata Mikhail resah, Emir melepaskan keluhan.
Semalam Ean Zafran menghubunginya mengatakan Lily Ayana telah meninggalkannya. Dia dapat merasakan sahabatnya itu terlalu sedih, dia berharap pembedahan ini berjalan lancar dan Ean Zafran sihat seperti sedia kala.
Hj Fadhil mengeluh melihat keadaan Hajah Rosnah menangis saja sejak bergaduh dengan Ean Zafran tempoh hari sehingga wanita ini menghidap demam panas.
"Makan la sikit, dah berapa lama awak tak makan." Pujuk Hj Fadhil. Hajah Rosnah menggeleng kepala, dia tidak mahu makan selagi Ean Zafran tidak balik ke rumah ini.
"Saya nak Ayan yang suapkan saya. Saya nak Ayan, saya nak minta maaf dengan dia." Ujar Hajah Rosnah sayu.
"Dia akan balik juga nanti, awak makan la dulu sikit. Badan awak lemah sangat ni, mesti dia sedih kalau tengok keadaan awak macam ni." Kata Hj Fadhil, masih berusaha memujuk Hajah Rosnah untuk makan.
"Saya ingat saya dah menjadi umie yang terbaik untuk dia tetapi saya silap. Saya telah menghancurkan hati dia." Semakin menjadi-jadi tangisan Hajah Rosnah, Hj Fadhil berasa sangat kasihan melihat keadaan isterinya ini.
"Bertaubat la. Awak tahukan Ayan terlalu mencintai Ayana, kerana sikap awak yang terlalu percaya cakap orang dan taksub nak cucu daripada benih Ayan sampai awak lupa yang kita ni hanya manusia biasa hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Awak telah menidakan ketentuan Allah SWT, awak belagak sepeti awak yang penentu segala-galanya jika awak kata Ayana kena mengandung dalam masa 3 bulan benda tu kena terjadi juga. Tanpa awak sedar sebenarnya awak tiada hak untuk menentukannya. Awak pisahkan anak awak dengan seseorang yang amat dia cintai hanya kerana kehendak awak yang melampau itu. Awak tahu tak benda ini akan beri kesan buruk pada Ayan?" Bebel Hj Fadhil panjang lebar. Puas hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya, dia menarik Hajah Rosnah ke dalam pelukannya.
"Saya minta maaf abang, saya minta ampun." Ucap Hajah Rosnah sambil menangis teresak-esak. Hj Fadhil mengusap belakang isterinya supaya wanita itu lebih tenang.
Telefon bimbit Hj Fadhil berdering tanda ada menerima panggilan masuk. Berkerut dahinya melihat nombor telefon yang tidak dikenali itu.
"Assalamualaikum.. Siapa ni?" Soal Hj Fadhil sebaik sahaja menjawab panggilan telefon itu.
"Waalaikumussalam, Pakcik ni ayah Ean Zafran ke?"
"Ya Saya, Siapa ni?"
"Saya Insp. Razif ingin memberitahu pakcik bahawa anak pakcik Ean Zafran telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia sekarang berada di ICU hospital Goldnessia." Hj Fadhil terkejut mendengar kata-kata polis itu, dia memandang ke arah Hajah Rosnah. Pasti wanita itu akan sedih apabila mendengar berita ini.
"Ya Allah. Terima kasih ya kerana beritahu tentang hal ini." Ucap Hj Fadhil, tidak lama kemudian dia menamatkan panggilan telefon itu.
"Kenapa abang? Siapa yang telefon?" Tanya Hajah Rosnah, dia dapat merasakan ada sesuatu yang terkena kerana riak wajah Hj Fadhil berubah selepas menerima panggilan telefon itu.
"Ayan terlibat dengan kemalangan jalan raya, kini dia berada di ICU hospital Goldnessia." Kata Hj Fadhil sayu, Hajah Rosnah menangis mendengar kata-kata
suaminya itu. Semua ini salahnya, dia menyebabkan anaknya itu sedih sehingga terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia berasa sangat menyesal.Lily Ayana terjaga daripada tidur, jantungnya berdebar seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jam menunjukkan pukul 3 petang, dia masih belum menunaikan solat fardhu Zohor. Lily Ayana melangkah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat fardhu 4 rakaat itu.
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku mohon pada mu ampunkan la segala dosa ku. Ya Allah, aku sangat merindui suami ku. Aku mohon sampaikan lah rindu ku ini kepadanya. Ya Allah, aku mohon Engkau melindungi dia tidak kira dimana pun dia berada. Engkau mudahkan la segala urusannya dan Engkau ampunkan la segala dosanya. Aku sangat merindui dan mencintai dia.." Rintih Lily Ayana di dalam doanya, dia menangis teresak-esak di atas sejadah ini.
Ikutkan perasaanya ini dia mahu mencari Ean Zafran dan memeluk suaminya seerat-eratnya. Dia mahu suaminya itu menciumnya, membuatkan donut coklat untuknya dan mengungkap kata-kata romantik.
"Ya Allah, rindunya aku pada Ean Zafran.." Lily Ayana menangis sambil meletak tangan pada dadanya. Sakitnya merindui seseorang yang amat kita cintai, teramat sakit perasaan ini.
Pelahan-lahan Hajah Rosnah melangkah mendekati katil Ean Zafran. Dia menangis teresak-esak melihat keadaan Ean Zafran yang terbaring kaku di atas katil, badannya di penuhi pelbagai wayar serta kepalanya di balut rapi dengan bandage. Hajah Rosnah menggenggam jari jemari anak bongsunya ini.
"Umie minta maaf Ayan. Sedarlah Ayan, umie janji akan tolong Ayan mencari Ayana. Kita sama-sama mencari dia ya sayang." Ujar Hajah Rosnah sambil menangis teresak-esak.
"Ayan umie tahu umie telah melakukan kesilapan paling besar. Umie terlalu pentingkan diri, umie terlalu ikutkan perasaan. Umie akan tebus balik semua kesilapan umie, tetapi tolong la bangun." Merayu Hajah Rosnah menangis di sisi katil Ean Zafran. Terseksa hatinya melihat keadaan Ean Zafran yang terbaring kaku di temani dengan pelbagai wayar.
Jika Ean Zafran sedar dia berjanji akan membantu anaknya ini mencari Lily Ayana. Dia akan menjadi umie yang baik untuk anak dan menantunya, dia akan berubah menjadi hamba Allah yang redha menerima apapun ketentuan yang telah Allah tetapkan kepadanya.
Dia tidak mahu lagi menjadi manusia yang terlalu ikut perasaan sehingga menyebabkan ada hati manusia lain yang turut terluka.
Emir dan Dayana mendekati Hj Fadhil yang sedang termenung di luar wad ICU. Emir bersalaman dengan Hj Fadhil, riak wajah lelaki ini kelihatan sangat sedih. Siapa tidak sedih apabila satu-satunya anak lelakinya sedang koma di dalam wad ICU ini.
"Kami gagal hubungi Ayana, pakcik ada nombor lain ke?" Tanya Emir, dia dan Dayana telah menghubungi semua nombor yang Hj Fadhil berikan kepada mereka tetapi semuanya gagal.
"Pakcik tiada nombor lain lagi. Pakcik merayu pada kamu berdua tolong mencari Ayana kerana hanya dia dapat membantu Ayan untuk sedar daripada koma ni." Rayu Hj Fadhil, Emir dan Dayana saling berpadangan mereka sebak melihat keadaan Hj Fadhil.
"In Shaa Allah, saya akan membantu mencari Ayana secepat mungkin. Pakcik jangan risau ya tentang itu, Ean kawan kami jadi akan membantu dia sebaik mungkin." Kata Dayana cuba menenangkan hati Hj Fadhil yang kelihatan sangat gelisah itu.
"Terima kasih banyak-banyak, bertuah Ayan dapat kawan seperti kamu berdua. Pakcik sangat berharap dengan kamu berdua." Dayana juga buntu sebenarnya, dia mahu mula daripada mana untuk mencari Lily Ayana kerana dia tidak begitu mengenali gadis itu. Tiba-tiba dia teringat seseorang, adakah lelaki itu akan membantunya? Dia akan paksa juga lelaki itu membantunya mencari Lily Ayana. Ini semua adalah demi Ean Zafran.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomansaEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...