16

15.1K 494 40
                                    

Setelah seminggu lebih tidak berhubung dengan Ean Zafran, Lily Ayana terkejut melihat lelaki itu muncul di hadapan rumahnya. Dia ingin saja memeluk lelaki itu, tetapi ego mengatasi segalanya. Dia mahu lelaki itu yang minta maaf dan memeluknya terlebih dahulu.

"Saya nak bincang sesuatu dengan awak. Jom pergi ke kereta saya." Ujar lelaki itu dengan nada suara yang serius.

"Okay." Jawab Lily Ayana acuh tak acuh. Dia mengekori lelaki itu ke keretanya. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam kereta.

" Nak bincang apa, saya banyak benda nak study ni." Tanya Lily Ayana sambil menyilang tangan di dada.

"Saya nak berkahwin dengan Jasmin. Ini surat kebenaran nikah, saya nak awak sign." Lily Ayana terkejut mendengar kata-kata Ean Zafran.

"Jadi betul la kan bibi curang dengan saya?! Saya tak nak sign, saya nak bibi lepaskan saya. Saya tak nak bermadu!" Marah Lily Ayana sambil mengoyak kertas itu.

"Saya tak curang sebelum ini tetapi selepas awak tuduh saya curang, saya nekad untuk lakukannya. Sebab awak yang minta, daripada saya di tuduh buat benda yang saya tak buat, baik saya buat." Ujar Ean Zafran sinis.

"Saya tak kisah awak tak nak sign dan saya tak akan lepas kan awak. Ni kad kahwin saya, awak kena datang sebab saya nak bagi awak sesuatu. Kalau awak tak datang awak akan menyesal seumur hidup. Itu saja saya nak cakap, awak boleh keluar daripada kereta ini." Ujar Ean Zafran dengan nada suara yang serius.

Menitis air mata Lily Ayana mendengar kata-kata Ean Zafran. Kenapa lelaki ini berubah kejam? Adakah ini semua salahnya?

"Kenapa bibi sanggup saya macam ni? Semua ni salah saya ke?" Tanya Lily Ayana dengan menangis teresak-esak.

"Yes semua salah awak. Awak tuduh saya curangkan? saya buat betul-betul."

"Boleh tak bibi jangan berkahwin dengan dia? Bibi tak mencintai saya lagi ke?"

"Awak keluar daripada kereta ini boleh tak? Keluar sekarang!" Tengking Ean Zafran, mengejutkan Lily Ayana. Dia melangkah keluar daripada kereta ini walaupun hatinya sangat berat untuk meninggalkan lelaki ini.

Lily Ayana menangis teresak-esak melihat kereta Ean Zafran berlalu pergi. Kenapa tiba-tiba lelaki ini berubah? Adakah semua berpunca daripadanya.



Lily Ayana mundar-mandir di hadapan pejabat Ean Zafran menanti lelaki itu selesai di dewan bedah. Apabila melihat susuk tubuh lelaki itu sedang melangkah menuju ke pejabatnya, Lily Ayana mendekati lelaki itu dengan senyuman.

"Kenapa awak datang sini?" Tanya Ean Zafran dengan nada suara serius

"Esok bibi jangan berkahwin dengan Jasmin boleh tak? Saya merayu pada awak." Rayu Lily Ayana sambil memeluk lengan lelaki itu.

"Saya tetap akan berkahwin dengan Jasmin." Tegas Ean Zafran

"Tolong la jangan berkahwin dengan Jasmin, saya merayu." Ujar Lily Ayana sambil berlutut di hadapan Ean Zafran sambil memeluk kaki lelaki itu.

"Awak tak faham bahasa ke? Kalau saya kata nak berkahwin dengan Jasmin saya tetap akan berkahwin dengan dia!!" Tengking Ean Zafran sambil menarik kasar kakinya daripada di pegang oleh Lily Ayana.

Lily Ayana menangis teresak-esak apabila di tengking oleh suaminya itu.

"Sayang!" Panggil Jasmin ketika melangkah masuk ke dalam pejabat Ean Zafran.

"Kenapa kau nak rampas suami aku?!" Lily Ayana bingkas bangun dan menolak kasar tubuh Jasmin.

"Sebab tu doa you kan? You tuduh dia ada hubungan dengan I, jadi I buat la betul-betul. Betul tak sayang?" Ujar Jasmin sinis.

"Betul my love. Dia yang doakan kita. Jadi kita buat la betul-betul." Ujar Ean Zafran sambil meletak tangan di belakang Jasmin.

Lily Ayana terkejut melihat Ean Zafran memeluk pinggang Jasmin. Lily Ayana berlari keluar daripada pejabat Ean Zafran. Semakin kuat tangisannya, hancur hatinya saat lelaki yang dia cintai berpaling kepada cinta lain.




Ean Zafran berdiri di sebelah Jasmin untuk menangkap gambar sebagai kenangan di hadapan masjid. Senyumannya mati apabila melihat kehadiran Lily Ayana di hadapannya.

"Tahniah. Sorry saya lambat datang." Ujar Lily Ayana sebak.

"Jom ikut saya sekejap ke kereta." Ujar Ean Zafran sambil melangkah menuju ke keretanya.

"Awak ada cakap apa tak?" Tanya Ean Zafran

"Saya minta maaf sebab dah tuduh awak bukan-bukan, bibi tolong jangan tinggalkan saya walaupun dah berkahwin dengan Jasmin. Saya tahu semua ini salah saya kerana tak percayakan bibi. Saya sangat mencintai bibi." Luah Lily Ayana sambil memegang tangan Ean Zafran dan mengucupnya.

"Saya pun ada nak cakap sesuatu. Saya minta maaf sebab saya.. sebenarnya tak berkahwin dengan Jasmin. Emir yang berkahwin dengan Jasmin. Saya sengaja nak kenakan awak supaya awak insaf nak tuduh saya macam-macam. Tanda minta maaf, ini untuk awak." Ujar Ean Zafran sambil menghulur sejambak bunga ros merah kepada Lily Ayana.

"Jahatnya buat saya macam ni. Jangan la buat saya macam ni lagi." Ujar Lily Ayana tubuh lelaki itu dipeluk erat.

"Saya janji tak buat lagi. Saya sayang bibi sangat-sangat. Saya janji tak tuduh bukan-bukan lagi. Kenapa awak peluk Jasmin hari tu. Saya jelouse." Ujar Lily Ayana dengan nada suara manja.

"Saya tak peluk dia la tu tangan dia sendiri, saya minta tolong dia berlakon sebab dia pun geram dengan awak kerana tuduh saya bukan-bukan. Sorry my cutie pie kerana telah buat awak menangis, saya janji akan mencintai awak seumur hidup saya." Ujar Ean Zafran sambil mengucup lama dahi Lily Ayana.
Lily Ayana sangat berharap hubungan cinta mereka ini akan kekal selama-lamanya.

Bau masakan yang semerbak menarik perhatian Lily Ayana yang sedang belajar di dalam bilik. Dia menyusun langkah menuju ke dapur, kelihatan Ean Zafran sedang menggaul makanan di dalam kuali. Tubuh lelaki itu dipeluk erat daripada belakang.

"Sedapnya bau. Sorry bibi because your wife tak pandai masak." Ujar Lily Ayana sayu. Ean Zafran memusingkan tubuhnya menghadap isteri yang tersayang.

"Its okay my cutie pie. Saya tak kisah pun, as long as you are with me it's enough for me." Balas Ean Zafran sambil memegang kedua-dua pipi Lily Ayana. Dia mengucup lembut dahi gadis itu.

"Betul bibi tak kisah? Bibi tak akan cari perempuan lain kan?" Ean Zafran ketawa mendengar kata-kata Lily Ayana. Mana mungkin la dia berpaling pada yang lain kerana baginya Lily Ayana sudah cukup untuknya.

"My cutie pie, only you in my heart, 'I love you' begins by I, but it ends up by you." Ujar Ean Zafran sambil mengenyit mata dan mencuit hidung mancung Lily Ayana.

"Bibi ni suka buat saya blushing." Dada sasa Ean Zafran di pukul lembut.

"My cutie pie lapar tak? Jom kita makan. My cutie pie duduk sini diam-diam biar saya hidangkan makanan." Ean Zafran menarik tangan Lily Ayana dan membawa gadis itu ke meja makan.

Ean Zafran menghidangkan nasi goreng yang dia masak di atas meja makan dan meletak dua biji pinggan di atas meja untuk dia dan Lily Ayana.

"Bismillahirahmannirahim.." Ean Zafran menadah tangan memulakan bacaan doa makan. Dia menyuapi nasi goreng ke dalam mulut Lily Ayana dan mengelap comot di tepi bibir isteri kesayangannya.

"I love you bibi." Ucap Lily Ayana sambil mencium tangan Ean Zafran. Dia berasa bahagia apabila di layan seperti tuan puteri oleh Ean Zafran. Dia tidak mahu kehilangan lelaki ini.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now