37

12.2K 391 12
                                    

Ean Zafran duduk di Cafe hospital Goldnessia sambil menghirup secawan coffee. Dia sebenarnya sedang menunggu seseorang, orang yang akan membantunya mencari dalang yang melanggar Lily Ayana.

"Assalamualaikum.. Abang, sorry lambat. Qays pergi jumpa mama sekejap tadi." Sapa Qays Haddad sambil bersalaman dan balas pelukan dengan abang angkatnya ini.

"Tak apa la, abang pun baru sampai daripada kampung ni. Qays ada apa-apa maklumat tentang kemalangan tu." Soal Ean Zafran tidak sabar ingin tahu perkembangan tentang kes Lily Ayana itu.

"Qays dah dapatkan rakaman CCTV di basement tu. Berdasarkan apa yang Qays tengok daripada rakaman tu kereta itu memang dah plan nak melanggar isteri abang. Sebab bila isteri abang keluar je dia pecut then dia terus langgar. No plate kereta palsu, kami sedang edit rakaman tu untuk melihat wajah penjahat tu." Kata Qays Haddad memberitahu hasil siasatannya tentang kes Lily Ayana di langgar lari.

"Abang nak penjahat tu di tangkap dan dikenakan hukuman yang berat. Sampai mati abang tak akan maafkan dia." Ujar Ean Zafran dengan perasaan yang sangat marah pada penjahat itu.

"Abang serahkan semua kepada Qays, sekarang ni Qays sedang kumpul teams untuk menyiasat kes ni lebih detail." Balas Qays Haddad tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh seorang perempuan sedang berjalan di kaunter pesanan cafe ini sambil mengikat rambutnya. Lama dia memandang ke arah perempuan itu.

"Abang tahu abang boleh harapkan Qays." Ean Zafran hairan melihat Qays Haddad termenung memandang seseorang, dia turut melihat ke arah yang sedang di lihat adik angkatnya ini.

"Itu Dr. Dayana atau setengah nurse panggil dia Dr.Yana. Dia Doktor pakar jantung, abang rasa dia single lagi. Kalau nak berkenalan abang boleh beritahu dia." Ujar Ean Zafran apabila dia dapat tangkap siapa yang sedang Qays Haddad perhatikan itu.

"Tak berminat pun. Abang tahu kan Qays nak mencari isteri yang bertudung dan lemah lembut, doktor tu tak menarik minat Qays." Qays Haddad menggeleng kepala apabila mendengar kata-kata abang angkatnya itu. Doktor itu tiada ciri-ciri gadis idamannya tetapi kenapa dia sentiasa berasa mahu melihat kearahnya.

"Selalunya yang kita tak nak tu la jodoh kita. Dr. Dayana tu baik la, cuma dia agak lasak la. Tetapi dia rajin bersedekah." Qays Haddad ketawa mendengar kata-kata Ean Zafran dia pantas menggeleng kepala. Semoga dia dijauhkan daripada perempuan itu.


Syafiqa memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hj Fadhil. Dia kelam kabut keluar daripada keretanya dan melangkah mendekati Hajah Rosnah yang sedang siram pokok bunga.

"Maksu, betul ke Ayana keguguran?" Tanya Syafiqa sambil berdiri di belakang wanita itu.

"Hmm... Maksu sekarang ni memang dah benci sangat dengan perempuan tu dan dah nekad nak Ayan dan Fiqa berkahwin.!" Kata Hajah Rosnah bersungguh-sungguh. Dia nekad kali ini mahu bermenantukan Syafiqa.

"Fiqa tak kisah janji maksu bahagia. Fiqa janji akan melahirkan cucu yang ramai untuk maksu tetapi kan maksu selagi Ayana tu ada dekat dengan abang mesti abang tak akan terima Fiqa. Kita kena buat sesuatu ni." Kata Syafiqa menghasut Hajah Rosnah, dia tak sabar mahu meruntuh rumah tangga Ean Zafran dan Lily Ayana.

"Betul juga tu, habis tu kita nak buat apa ni?" Syafiqa mengukir senyuman sinis mendengar pertanyaan Hajah Rosnah itu.

"Kita suruh Ayana tinggalkan abang. Kalau dia tak nak maksu gelar abang tu anak derhaka baik dia tinggalkan abang sebab maksu nak abang berkahwin dengan Fiqa. Bernas tak idea Fiqa?" Hajah Rosnah mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata Syafiqa.

"Bagus juga idea tu. Maksu setuju."

"Kalau macam tu jom la kita ke rumah ibu Ayana." Ajak Syafiqa tidak sabar dengan rancangannya itu.

"Kenapa kita nak ke sana?" Tanya Hajah Rosnah hairan.

"Maksu tak tahu ke Ayana ada dekat sana, hari tu abang hantar dia balik ke sini. Abang tak balik ke rumah maksu?" Hajah Rosnah menggeleng kepala. Perasaan marah di dalam dirinya mula membuak-buak.

"Nampak sangat si Ayana tu dah hasut abang. Jom maksu kita pergi serang dia." Hajah Rosnah melangkah laju masuk ke dalam rumah mahu menukar baju. Syafiqa ketawa besar kerana rancangan akan berjaya. Dia tahu kepulangan Lily Ayana adalah daripada staff hospital yang kecoh Ean Zafran akan bawa isterinya balik ke kampung. Ini lah masa dia mahu melancarkan perang terhadap Lily Ayana dan kemenangan akan berpihak pada dia.


Myvi hitam milik Syafiqa berhenti di hadapan rumah Puan Aisyah. Hajah Rosnah melangkah laju keluar daripada kereta. Dia tak sabar mahu mengajar perempuan yang tidak guna itu.

"Assalamualaikum... Ayana! Ayana keluar!!" Laung Hajah Rosnah memanggil Lily Ayana.

"Waalaikumussalam.. Kenapa kak?" Tany Puan Aisyah melangkah keluar daripada rumahnya, turut diikuti Lily Ayana di belakangnya.

Tiba-tiba Hajah Rosnah menarik kasar tangan Lily Ayana dan dia menolaknya ke atas tanah. Lily Ayana jatuh tersembam.

"Kak! Kenapa buat anak saya macam ni? Apa salah dia?" Puan Aisyah mahu membantu Lily Ayana tetapi dia halang oleh Syafiqa, tanpa di duga Syafiqa mengeluarkan pisau.

"Kalau makcik tolong dia, saya akan pastikan dia cacat seumur hidup." Ugut Syafiqa, langkah kaki Puan Aisyah terhenti. Menitis air matanya melihat keadaan Lily Ayana.

Lily Ayana menangis teresak-esak di atas tanah ini, rahimnya berasa sangat sakit kerana jatuh terhentak.

"Perempuan aku bagi kau masa 1 hari untuk meninggalkan Ayan. Kalau kau masih tak tinggalkan dia aku akan sumpah dia dan aku tak akan mengaku dia sebagai anak aku sampai bila-bila. Aku nak kau pergi jauh daripada hidup dia!" Tengking Hajah Rosnah sambil menunjal kepala Lily Ayana berkali-kali.

"Ayana sangat mencintai Ean. Tolong la umie jangan pisahkan kami." Merayu Lily Ayana sambil memeluk kaki Hajah Rosnah. Tetapi dia di tendang oleh wanita itu sehingga menyebabkan dia tersungkur lagi.

"Pergi mati kau punya cinta tu, aku tak nak kau bersama dengan anak aku lagi. Tinggalkan dia dan kau Aisyah keluar daripada kampung ini juga aku tak nak tengok muka kau lagi. Bawa anak kau pergi jauh daripada kampung ini dan juga jauh daripada hidup anak aku." Arah Hajah Rosnah dengan nada suara yang tinggi.

"Makcik kalau tak nak tengok anak makcik cacat baik ikut cakap maksu saya tu. Pergi jauh daripada hidup Ean Zafran, jangan cuba nak report polis atau beritahu Ean tentang hal ini kalau nak hidup lama." Bisik Syafiqa sambil mendekatkan pisau ke wajah Puan Aisyah. Menggigil wanita itu melihat pisau yang dipegang Syafiqa.

Hajah Rosnah dan Syafiqa melangkah masuk ke dalam kereta. Tidak lama kemudian kereta yang dipandu Syafiqa meninggalkan perkarangan rumah Puan Aisyah.

"Adik tak ada apa-apa ke?" Puan Aisyah menerpa ke arah Lily Ayana, tubuh anaknya itu dipeluk erat.

"Apa dosa adik pada mereka ibu? Sampai mereka nak pisahkan adik dan Ean. Adik sangat mencintai Ean, adik tak sanggup nak tinggalkan dia." Ujar Lily Ayana sambil menangis teresak-esak di atas tanah ini. Dia memegang rahim dia yang berasa sangat sakit itu tetapi sakit lagi hatinya yang dipaksa meninggalkan Ean Zafran.

Puan Aisyah turut menangis apabila melihat keadaan Lily Ayana yang menangis sekuat hati kerana terlalu sedih. Pasti terseksa hatinya saat ini kerana dia perlu meninggalkan seseorang yang amat dia cintai.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now