41

15K 425 18
                                    

Syafiqa memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hj Fadhil. Peluang ini dia perlu digunakan untuk mengambil berat tentang Hajah Rosnah. Supaya apabila Ean Zafran sedar nanti, dia akan terus dinikahkan dengan lelaki itu tanpa perlu menunggu lama.

"Maksu termenung kan apa tu?" Tanya Syafiqa sambil mendekati Hajah Rosnah yang termenung di bawah pokok jambu ini.

"Teringat Ayan yang masih tak sedar tu. Fiqa boleh tolong maksu tak?"

"Tolong apa?" Tanya Fiqa hairan.

"Maksu nak mencari Ayana tetapi tak tahu macam mana nak mulakan. Fiqa boleh tolong maksu mencari Ayana." Syafiqa ketawa besar mendengar kata-kata maksunya itu. Hajah Rosnah terkejut melihat reaksi Syafiqa.

"Maksu nak Fiqa mencari Ayana? Apa mimpi maksu ni? Bukan ke maksu yang halau dia? Maksu dah bertaubat ke?" Sindir Syafiqa.

"Ya maksu dah bertaubat. Maksu minta maaf kerana tak dapat tunaikan janji kahwin kan Fiqa dengan Ayan. Maksu minta maaf." Ujar Hajah Rosnah sambil memegang tangan Syafiqa, dia mengharap kemaafan daripada anak saudaranya ini.

"Pergi la mati denga maaf kau tu!" Tubuh Tua Hajah Rosnah dia tolak kasar hingga jatuh di atas tanah. Hajah Rosnah menangis teresak-esak terkejut dengan perbuatan Syafiqa. Lily Ayana tidak pernah berkasar dengannya walaupun dia berlaku kejam kepada gadis itu.

"Oi! Orang tua kau dengar sini. Kalau aku tak dapat memiliki Ean Zafran, sesiapapun tak akan dapat memiliki dia. Faham!" Tengking Syafiqa sebelum melangkah menuju ke keretanya. Hajah Rosnah menangis teresak-esak di atas tanah ini. Dia sudah mendapat balasan atas perbuatannya kepada Lily Ayana.




Lily Ayana memeluk tubuh berdiri tepi balkoni sambil mendongak memandang bulan purnama. Dia melepaskan keluhan, air mata mengalir membasahi pipi.

"Hubby, sayang sangat merindui hubby. Hubby rindu sayang tak? Hubby tahu tak hidup sayang sepi tanpa hubby. Sayang nak hubby, sayang nak peluk hubby, sayang nak mencium hubby." Ujar Lily Ayana sendirian sambil menangis teresak-esak.

"Hubby, sayang rindu nak makan donut yang hubby buatkan untuk sayang, sayang rindu nak hubby panggil sayang mi hermosa, sayang rindu hubby menyanyikan untuk sayang, sayang rindu solat berjemaah bersama hubby. Hubby tahu tak, walaupun datang berjuta lelaki mendekati sayang tak akan pernah sama dengan hubby seorang. Hubby, tengah buat apa tu? Hubby dah makan ke? Hubby sihat ke?" Lily Ayana menangis lagi dan lagi, dia terlalu merindui lelaki bernama Ean Zafran.

"Ya Allah, aku sangat merindui suami ku. Sampaikan lah rindu ku ini kepadanya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi dugaan mu ini, hati aku sangat terseksa kerana merindui suami ku. Aku sangat mencintai dia, aku ingin hidup bersama dia sehingga hujung nyawa ku. Aku mohon berikanlah aku peluang tu.. aku nak hidup dengan Ean Zafran.." Rintih Lily Ayana, dia terduduk di atas lantai tangisan menjadi tangisan yang teresak-esak. Sakitnya perasaan ini kerana terlalu merindui dia.





Dayana memeluk tubuh sambil berdiri di sisi katil Ean Zafran. Dia sebak melihat keadaan lelaki yang pernah dia dicintai di dalam diam, lelaki itu baring kaku di atas katil dengan wayar yang berselirat di tubuh badannya.

"Ean, bila you nak bangun ni? You tunggu Lily Ayana datang ke baru you nak bangun?" Soal Dayana pada Ean Zafran yang terbaring kaku itu. Dia mengesat air mata yang mengalir membasahi pipinya.

"I janji akan bawa Lily Ayana kepada you tetapi you kena janji juga yang you akan bangun selepas tu. Kalau you tak bangun I tak nak berkawan dengan you lagi." Ujar Dayana lagi, sebaknya perasaanya saat ini.

"Ean, I banyak belajar daripada you tentang setia. Setia itu mahal dan setia itu juga menyakitkan perasaan kita. I bangga dengan you, you mempunyai segalanya yang semua perempuan mahukan. You juga mampu untuk berkahwin lebih daripada satu tetapi you tetap memilih setia. You tahu tak kenapa you terbaring dekat sini? Sebab you pilih untuk setia menanti Lily Ayana datang kepada you. Betul tak?" Soal Dayana, walaupun dia tahu dia tak akan dapat jawapan daripada lelaki ini. Tanpa dia sedari jari terlunjuk Ean Zafran bergerak sedikit.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now