Lily Ayana berlari masuk ke dalam Hospital Goldeness apabila dia menerima panggilan telefon daripada ibu, mengatakan ayah dia pengsan ketika sedang menjalani kursus pertanian di sebuah institusi berdekatan dengan universiti dia. Berpuluh kali dia cuba menghubungi Ean Zafran tetapi gagal. Dimanakah lelaki itu? Dia sedang bekerja ke?
"Ibu, macam keadaan ayah?" Tanya Lily Ayana cemas sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam wad ini.
"Doktor kata ayah kena serangan jantung. Doktor baru lepas bagi ayah ubat sebab itu ayah tidur lena." Ujar Makcik Aisyah resah. Hatinya tidak tenang melihat suaminya terlantar di atas katil ini. Lily Ayana sedih melihat keadaan ayahnya yang dipenuhi wayar, tangan ayahnya di kucup penuh kasih sayang. Ayahnya kelihatan sangat lena di dalam tidurnya. Tiba-tiba perutnya berbunyi tanda lapar. Macam mana tak lapar kalau last sekali dia makan ketika Pukul 10 pagi.
"Adik pergi la makan. Nak menjaga ayah kena ada tenaga." Lily Ayana mengangguk mendengar kata-kata ibunya.
Dia melangkah keluar daripada wad ayahnya itu,ini kali pertama dia menjejak kaki di hospital mahal ini. Nasib baik ayah dia ada insurance jadi boleh la bermalam di hospital terbaik ini.
Lily Ayana mengeluh mencari jalan menuju ke café. Kenapa la hospital ini terlalu besar? Sehinggakan mahu mencari café pun susah. Langkah Lily Ayana terhenti apabila ternampak seseorang yang amat dia kenali berpakaian doktor sedang melangkah keluar daripada dewan bedah.
Ean Zafran melangkah keluar daripada dewan bedah sambil menyarung jubah doktor berwarna putih ke tubuhnya dan menyangkut Stethoscope di lehernya. Namun langkahnya terhenti apabila melihat seseorang yang amat dia dikenali dihadapannya.
Lily Ayana menyuapi nasi ke dalam mulutnya dengan penuh rasa marah pada lelaki di hadapannya. Turun naik nafasnya menahan marah. Nasib baik lapar kalau tak dia dah gigit lelaki ini sekuat hati.
"Puas hati doktor dapat menipu saya? Pemotong daging la konon, apa lagi yang doktor tipu saya dan Kenapa tipu saya?" Tanya Lily Ayana kepada Ean Zafran. Dia sudah agak lelaki ini bukan pekerja biasa, Dia tidak sangka lelaki ini pakar bedah jantung yang handsome tetapi dia sakit hati kerana di tipu.
"Saya minta maaf.. Niat saya menipu adalah ingin mencari yang ikhlas menerima saya seadanya bukan kerana saya pakar bedah. Saya memang nak beritahu awak perkara yang sebenarnya tetapi belum sempat saya beritahu rahsia dah pecah dulu. Saya minta maaf." Ujar Ean Zafran sambil mencapai jari jemari Lily Ayana dan menggenggamnya. Lily Ayana menarik tangannya, elak daripada di pegang oleh Ean Zafran.
"Apa pun alasan doktor saya tak boleh terima. Banyak kali saya beri doktor peluang beritahu pekerjaan sebenar doktor tetapi doktor still lagi nak menyembunyikannya. Kenapa? Saya ni nampak macam pisau cukur ke?" Tanya Lily Ayana sinis. Dia menyilang tangan di dada sambil merenung tajam lelaki dihadapannya.
"My cutie pie, please stop call me doctor. Saya minta maaf, saya tahu saya salah. Please jangan marah lama-lama, nanti saya rindu senyuman daripada my cutie pie ini. Saya kena pergi ni, apabila semua selesai saya akan datang melawat ayah." Ujar Ean Zafran sambil berdiri di sisi Lily Ayana yang muncung daripada tadi. Dia mengucup kepala Lily Ayana yang ditutupi tudung. Lily Ayana kaku ditempat duduknya sambil menyilang tangan di dada, apa pun yang dilakukan Ean Zafran tiada tindak balas daripadanya. Ean Zafran melepaskan keluhan gadis ini masih marah padanya. Dia menyusun langkah meninggalkan gadis itu di situ, ada kerja yang perlu dia lakukan.
"Macam mana aku nak marah lama-lama kalau dia sweet macam tu. Rindu la pula, itulah tadi marah sangat sekarang dah rindu." Bebel Lily Ayana sendirian sambil melihat Ean Zafran melangkah pergi. Dia mengukir senyuman apabila mengenang Ean Zafran mengucup kepalanya. Apakah perasaan lelaki itu padanya? Adakah lelaki itu baik dengannya kerana mencintainya juga atau kerana rasa bersalah? Dia ingin tahu perasaan lelaki itu yang sebenarnya, supaya dia tidak meletak harapan yang terlalu tinggi kerana apabila jatuh ia akan terlalu sakit.
Lily Ayana menyuapi Pak Rashid bubur. Lily Ayana mengukir senyuman melihat ayahnya berselera untuk makan tetapi ayahnya perlu menjalani pembedahan jantung. Dia menggantikan ibu yang sakit kepala, dia meminta ibu balik ke hotel dan dia akan menjaga ayahnya selagi mampu.
Dua orang doktor melangkah masuk ke dalam wad Pak Rashid, seorang memakai jubah doktor berwarna putih dan seorang lagi hanya memakai baju scrub doktor.
Lily Ayana merenung tajam ke arah doktor yang memakai baju scrub itu. Walaupun Ean Zafran hanya memakai baju itu dia kelihatan sangat menarik terserlah aura doktor pada lelaki itu. Paling menyakitkan hati lelaki langsung tidak memandang ke arahnya.
"Asslamualaikum.. Pakcik, macam mana keadaan petang ini? Ada sakit dada? Ada sesak nafas?" Tanya Emir sambil meneliti laporan kesihatan Pak Rashid.
"Sesak nafas itu tiada la,tetapi nafas agak berat sikit." Jawab Pak Rashid lemah, doktor yang lagi seorang menarik perhatiaannya. Ean Zafran doktor rupanya, dia tidak mahu bertanya apa-apa ketika menantunya itu sedang bekerja.
"Pakcik, esok pagi ni kami akan melakukan pembedahan pada jantung pakcik. Jadi, saya bawakan pakar bedah jantung yang terbaik untuk pakcik, Dr.Ean." Ujar Emir sambil menepuk bahu Ean Zafran. Dia sudah tahu di hadapan mereka ini bapa mentua lelaki itu tetapi masing-masing professional.
"Pembedahan yang akan saya lakukan pada En. Rashid ialah CABG, coronary artery bypass grafting because have blocked artery in your heart. So, En.Rashid tak boleh makan dan minum untuk 8 jam bermula tengahmalam ini. Pembedahan akan bermula pukul 9 pagi, saya Dr. Ean akan mengetuai pembedahan ini. Ada apa-apa soalan?" Tanya Ean Zafran, terbit rasa bersalah kepada bapa mentuanya kerana telah menipunya.
"Is this surgery high risk?" Tanya Lily Ayana, mula risau tentang pembedahan yang akan dilakukan esok pagi.
" Depending on the patient health problem. Tengok pada report kesihatan En.Rashid dia hanya ada penyakit jantung. In shaa Allah tiada apa-apa masalah. Setiap pembedahan pasti akan ada risikonya. Kalau ada apa-apa lagi soalan boleh tanya Dr.Emir kerana saya perlu minta diri dulu because I had surgery to do." Ujar Ean Zafran sambil mengerling jam tangannya dan melangkah laju meninggalkan wad ini. Lily Ayana melepas keluhan melihat lelaki itu hilang begitu saja, kenapa lelaki itu berpura-pura seperti tidak mengenali mereka.
"Pakcik ni bapa mentua Dr.Ean kan? Dan awak wife dia? Maaf la kalau tadi Ean tu macam buat-buat tak kenal sebab dia kena professional supaya apabila dia melakukan pembedahan hati kena kental, setengah orang tak snggup nak bedah family dia. So, dia kena keraskan hati dia." Lily Ayana terkejut mendengar kata-kata Emir, lelaki itu seperti tahu apa yang sedang dia fikirkan.
"Tak apa pakcik faham. Tak tahu pula kalau yang tu." Perli Pak Rashid sambil mengerling ke arah Lily Ayana yang tiba-tiba muncung apabila Ean Zafran melangkah keluar daripada bilik ini.
"Adik okay je la." Jawab Lily Ayana acuh tak acuh, betul ke dia okay? Macam tak okay je apabila lelaki berlakon seperti tidak mengenalinya. Dia inginkan lelaki itu datang kepadanya dan memeluknya, rindunya dia pada suaminya itu.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...