8

16.8K 676 13
                                    

Lily Ayana mengintai suaminya di pintu dapur, lelaki itu sedang membasuh kuali besar. Kulit lelaki itu yang cerah menyerlahkan lagi urat tangan lelaki itu yang timbul. Lelaki ini sangat kuat bekerja sebab itu urat tangannya timbul. Lily Ayana tersedar daripada lamunan, kenapa dia tengok urat tangan lelaki itu? Hatinya memang sudah terpikat tetapi dia takut memulakan dahulu walaupun itu suaminya. Malam pertama mungkin tidak terjadi kerana dia sedang uzur, tetapi jika tidak uzur dia masih bersedia ke arah itu?

"Termenung apa tu?" Lily Ayana terkejut melihat Ean Zafran dihadapannya. Bukan ke lelaki itu tadi sedang membasuh kuali ke? Bila masa dia berdiri di sini?

"Awak nak air ke?" Tanya Lily Ayana menghilangkan rasa gementar.

"Boleh juga. Terima kasih." Jawab lelaki itu sambil mengukirkan senyuman dan mengenyitkan matanya, Lily Ayana terpana. Senyuman dia so attractive, please la jangan senyum macam tu lagi.

Lily Ayana melangkah masuk ke dalam rumah dan mengambil segelas air kosong. Kemudian dia melangkah mendekati Ean Zafran yang sedang menyusun kuali di belakang rumah.

"Ni air untuk awak." Ujar Lily Ayana sambil menghulur air kepada Ean Zaffan, tiba-tiba dia tergelincir dan badannya terdorong ke belakang dan hampir terjatuh . Ean Zafran terkejut melihat Lily Ayana hampir terjatuh, pantas tangannya merangkul pinggang gadis itu dan menariknya rapat ke dadanya, dan tanpa sengaja Ean Zafran tercium dahi Lily Ayana. Mereka saling berpandangan, masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku.

"Are you okay?" Tanya Ean Zafran, tangannya sambil memeluk kemas pinggang Lily Ayana dan tangan Lily Ayana memegang dada sasa milik Ean Zafran. Jantung gadis itu berdebar saat ini, tiba smartwatchnya berbunyi memberi amaran tanda degupan jantungnya tidak normal.

"Saya okay. Thanks."Ujar Lily Ayana gelisah sebelum melangkah laju meninggalkan lelaki itu. Aduhai kenapa la masa ini la jam ini nak berbunyi. Lily Ayana mengukir senyuman sendirian, hatinya benar sudah terpaut pada si pemotong daging itu.

Ean Zafran mengukir senyuman mengenangkan apa yang telah terjadi tadi. Adakah dia telah terpikat dengan Lily Ayana? Dia sendiri pun tidak pasti perasaannya saat ini. Mungkin lambat lagi perasaan itu ingin berputik



Beberapa buah beg di masukkan ke dalam bonet kereta. Lily Ayana perlu balik ke rumah sewa kerana dia perlu menduduki ujian pada hari esok. Ean Zarfan perlu balik ke hospital kerana salah seorang pakar bedah jantung yang mengambil cuti kecemasan. Setelah bersalaman dengan orang tua masing-masing, Ean Zafran dan Lily Ayana melangkah masuk ke dalam kereta.

"Selesa tak naik kereta ni?" Tanya Ean Zafran, Lily Ayana memandang sekeliling dia hairan dengan pertanyaan lelaki itu.

"Kenapa tanya macam tu? Saya okay je, janji kalau hujan tak basah. Saya nak tanya ni, betul ke awak kerja pemotong daging?" Tanya Lily Ayana sambil dia memandang ke arah Ean Zafran. Dia kurang yakin tentang pekerjaan lelaki ini kerana gaya dan pakaian lelaki itu seperti seorang yang bekerjaya bukan seperti pekerja bawahan.

"Yes. Kenapa tak percaya ke? Apa yang membuatkan awak tak percaya saya bekerja sebagai pemotong daging." Ean Zafran cuba menyembunyikan kegelisaha di hati apabila Lily Ayana seperti sedang syak sesuatu.

"Susah nak percaya, first sebab jam tangan awak pakai tu bukan ke design tu antara jam yang paling mahal? Kalau pemotong daging tak mungkin mampu." Ujar Lily Ayana sambil mengangkat keningnya, dia menunggu jawapan lelaki itu. Ean Zafran ketawa mendengar kata-kata Lily Ayana dia cuba sembunyikan perasaan gelisah, aduhai macam mana dia terlupa pasal jam tangan ni.

"Ala, ni jam copy ori je. Awak tak boleh terima saya sebagai pemotong daging ke?" Tanya Ean Zafran dengan nada suara sayu. Sengaja mahu melihat reaksi gadis di sebelahnya ini.

"Maaf la, kalau buat awak terasa hati. Saya janji akan menerima awak seadanya dan saya harap awak pun terima saya seadanya. Kita kan sekarang ni dalam seisi berkenalan, saya 0 berkenalan dengan awak." Ujar Lily Ayana sambil menggeggam tangan Ean Zafran.

"Thanks terima saya seadanya. Sebelum kita nak ke fasa seterusnya, kita kena berkenalan memahami satu sama lain. Betul tak?" Ujar Ean Zafran sambil mencuit hidung Lily Ayana.

"Betul Saya setuju." Balas Lily Ayana. Dia masih tidak melepaskan jari jemari lelaki ini, pasti dia akan merindui suaminya ini kerana mereka akan PJJ sehingga dia tamat semester 5 ini. Aduhai, selepas ini dia akan mengidap penyakit merindui lelaki ini setiap hari, terutamanya senyumannya. Susahnya kalau sudah jatuh cinta ni.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now