43

17.7K 418 31
                                    

Menitis air mata Lily Ayana melihat keadaan Ean Zafran terbaring kaku di atas katil wad ICU ini dengan wayar berselirat di atas badannya . Dia mencapai jari jemari suaminya itu dan dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Hubby, sayang minta maaf. Tolong ampunkan semua dosa-dosa sayang.Sayang tahu sayang telah pergi meninggalkan hubby sehinggakan hubby menderita seperti ini. Hubby, tolong la sedar sayang merayu, sedar lah.." Lily Ayana menangis teresak-esak di sisi katil Ean Zafran.

Lily Ayana mengusap pipi Ean Zafran, dia mencium lama pipi itu. Dia sangat merindui suaminya ini, jika dia boleh putarkan balik masa dia tak akan mengalah. Dia akan mempertahankan kisah cinta mereka.

Lama Lily Ayana mengucup jari jemari Ean Zafran, dia tidak mahu melepaskan tangan ini sampai bila-bila.

"Hubby nak tahu tak siapa yang bunuh baby kita? Nelisa, kawan baik sayang sendiri yang bunuh baby kita. Sayang sedih hubby, kenapa dia buat macam ni pada sayang.Bertahun-tahun kami berkawan macam ni yang dia balas atas persahabatan kami? Kerana dengki sanggup dia menghancurkan kehidupan kawan baik dia sendiri. Sampai hati dia buat sayang macam ni." Luah Lily Ayana, dia tahu suaminya mendengar semua yang dia katakan itu.

"Hubby, bangun la sayang nak rasa donut coklat hubby. Sayang rindu sangat nak rasa masakan hubby. Sayang rindu nak hubby peluk dan cium sayang, jangan la tidur lama-lama bangun la hubby." Merayu Lily Ayana sambil menangis teresak-esak. Tangan Ean Zafran tak lepas daripada genggamannya.

"Sayang akan setia menanti hubby sampai bila-bila, sayang nak hubby tahu yang sayang tak akan pernah berhenti mencintai hubby. hubby adalah anugerah terindah yang hadir di dalam hidup sayang. Sayang janji tak akan meninggalkan hubby lagi." Pipi Ean Zafran di usap pelahan. Lily Ayana melagakan hidungnya dengan hidung Ean Zafran, Menitis air matanya saat melakukan itu.

"Ya Allah, berikanlah kesembuhan kepada suami ku in. Sedarkanlah agar kami dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri semula dan kekal bahagia sehingga akhir hayat kami." Doa Lily Ayana di dalam hati mengharapkan ada keajaiban yang berlaku pada suaminya ini.


Lily Ayana melangkah longlai keluar daripada wad ICU ini, tiba-tiba seseorang yang amat dia kenali berdiri di hadapannya.

"Ayana minta maaf umie. Ayana tak sanggup nak meninggalkan Ean kerana Ayana terlalu mencintai dia. Umie, tolong jangan pisahkan kami." Rayu Lily Ayana sambil mencium tangan tua Hajah Rosnah. Dia tidak mahu berpisah lagi dengan Ean Zafran.

"Umie yang patut minta maaf. Maafkan umie Ayana kerana bersikap kejam dengan Ayana. Umie janji tak akan melakukan itu lagi,maafkan umie ya sayang." Tubuh Lily Ayana dipeluk erat, Lily Ayana membalas pelukan Hajah Rosnah.

"Ayana sayang umie, tolong la jangan benci Ayana lagi." Ujar Lily Ayana di dalam pelukan ibu mentuanya ini.

"Umie pun sayang Ayana, janji jangan tinggalkan kami lagi." Hajah Rosnah kucup lama dahi Lily Ayana. Hj Fadhil mengukir senyuman melihat kemesraan Hajah Rosnah dan Lily Ayana, jika Ean Zafran sedar pasti dia sangat gembira melihat perubahan umienya sekarang ini.

Tiba-tiba lampu pada Wad ICU berkelip-kelip tanda ada kecemasan. Emir dan Dayana serta beberapa orang berlari masuk ke dalam wad ICU itu. Emir terkejut melihat kadar oksigen dan kadar degupan Ean Zafran menurun.

"Defibrillator now! charge to 150 joules" Ujar Emir tegas sambil melakukan CPR pada pesakit sementara menunggu mesin defibrillator diberi kepadanya.

"Defibrillator now! charge to 150 joules" Mesin defbrillator di tekap pada dada Ean Zafran, badannya terangkat kerana kejutan elektrik pada mesin defbrillator itu.

Kadar oksigen masih tiada perubahan, Emir mula gelisah.

"Defibrillator now! charge to 200 joules" Mesin defbrillator di tekap lagi pada dada Ean Zafran, badan Ean Zafran terangkat tinggi.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now