Ean Zafran berlari menuju ke Jabatan kecemasan hospital Goldnessia apabila menerima panggilan daripada Jabatan kecemasan mengatakan Lily Ayana telah terlibat dengan kemalangan dan kini sedang di rawat di sana.
Katil Lily Ayana mula dikerumuni beberapa orang doktor dan jururawat. Jururawat membersihkan darah yang mengalir di dahi Lily Ayana, tekanan darah Lily Ayana di periksa. Branula needle di cucuk di atas tangan Lily Ayana dan pakaiannya juga di tukar kepada pakaian hospital, darah yang banyak dibersihkan.
Mikhail memeriksa luka pada dahi dan sekitar kepala Lily Ayana. Keputusan CT scan juga memuaskan hatinya. Setelah selesai Mikhail memeriksa keadaan Lily Ayana, Mikhail memberi ruang kepada Pakar Obstetrik iaitu Hana.
" She had a miscarriage ." Ujar Hana sayu setelah memeriksa keadaan Lily Ayana. Tiba -tiba Ean Zafran muncul dan menyelak tirai yang menutup ruang rawatan ini.
Hana menolak Ean Zafran jauh daripada katil Lily Ayana.
"I want to see my wife!" Ujar Ean Zafran tegas.
"I will give permission for you to see your wife but not now Dr. Ean. Dr. Dayana are still checking his condition." Balas Hana lebih tegas.
"Keadaan dia serius sangat ke sampai kena ada tiga orang doktor pakar? How about my baby?" Hana tidak tahu bagaimana mahu memberitahu Ean Zafran tentang baby yang telah tidak bernyawa itu.
"Sorry Dr.Ean. Your wife miscarried ." Mengalir air mata Ean Zafran mendengar kata-kata Hana. Hana turut mengalir air mata saat menyampaikan berita itu.
"Nurse! Call cardiac surgeon for emergency surgery for Puan Lily Ayana." Arah Dr.Dayana kepada jururawat bertugas. Dayana terkejut melihat Ean Zafran yang turut berada di dalam zon merah Jabatan kecemasan ini.
"Why do you need a cardiac surgeon? what about my wife?" Tanya Ean Zafran dengan nada yang serius sambil melangkah mendekati Dayana.
"She had PE, the clots very large. Only with surgery can removed the clots."
"I Dr. Ean as cardiac surgeon will do surgery on this patient." Ujar Ean Zafran dengan nada suara yang serius.
"No! Dr.Ean you tak boleh melakukan pembedahan itu, your emotion is not stable right now. Dr. Emir yang akan melakukan pembedahan ini." Emir yang baru tiba di dalam Zon merah ini terkejut melihat perbalahan Ean Zafran dan Dayana.
Dia melangkah menuju ke katil pesakit yang perlu di bedah sebentar lagi. Dia terkejut melihat Lily Ayana terbaring kaku di atas katil.
"Patient yang perlu dibedah sekejap lagi tu, Ayana ke?" Tanya Emir terkejut.
"Keputusan I muktamad, I yang akan melakukan pembedahan ini." Balas Ean Zafran lebih tegas. Dayana mendengus kasar mendengar kata-kata Ean Zafran.
"Dr.Emir you pastikan emosi kawan you ni stabil sebelum nak melakukan pembedahan ini." Sindir Dayana.
" Kau okay ke? Betul ke kau nak ketuai pembedahan ni?" Tanya Emir gelisah, apabila melihat Ean Zafran menangis di sisi Lily Ayana, lelaki itu mengucup lama dahi isterinya.
"Yes aku akan melakukannya. Get all teams ready, kita akan mulakan pembedahan itu sekarang." Arah Ean Zafran. Dia melangkah meninggalkan Zon merah Jabatan kecemasan ini.
Emir dan Dayana saling berpandangan, mereka sebenarnya risau juga jika tiba-tiba Ean Zafran tidak dapat mengawal perasaannya itu ketika sedang melakukan pembedahan.
Selepas membasuh tangan dengan bersih Ean Zafran melangkah masuk ke dalam dewan pembedahan, dia menyarung hand glove, memakai surgery cap dan mask. Dress surgery di sarung oleh jururawat ke tubuhnya. Setelah sempurna Ean Zafran melangkah menuju ke katil pesakit.
Dia menarik nafas saat melihat wajah pucat Lily Ayana, dia menahan air mata dari mata keluar mengalir dia tak boleh menangis.
"You can start now." Arah Dr.Farah pakar bius.
"Scalpel." Skalpel dihulurkan kepada Ean Zafran. Lama dia memegang scalpel itu, semua team bertugas di dewan bedah ini terkejut melihat Ean Zafran kaku sambil memegang skalpel itu.
"Maaf sayang, jika ia akan menyakitkan sayang. Hubby janji tak akan sakiti sayang lagi ini first dan last." Detik Ean Zafran di dalam hati, dia memegang kuat skarpel itu.
"Kau okay tak? Kalau kau tak okay tukar la dengan aku." Bisik Emir yang risau melihat keadaan Ean Zafran.
"Sorry, aku dah okay." Pelahan-lahan dia membuat hirisan sepanjang 6 hingga 8 inci di bahagian tengah dada Lily Ayana.
"Bovie." Bovie dan kain kasa di hulur kepada Ean Zafran. Dia cuba mengawal pendarahan sebaik mungkin. Tulang dada di potong dan tulang rusuk di kembangkan untuk sampai ke jantung pesakit.
"Pump on." Arah Ean Zafran, Selepas dada dibuka, jantung dihentikan sementara dengan ubat. Manakala, mesin jantung paru-paru dihidupkan. Kemudian Ean Zafran membuka arteri pulmonari-arteri utama yang membawa darah dari jantung ke paru-paru-dan mengeluarkan bekuan yang menyebabkan penyumbatan.
"Cut." Arah Ean Zafran meminta pembantunya memotong benang jahitan.
"Pump off." Mesin jantung paru-paru dimatikan. Jantung mula berdegup pesakit mula berdegup normal.
Ean Zafran menjahit sternum bersama wayar kecil, selesai menjahit dia menampal pembalut steril . Dia menarik nafas lega kerana pembedahan berjalan dengan lancar.
Setelah menulis OR di dalam medical report pesakit, Ean Zafran melangkah laju meninggalkan dewan pembedahan ini. Dia menanggalkan semua persalinan yang digunakan untuk pembedahan, lalu di melangkah menuju ke sebuah kerusi yang terdapat di hadapan dewan pembedahan itu. Ean Zafran duduk sambil tunduk memandang lantai, dia menangis teresak-esak.
"Maafkan hubby sayang.." Ean Zafran berasa sangat bersalah terhadap apa yang telah berlaku pada Lily Ayana.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...