21

12.1K 413 6
                                    

Ean Zafran selesai membasuh pinggan di dalam sink dia mengelap tangan, ketika dia pusing ke belakang tiba-tiba Lily Ayana menerpa ke arahnya dan merangkul lehernya. Dia mengukir senyuman melihat kelakuan Lily Ayana yang manja ini.

"Why my cutie pie?" Ean Zafran memeluk pinggang Lily Ayana dengan kedua- dua tangannya.

"Saja. Hubby nak pergi tolong walid ke?"

"Yup. Kenapa takut rindu ke?"

"Mestilah, i always miss you my hubby." Lily Ayana mengucup pipi Ean Zafran. Lelaki itu membalas dengan mengucup dahi Lily Ayana.

"Hubby pergi tolong walid dulu ya."

"Okay, sayang pun nak kemas dekat dapur ni. Love you." Ucap Lily Ayana manja

"Love you to, mi hermosa." Dahi Lily Ayana di kucup lagi.

Ean Zafran melangkah keluar daripada dapur ini tiba-tiba Syafiqa muncul di dalam dapur ini. Entah dari mana perempuan itu muncul.

"Bahagia kan kau. Tetapi sayang bahagia itu hanya akan sekejap." Ujar Syafiqa sinis, Lily Ayana yang sedang membasuh cawan berasa mahu campak cawan ini ke dahi Syafiqa supaya dia hilang ingatan dan terus melupakan Ean Zafran.

"Siapa kau nak menentukan kebahagiaan aku sampai bila? Kasihan kau kan, mengharap sesuatu yang tak mungkin kau miliki." Sindir Lily Ayana.

"Aku akan berusaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Aku akan usaha kan sehingga aku berjaya memilikinya, aku ada tawaran untuk kau. Kalau kau tak nak mengandung, bagi je Ean dekat aku biar aku mengandungkan anak dia." Turun naik nafas Lily Ayana mendengar kata-kata Syafiqa.

"Apa masalah kau ni? Tak ada lelaki lain ke kau nak rampas? Apasal suami aku juga kau nak?!" Marah Lily Ayana, ingin saja dekat ikat perempuan ini di pokok limau nipis yang penuh duri itu.

"Sebab dia perfect. Doctor, handsome, romantik dia ada semua yang perempuan mahukan. Aku tak kisah bermadu. Aku nak pergi tolong bakal suami aku, bye.. bye bakal madu ku." Terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Kurang ajar punya perempuan, kau ingat Ean nak ke dekat kau? Sakitnya hati aku dengan ulat bulu tu." Bebel Lily Ayana sambil menyapu lantai dapur, tiba-tiba dia ternampak seekor katak sedang melompat keluar daripada dapur ini. Dia mahu menghalau katak itu tiba-tiba satu idea menerjah ke dalam minda dia saat ini.

Lily Ayana mengambil kain buruk dan menangkap katak itu. Dia memandang sekeliling pastikan memang tiada sesiapa di dapur ini. Lily Ayana membuka bag tangan Syafiqa dan masukkan katak itu ke dalam bag itu. Dia ketawa mengenangkan reaksi Syafiqa itu nanti.

"Ini balasan untuk penyondol. Kalau ada ular sawa dah lama aku masuk kan ke dalam ni. Kau nak sangat laki aku kan? Kau berhadapan dengan aku dulu." Terukir senyuman sinis di bibir Lily Ayana. Padan muka kau si penyondol.


Setelah selesai mengemas dapur, Lily Ayana melangkah menuju ke halaman rumah kampung Hj Fadhil yang agak luas. Bunyi burung yang berkicauan memang sangat menenangkan jiwa. Kalau la ibu ada dekat rumah pasti dia sudah pergi melawat ibu, ibu pula ke rumah maksu.

Lily Ayana mengukir senyuman melihat susuk tubuh Ean Zafran. Lelaki itu sedang mencekak pinggang seperti sedang memikirkan sesuatu. Lily Ayana berlari ke arah Ean Zafran dan melompat memeluk lelaki itu. Ean Zafran terkejut dengan kelakuan Lily Ayana. Dia terdorong ke belakang hampir terjatuh, nasib pandai imbangkan badan.

"Ily sayang, jangan peluk hubby la. Busuk ni, berpeluh."

"Mana ada busuk, wangi je. Kesian dia berpeluh, mesti penatkan." Lily Ayana mengelap peluh di dahi Ean Zafran menggunakan kain tudungnya.

"Lepas hubby siapkan kerja ni, kita pergi mandi air terjun nak tak?" Ajak Ean Zafran sambil mengenyit mata kepada Isteri kesayangannya ini.

"Hubby je la mandi, sayang sejuk la."

"Kalau sejuk hubby peluk la. Hubby peluk ketat-ketat." Kata Ean Zafran sambil memeluk erat tubuh Lily Ayana.

"Arghhh!!!! Katak!! Ada katak dalam bag fika!" Jerit Syafiqa sambil membaling bag tangan dia di atas tanah.

Lily Ayana menahan ketawa. Padan muka perempuan itu.

"Perempuan kau kan yang masukkan katak di dalam bag aku?" Marah Syafiqa sambil menolak kasar bahu Lily Ayana.

"Fiqa jangan nak berkasar dengan isteri Abg Ayan,
Ayana tak akan berani nak pegang katak tu. Abg Ayan dah buang katak tu jauh." Suara Ean Zafran agak tinggi, dia tidak suka sesiapapun mengasari isterinya.

"Fiqa tau ni kerja dia. Fiqa benci perempuan ni." Marah Syafiqa, dia lagi sakit hati apabila Ean Zafran tidak berpihak padanya.

"Kau tu ada niat nak rampas Ean daripada aku, ingat aku tak benci kau ke?" Balas Lily Ayana

"Kau jangan nak berlagak yang kau akan bahagia selamanya dengan dia." Bahu Lily Ayana di tolak kasar oleh Syafiqa.

Ean Zafran memandang dua orang perempuan di hadapannya silih berganti.

"Memang aku akan bahagia selamanya dengan dia. Kau pergi la cari lelaki lain. Jangan jadi perempuan murah nak merampas suami orang." Ujar Lily Ayana sinis.

"Kurang ajar kau kan?" Syafiqa angkat tangan ini menampar Lily Ayana.

Ean Zafran menghalang tangan Syafiqa dan dia menarik Lily Ayana supaya berdiri di belakangnya, risau pula akan ada scene tarik tudung sekejap lagi.

"Kan Abg Ayan dah cakap jangan cuba nak berkasar dengan isteri abang. Fiqa pergi la balik." Arah Ean Zafran dengan nada suara yang tegas.

Syafiqa melangkah masuk ke dalam kereta dalam keadaan marah, dia bersumpah akan musnahkan rumah tangga Ean Zafran dan Lily Ayana. Dia tidak dapat memiliki Ean Zafran pun dia tak kisah, janji rumah tangga mereka musnah sehingga tidak boleh bersatu semula.

"Aku bersumpah! Kau tak akan bahagia Lily Ayana. Aku tak kisah jika tidak memiliki Ean tetapi aku akan pastikan kau merana sehingga mati." Turun naik nafas Syafiqa menahan perasaan yang sangat marah. Dia akan memusnahkan segalanya.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now