25

10.9K 385 6
                                    

Lily Ayana tidak pasti kenapa hatinya berdebar saat melihat rumah kampung Hj Fadhil, seperti akan ada sesuatu perkara yang buruk akan berlaku pada dirinya. Lily Ayana meletak tapak tangan di dadanya.

"Sayang, are you okay?" Tanya Ean Zafran sambil mengelus jari jemari Lily Ayana, lalu dia menggenggam erat jari jemari itu. Tangan Lily Ayana dikucup lama.

"Hubby, sayang berasa tak sedap hati la. Kenapa umie tiba-tiba nak kita balik ke kampung malam ini juga."Tanya Lily Ayana keresahan. Dia memandang kosong ke arah rumah kampung di hadapannya ini, berat hati dia mahu keluar daripada kereta ini.

"Hubby pun tak tahu la sayang. Hubby pun terpaksa minta doktor lain gantikan surgery hubby malam ini. Umie kata sangat penting sebab itu hubby ajak juga balik malam ini, nasib baik esok sayang tak ada exam. Jom la kita masuk, In Shaa Allah tiada apa-apa." Ean Zafran turut keresahan sebenarnya kerana ketika umie menghubunginya suara umie sangat serius seperti dia telah melakukan kesalahan besar tetapi dia sendiri tidak tahu apa kesalahan itu.

Ean Zafran melangkah keluar daripada kereta dan dia menuju ke arah pintu di sebelah Lily Ayana untuk membuka pintu untuk isterinya ini. Jari jemari Lily Ayana digenggam erat dan menarik Lily Ayana mengekorinya ke pintu utama rumah kampung ini.

"Assalamualaikum.. Umie, walid." Ean Zafran beri salam sambil menolak pelahan daun pintu. Sebaik sahaja Ean Zafran dan Lily Ayana melangkah masuk ke dalam rumah , tiba-tiba Hajah Rosnah muncul daripada dapur dan melangkah laju menuju ke arah Lily Ayana dengan riak wajah yang marah.

Tangannya di angkat tinggi mahu memukul Lily Ayana, Ean Zafran sempat memegang tangan umie daripada menyentuh wajah Lily Ayana.

"Maaf umie, kenapa umie nak pukul Ayana? Ayan tak akan benarkan sesiapa mengasari isteri Ayan. Apa yang dah berlaku ni umie?" Tanya Ean Zafran yang terkejut dengan tindakan umienya itu, tangan tua umie dilepaskan. Dia menarik Lily Ayana dan membawa isterinya itu ke belakangnya.

Lily Ayana menggigil melihat wajah bengis Hajah Rosnah, dia menyorok di belakang Ean Zafran, sambil memeluk erat lengan suaminya ini. Kenapa dia diperlaku sedemikian? Apa kesalahan yang telah dia lakukan sehingga Hajah Rosnah sangat marah padanya?

"Kerana perempuan itu Ayan pandai nak melawan umie sekarang ni? Dia ni bukan perempuan yang baik, jangan ingat umie tak tahu dia hasut Ayan supaya setuju dengan rancangan dia yang tak nak mengandung tu." Ean Zafran dan Lily Ayana terkejut mendengar kata-kata Hajah Rosnah. Bagaimana rahsia ini boleh terbongkar? Kerana hanya mereka berdua saja yang tahu tentang hal ini.

"Ayana bukan tak nak mengandung. Dia hanya ingin merancang untuk setahun saja, Ayan setuju demi kebaikan dia. Maaf umie bukan niat Ayan nak melawan umie tetapi Ayan hanya mahu melindungi isteri Ayan." Ujar Ean Zafran sambil mengucup tangan Hajah Rosnah.

"Semua tu alasan dia je. Dia memang tak nak mengandung anak Ayan. Dia hanya nak harta Ayan!" Ujar Hajah Rosnah dengan nada suara yang agak tinggi.

Lily Ayana. Menggeleng kepala, tidak pernah langsung terlintas difikirannya mahu melakukan semua itu. Air mata mengalir membasahi pipi.

"Ayana memang nak anak dengan Ean tetapi bukan sekarang. Ayana minta maaf kerana telah menghampakan umie tetapi tolong la bagi kami ruang hanya untuk setahun ni je. Ayana tak pernah terfikir tentang harta Ean, Ayana ikhlas mencintai dia." Ujar Lily Ayana sayu mengharapkan ibu mentuanya ini faham keadaanya sekarang ini.

"Umie bagi masa 3 bulan, kalau Ayana tak mengandung dalam masa 3 bulan tu Ayan perlu berkahwin dengan perempuan pilihan umie. Keputusan umie muktamad!" Ujar Hajah Rosnah tegas. Ean Zafran meraup wajahnya, dia menggeleng pelahan.

"No! Umie jangan la minta Ean Kahwin lain. Ayana sangat mencintai dia, Ayana merayu pada umie." Rayu Ayana sambil memegang tangan Hajah Rosnah, tetapi di tepi kasar oleh wanita itu.

"Ayan tak akan berkahwin lain. Hanya Ayana isteri Ayan sampai bila-bila." Kali ini Ean Zafran lebih tegas sambil memeluk bahu Lily Ayana.

"Sebab perempuan ni Ayan nak menjadi anak derhaka ke?!" Tengking Hajah Rosnah , bulat matanya memandang Ean Zafran.

"Ayana akan berusaha untuk mengandung dalam masa 3 bulan ni. Ayana janji pada umie, tolong jangan gelar Ayan anak derhaka." Lily Ayana merayu lagi sambil memegang tangan Hajah Rosnah, dia tak kisah jika di tepis lagi oleh ibu mentuanya ini. Asalkan Ean Zafran tidak di gelar anak derhaka. Dia tidak mahu suaminya itu di sisih ibu kandung sendiri.

"Umie tak akan menggelar Ayan anak derhaka dengan syarat Ayana kena mengandung dalam masa 3 bulan ni. Selagi tak mengandung jangan tunjuk muka dekat rumah ini!" Hajah Rosnah mengherdik Lily Ayana, tangan menantunya itu di tepis kasar. Lalu dia menyusun langkah meninggalkan ruang tamu ini. Dia tidak mahu melihat wajah menantunya itu selagi dia tidak menunaikan janjinya.

Ean Zafran tak sanggup melihat isterinya merayu seperti itu. Dia menarik Lily Ayana ke dalam pelukannya. Dia cuba menenangkan Lily Ayana yang sedang menangis itu.

"Hubby minta maaf bagi pihak umie. Sayang jangan paksa diri, sayang kena jaga kesihatan dan fokus pada study." Kata Ean Zafran sambil mengusap kepala Lily Ayana, dia tidak mahu isterinya tertekan kerana ketika ini dia sedang menduduki peperiksaan akhir.

"Sayang sanggup buat saja untuk hubby, sayang tak nak umie jodohkan hubby dengan perempuan lain. Hubby hanya milik sayang seorang dan sayang juga tak nak umie menggelar hubby anak derhaka. Sayang sanggup berkorban asalkan hubby dengan sayang." Ujar Lily Ayana menangis teresak-esak sambil memegang kedua-dua pipi Ean Zafran. Dia tak snggup kehilangan lelaki ini.

Ean Zafran mengesat air mata Lily Ayana yang mengalir itu dan dia mencium kedua-dua pipi isterinya ini. Dia tidak mahu gadis kesayangannya ini menangis lagi.

"Umie tak akan sanggup buat macam tu. Sayang please jangan fikir bukan-bukan.Sekarang ni hubby tengah fikir macam mana nak bagi umie cucu. Sayang, jom masuk bilik." Bisik Ean Zafran dengan senyuman nakal yang terukir.

"Gatal la hubby ni." Dada sasa Ean Zafran di pukul manja. Tiba-tiba Ean Zafran mendukung Lily Ayana masuk ke dalam bilik, apabila sudah berada di dalam bilik dia meletak Lily Ayana di atas katil.

Ean Zafran tundukkan badannya, wajahnya semakin mendekati wajah Lily Ayana. Bibir mereka mula bertaut, Ean turut berbaring di atas katil ini, tshirt yang dia pakai di buka dan dia menarik Lily Ayana di dalam pelukannya. Bibir mereka bertaut lama, satu persatu baju Lily Ayana dilujutkan oleh Ean Zafran. Mereka mula hanyut di dunia asmara. Apa yang berlaku tadi hilang seketika di dalam fikiran mereka, hanya keindahan asmara yang menemani mereka saat ini.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now