Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa diiringi dengan suara burung berkicau. Air terjun Kampung Seri Alam mengalir tenang. Air sungai yang jernih sehingga boleh nampak ke dalam dasarnya, warna air yang ke biruan itu sangat menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.
Lily Ayana memerhati Ean Zafran yang sedang berenang di dalam air sungai yang jernih ini. Tiba-tiba Ean Zafran merenjis air ke arah Lily Ayana.
"Hubby! Basah la. Sayang tak nak baju ni basah, nanti sayang sejuk la." Merengek Lily Ayana. Ean Zafran ketawa melihat reaksi isterinya itu. Dia memanjat batu air terjun ini untuk naik ke atas, apabila sampai ke atas batu Ean Zafran melabuh punggung di sebelah Lily Ayana.Kemudian Lily Ayana menyelimuti badan Ean Zafran dengan tuala dan dia memeluk erat tubuh suaminya itu.
"Sayang, katak yang di dalam bag Fiqa tu. Sayang yang letak, kan?" Soal Ean Zafran, Lily Ayana terkejut mendengar kata-kata Ean Zafran. Bagaimana lelaki itu tahu yang katak di dalam bag itu adalah perbuatan dia?
"Hmm.. yup."
"Why? Kenapa sayang buat macam tu?"
"Sebab dia nak rampas hubby daripada sayang. Hubby tahu tak yang dia ada hati pada hubby dan dia ada niat nak mengandungkan anak hubby. Sayang sakit hati tahu tak dengar dia cakap macam tu." Ujar Lily Ayana tak puas hati dengan seseorang bernama Syafiqa.
"Hubby tahu dia ada simpan perasaan pada hubby but hubby hanya anggap dia seperti adik sendiri je."
"Kalau dia tetap nak rampas hubby daripada sayang macam mana? Kalau umie suka dia?" Tanya Lily Ayana resah. Dia tidak mahu kehilangan Ean Zafran.
"Mi hermosa, dia tak akan berjaya memiliki hubby kerana cinta, kasih, sayang, rindu dan segalanya adalah untuk isteri hubby yang bernama Lily Ayana. Hanya ketentuan Allah saja yang mampu memisahkan kita." Ujar Ean Zafran sambil melagakan hidungnya dengan hujung hidung Lily Ayana.
"Hubby janji akan setia sehingga sampai bila-bila?" Soal Lily Ayana menatap lama mata suaminya ini.
"Hubby janji, hubby akan setia sehingga hujung nyawa hubby." Ujar Ean Zafran dengan nada suara romantik sambil memegang kedua-dua pipi Lily Ayana. Dia tidak akan pernah berpaling kerana hatinya milik Lily Ayana.
Beberapa buah bag dimasukkan ke dalam bonet belakang kereta ini. Ean Zafran dan Lily Ayana sudah bersedia untuk gerak balik ke Kuala Lumpur.
"Bila-bila Ayana ajak la Ayan balik ke sini lagi. Sebelum berkahwin susah nak balik kampung, kalau balik pun sekejap je. Bila ada Ayana ni nak juga dia balik lama." Ujar Hajah Rosnah sambil memegang tangan menantunya ini.
Lily Ayana mengukir senyuman memandang ke arah Ean Zafran, mestilah dia nak balik lama sebab ada isteri yang tersayang menemaninya.
"Bila Ayana dah start cuti sem, Ayana akan selalu ajak Ayan balik kampung." Balas Lily Ayana yang memang sudah rancang mahu balik kampung apabila cuti semester nanti.
"Elok la tu balik selalu, bila balik selepas ni jangan tangan kosong je. Bawa perut memboyot tu sekali." Ujar Makngah yang entah datang, duduk di atas tangga batu rumah kampung ini sambil merenung tajam ke arah Lily Ayana.
"Mak dengan anak sama saja menyakitkan hati." Detik Lili Ayana di dalam hati. Dia tunduk bersalam umie dan makngah. Tetapi wanita itu menarik cepat tangannya.
"Betul tu Ayana, kalau boleh balik nanti dah ada isi. Tak sabar umie nak tengok baby kamu berdua." Lily Ayana tak keruan, dia memandang Ean Zafran. Lelaki itu hanya mengukir senyuman, dia memeluk bahu Lily Ayana.
"Kalau ada rezeki ada la. Kalau ada kami beritahu." Ujar Ean Zafran tunduk bersalaman dengan umie dan makngah. Walid sudah keluar mungkin pergi ke pekan.
"Kamu tu Ayana jangan nak menyusahkan Ayan je. Jangan nak habiskan duit Ayan je, umie kamu ni baik tak nasihat kamu. Biar aku nasihatkan kamu, jadi perempuan jangan nak menyusahkan suami je." Bebel Makngah dengan suaranya yang nyaring.
"Suka hati la aku nak habis kan duit siapa pun. Tak menyusahkan makcik pun." Detik Lily Ayana. Nak saja dia sembur makcik ni balik tetapi dia masih boleh bersabar. Lily Ayana mengukir senyuman dan melangkah masuk ke dalam kereta. Malas nak dengar kata-kata menyakitkan hati makcik tu.
"Makngah, Ayana tak pernah menyusahkan Ayan pun. Jangan la nak fikir bukan- bukan pasal dia." Ujar Ean Zafran sambil tunduk bersalam dengan makngah. Wanita itu hanya menjeling mendengar kata-kata Ean Zafran.
"Umie, Ayan balik dulu. Kalau Ean tak sibuk, Ean balik lagi." Tubuh Hajah Rosnah di peluk dengan erat, kedua-dua pipi wanita iti di kucup dengan penuh kasih sayang.
BMW M8 Ean Zafran mula bergerak pelahan meninggalkan perkarangan rumah kampung Hj Fadhil. Ean Zafran memandang isterinya yang duduk di sebelahnya. Diam saja sejak tadi, jarang isterinya ini menjadi pendiam. Mesti ada sesuatu tak kena ni.
"Mi hermosa, kenapa diam ni?" Tangan Lily Ayana dikucup dengan penuh kasih sayang.
"Sakit hati dengan makngah hubby tu. Mulut tak ada insurance."
"Mulut pun kena ada insurance ke? Limit setahun berapa?" Ean Zafran bergurau, Lily Ayana menjeling memandangnya.
" Hubby ni kan! Sayang serius ni. Tak nak cakap dengan hubby, merajuk." Lily Ayana menarik kasar tangannya dia mengereng membelakangi Ean Zafran sambil menyilang tangan di dada.
"Hubby minta maaf. Sayang jangan la ambil hati dengan kata-kata makngah tu. Biasa la orang tua, anggap je tu satu nasihat." Ujar Ean Zafran sambil mengusap kepala Lily Ayana. Gadis itu masih kaku di situ.
"Sayang. Pandang la hubby." Lily Ayana senyap. Ean Zafran mengukir senyuman melihat isterinya yang merajuk itu. Dia memasang lagu bagi menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
"Sayang dengar hubby nak menyanyi untuk sayang."
Berkerut dahi Lily Ayana mendengar kata Ean Zafran, pandai ke lelaki ini menyanyi? Lagu apa pula dia nak menyanyi tu?
"You got those pretty eyes in your head, you know it
You got me dancing in my bed so let me show it
You are exactly what I want, kinda cool and kinda not
Wanna give myself to you" Ean Zafran mula menyanyi mengikut rentak muzik.Lily Ayana terkejut mendengar suara Ean Zafran, sedapnya suara lelaki itu. Patutlah kalau dia membaca surah Al Fatihah sedap didengari. Lama Lily Ayana memandang suaminya yang sedang rancak menyanyi. Lagu Sunroof nyanyian Nicky youre & Dazy.
"Yeah, we're driving down the freeway at night
I only got one thing in the back of my mind (you got me stuck on the thought of you)
I'm feeling like this might be my time to shine
With you, with you, with you" Tiba-tiba satu kucupan hinggap di bibir Lily Ayana. Ean Zafran mengenyit mata kepada isterinya itu. Lelaki itu sambung menyanyi lagi. Lily Ayana mengukir senyuman dengan kelakuan suaminya ini."I got my head out the sunroof
I'm blasting our favorite tunes
I only got one thing on my mind
You got me stuck on the thought of you
You're making me feel brand new
You're more than the sunshine in my eyes" Ean Zafran memeluk bahu Lily Ayana dan menarik isterinya rapat ke dadanya. Kepala Lily Ayana di kucup berkali-kali.Lily Ayana memeluk erat pinggang Ean Zafran, dia mendongak mencium dagu lelaki kesayangannya ini. Ean Zafran tunduk memandang Lily Ayana dan dia melagakan hujung hidungnya dengan hujung hidung Lily Ayana. Dia kembali memandang ke depan, dia memandu sambil memeluk Lily Ayana sepanjang perjalanan. Lily Ayana sangat bahagia di sisi Ean Zafran, dia mahu bersama lelaki ini selamanya.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...