Rumah keluarga Hj fadhil meriah dengan kepulangan anak-anaknya. Mereka pulang semperna pernikahan Ean Zafran yang akan berlangsung esok pagi. Hajah Rosnah, Zafirah dan Farhana duduk di anjung rumah menanti kepulangan Ean Zafran yang masih belum sampai lagi.
"Mana anak bongsu umie ni? Nak bernikah pun masih nak bedah orang ke?" Bebel Zafirah sambil menggubah hantaran yang akan di bawa ke masjid esok.
"Kan,jam dah nak pukul 9 malam ni. Dia janji nak balik petang tadi." Kata Farhana pula yang tidak puas hati adik bongsunya itu masih belum sampai lagi.
"Umie pun geram juga dengan dia ni, kata nak sampai petang tadi. Umie tak tahu la macam mana dia sudah berkahwin nanti." Ujar Hajah Rosnah resah memikirkan anak lelaki dia yang selalu sibuk itu.
Sebuah kereta perodua Alza memasuki perkarangan rumah kampung Hj.Fadhil. Hajah Rosnah, Zafirah dan Farhana memandang hairan melihat kereta itu kerana mereka tidak pernah melihat kereta ini di dalam keluarga mereka.
"Assalamualaikum.. I'm home!" Ujar Ean Zafran sebaik sahaja melangkah keluar daripada kereta. Kereta ini dia pinjam pada salah seorang kakitangan hospital, tidak akan la nak bawa Ducatti balik, nanti mana dia nak simpan bag. Bawa BMW M8? Memang tak mungkin la.
"Mana BMW kau? Siapa punya kereta yang kau rembat ini?" Tanya Zafirah hairan melihat Ean Zafran balik bersama perodua Alza sedangkan adiknya itu ada kereta mewah.
"Kaklong, tidak akan la pemotong daging nak drive BMW? Memang tak logik la." Ujar Ean Zafran, sambil melangkah mendekati umie kesayangannya,tubuh wanita itu dipeluk erat.
"Umie, Ayan balik seperti dijanjikan. Umie jangan risau la Ayan akan balik Cuma lambat sikit." Ujar Ean Zafran lagi, dia tahu umie dia ini risau kerana hari sudah gelap tetapi dia masih belum sampaidi rumah.
"Kau masih nak merahsiakan pekerjaan kau itu ke? Sampai bila? Nanti isteri kau balik ke rumah kau dia tahu juga kau doktor." Kata Farhana tidak puas hati adiknya itu mahu merahsiakan pekerjaannya itu.
"Ayan akan beritahu dia pasal ni tetapi bukan esok. Ayan, masuk dulu la. Mengantuk, umie Ayan masuk dulu tau." Pipi Umie tersayang di kucup penuh kasih sayang.
"Umie tak suka Ayan berahsia macam ni, ini dah kira menipu. Umie nak Ayan beritahu Ayana apa pekerjaan Ayan yang sebenarnya." Ujar Hajah Rosnah sambil memegang tangan Ean Zafran.
"Ya, Ayan akan beritahu dia juga nanti. Umie jangan la risau." Balas Ean Zafran tangan wanita itu di kucup sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Mama, siapa suami Ayana tu? Qysha tak tahu pula Tok Dhil ada anak lelaki." Tanya Qysha berminat ingin tahu siapa suami sepupunya itu. Tidak sangka pula Lily Ayana akan berkahwin selepas dia menyebarkan gambar gadis itu.
"Entah, mama pun tak tahu. Tetapi apa yang mama tahu anak Tok Dhil itu bekerja sebagai pemotong daging je. Kasihan betul Ayana tu, belajar pandai-pandai tetapi suami pemotong daging je." Ujar Makcik Maria sinis, dia kalau boleh mahu anaknya berkahwin dengan orang berjawatan. Biar dia boleh menumpang sekali.
"Serius la? Kasihannya dia. Kalau dah pemotong daging mesti orangnya berbaadan besar lepas tu bau daging. Euww, busuknya bau daging." Ujar Qysha membuat memek muka geli memikirkan tentang bau daging yang busuk. Dia tak sangka Lily Ayana yang pandai tu bodoh juga kerana memilih pemotong daging sebagai suami.
"Kalau kamu nak tahu nenek tak suka sebenarnya pilihan Pak su kamu itu. Ayana tu berpelajaran, sepatutnya di jodohkan dengan seseorang yang berpelajaran juga. Mama nak kamu nanti cari suami yang kerja bergaji besar." Qysha mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata mamanya, nenek mesti kecewa sangat dengan Lily Ayana kerana telah memilih suami yang tidak sekufu.
"Mama jangan risau la Qysha akan berkahwin dengan seseorang yang kaya raya dan yang paling penting handsome." Ujar Qysha bersungguh-sungguh itulah ciri-ciri lelaki idamannya. Tamat saja belajar nanti dia akan mencari suami yang kaya raya supaya dia tidak perlu bersusah payah bekerja dan hanya duduk di rumah menikmati harta suami.
Lily Ayana duduk di dalam masjid dengan perasaan gementar menanti bakal suami. Dia memeluk lengan ibunya, manakala tangan kanan menggenggam tangan Nelisa.
"Aku takut la. Macam mana la rupa dia agaknya."Ujar Lily Ayana gelisah.
"Semasa aku cakap hari tu kau kata tak kisah, sekarang masanya dah tiba baru kau nak fikir macam mana rupa dia. Sudah terlambat la, sekarang ni kau kena terima walaupun rupa dia macam hulk." Bisik Nelisa, membuatkan Lily Ayana semakin gelisah dan gementar. Habislah kalau betul rupanya seperti Hulk.
Seorang lelaki berpakaian lengkap berpakaian baju melayu berwarna putih lengkap bersampin dan bersongkok melangkah masuk ke dalam masjid, terukir senyuman dibibirnya. Dia melangkah mendekati Pak Rashid dan Tok Kadi, lelaki tunduk bersalaman dengan tetamu lelaki. Lalu lelaki itu bersila di atas pelapik nikah. Bertentangan dengan Lily Ayana namun antara mereka di halang oleh Tok kadi.
Lily Ayana, Nelisa dan Qysha tercengang melihat lelaki itu. Jantung Lily Ayana tiba-tiba berdegup kencang. Betul ke dia itu bakal suaminya?
"Gila handsome bakal suami kau, senyuman dia manis gila. Sorry wei aku terpikat. Dia seiras pelakon favourite kita, Lee Jong Suk pelakon drama Doctor stranger." Bisik Nelisa teruja melihat bakal suami sahabatnya, dia akui dia terpikat dengan lelaki itu.
"Alhamdulillah." Lily Ayana bersyukur sangat kerana bakal suaminya bukan seperti Hulk. Dia mengukir senyuman sendirian. Hatinya sudah terpikat.
"Kita boleh mulakan sekarang." Ujar Tok kadi sebaik sahaja selesai menyampaikan khutbah nikah.
" Ean Zafran Bin Fadhil" Pak Rashid dan Ean Zafran berjabat tangan.
"Ya Saya." Jawab lelaki itu. Lily Ayana tidak sangka nama lelaki itu juga sedap sepadan dengan wajahnya.
"Aku nikahkan kau dengan anak perempuan ku Lily Ayana Binti Rashid dengan mas kahwin RM1000.00 tunai." Pak Rashid melafazkan ijab.
"Aku terima nikahnya Lily Ayana Binti Rashid dengan mas kahwin RM1,000.00 tunai." Ean Zafran melafazkan kabul, sekali lafaz Lily Ayana sah isteri kepada Ean Zafran.
"Sah." Jawab dua saksi di kiri kanan Ean Zafran.
Tok kadi membaca doa tanda rasa bersyukur pada yang Maha Esa.
Lily Ayana gementar melihat Ean Zafran bangun dan melangkah mendekatinya. Lelaki itu duduk di hadapannya untuk acara membatalkan air sembahyang.
"Assalamualaikum, isteri ku." Ucap lelaki itu dengan nada suara yang lembut sambil mengukirkan senyumannya. Jiwa Lily Ayana tidak tenteram melihat senyuman lelaki itu.
"Waalaikumussalam, suami ku." Jawab Lily Ayana pelahan sambil menghulur tangannya untuk Ean Zafran menyarung cincin dijarinya.
Selepas Ean Zafran menyarung cincin di jari Lily Ayana, giliran Lily Ayana pula menyarung cincin pada Ean Zafran. Kemudian dia tunduk bersalam dengan lelaki itu, tangan itu dikucup. Ean Zafran membalas dengan mengucup dahi Lily Ayana, gadis itu berdebar saat ini.
Selesai seisi membatal air sembahyang, di sambung dengan seisi bergambar.
Qyshaa mendengus kasar melihat suami Lily Ayana, jika seperti ini rupa semua pemotong daging dia juga mahu berkahwin mereka. Dia tidak percaya lelaki itu pemotong daging kerana penampilan yang kemas dan cara lelaki itu seperti seorang yang berpendidikan tinggi.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...