"Ayan? Pemotong daging?" Lily Ayana terkejut mendengar kata-kata ayahnya. Baru minta petang tadi, malam ini ayah dah jumpa calon suami untuknya. Laju sungguh ayahnya membuat kerja, jika bertemu di masjid pasti lelaki itu baik orangnya.
"Ya, dia anak bongsu Tok Dhil. Kamu mesti tak sangka Tok Dhil ada anak lelaki kan? Esok kamu bertunang. Dua minggu lagi berkahwin." Lily Ayana melepaskan keluhan mendengar kata-kata ayahnya. Nampaknya memang sudah takdir dia berkahwin muda, ayah sudah berjanji akan menikahkannya segera jika menemui calon suami untuknya, memang ayah menunaikan janji itu. Merisik hari ini esok dia akan bertunang dengan pilihan ayahnya itu.
"Berapa umur dia? Handsome tak? Ayah ada gambar dia tak?" Tanya Lily Ayana bertubi-tubi. Perasaan ingin tahu tentang bakal suami membuak-buak.
"Umur dia 33 tahun, elok orangnya. Gambar dia ayah tak ada. Terima je la dia sebagai jodoh adik, dia memang sesuai dengan adik." Kata Ayah bersungguh-sungguh. Elok? Apa maksud elok ayah tu? Jika ayah kata itu yang terbaik dia akan cuba terima dengan hati terbuka.
Hajah Rosnah mencekak pinggang sambil memandang dua lelaki yang dia sayangi silih berganti. Bangun saja menunaikan solat fardhu subuh dia menerima satu berita mengejutkan. Sakit kepala dia dengan perangai dua lelaki di hadapannya ini.
"Abang nak kita meminang anak Echah itu hari ini? Cincin tak beli lagi, hantarannya mana? Ini la lelaki kalau buat keputusan tak nak berbincang dulu." Bebel Hajah Rosnah, sambil menggorwng cekodok pisang.
"Pinjam la cincin awak tu dulu, nanti Ayan belikan yang baru. Cakap je awak nak emas apa. 916?999? 10 kali 999 pun Ayan boleh belikan. Hantaran Itu Rashid kata tak perlu pun." Hampir tercekik cekodok pisang apabila Ean Zafran mendengar kata-kata walidnya. Walid dia yang punya idea, dia pula yang kena ganti. Kalau betul umie nak yang 10x 999 macam mana? Boleh bankrupt dia macam ni.
"Ha! Bab bagi cadangan memang pandai kan? Pukul berapa nak masuk meminang ni?" Tanya Hajah Rosnah sambil mengetuk sudip di atas meja. Ean Zafran terkejut apabila umie mengetuk sudip di hadapannya, tak pasal terpelanting cekodok pisang yang sedang di pegang itu. Aduh, umie ni dia dengan garang tak di boleh dipisahkan.
"Selepas asar, I have to go back now because I have to do surgery on the patient today." Kata Ean Zafran sambil bangun daripada tempat duduknya tiba-tiba umie membaling kain lap pinggan ke arahnya. Umie pantang jika dia bercakap bahasa inggeris di dalam rumah.
"Umie dah banyak kali cakap jangan bercakap bahasa inggeris di dalam rumah ni. Ayan ni tak pernah cuti lama. Baru balik semalam, hari ini dah nak balik KL. Cuba la lama sikit dekat sini." Merungut Hajah Rosnah geram dengan anak lelakinya ini yang susah nak bercuti lama di kampung.
"Umie, Ayan bukan tak nak duduk lama dekat kampung tetapi Ayan tak boleh. Walaupun hospital itu swasta tetapi pesakit dia ramai kerana hospital itu ialah hospital terbaik untuk pesakit jantung. Jadi Ayan kena sentiasa ready apabila hospital call minta Ayan balik ke hospital immediately. Ayan janji apabila nak menikah nanti Ayan cuti lama. Okay?" Ujar Ean Zafran sambil memeluk tubuh tua umienya, kepala wanita itu dikucup penuh kasih sayang. Hajah Rosnah membalas pelukan Ean Zafran, rindunya dia pada anak lelakinya ini.
Cincin belah rotan di sarung pada jari manis Lily Ayana. Dia tidak sangka dia telah menjadi tunang kepada lelaki yang dia tidak kenali.
"Tak sangka pula kita akan berbesan." Ujar Hajah Rosnah teruja sambil menepuk peha Makcik Aisyah rakan berbual dia pada waktu petang.
"Saya terkejut apa Abg Rashid kata Tok Dhil akan masuk meminang Ayana. Saya tak pernah berjumpa dengan anak bongsu Nah. Dia memang jarang balik ke sini ke?" Tanya Makcik Aisyah sambil menjenguk anak muda itu tetapi tidak kelihatan.
"Dia sibuk, kerjanya pemotong daging itu tiada yang boleh ganti." Ujar Hajah Rosnah tiba-tiba dia teringat kata-kata Hj Fadhil jangan dedahkan pekerjaan sebenar Ean Zafran.
"Tak kisah kerja apa janji dia rajin dan bertanggungjawab." Ujar Makcik Aisyah, dia tak kisah pekerjaan bakal menantunya janji orangnya beriman, rajin bekerja dan bertanggungjawab. Hajah Rosnah mengukir senyuman mendengar kata Makcik Aisyah dia memang tak salah pilih besan. Anak wanita ini juga baik seperti ibunya.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...