3

16.9K 640 8
                                    

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Lily Ayana. Pedihnya, dia terduduk apabila di tampar oleh ayah, air mata mengalir membasahi pipi. Dia menangis bukan kerana di tampar tetapi kerana di fitnah sehingga maruahnya dipersoalkan. Entah mana ayah dia mendapat gambar ketika Fayyad menyelamatkan dia ketika hampir jatuh tangga. Jika di lihat Fayyad seperti sedang memeluknya, sedangkan perkara tidak berlaku.

"Ini semua salah faham. Lelaki ini hanya nak tolong adik sebab adik nak terjatuh." Ujar Lily Ayana menangis teresak-esak di dalam pelukan ibunya.

"Lelaki yang baik boleh berfikir cara lebih baik untuk selamatkan adik. Bela 10 ekor lembu lagi senang daripada menjaga anak dara seorang. adik dah la satu-satunya anak perempuan kami, jika bukan adik yang menjaga maruah kami Siapa lagi yang nak jaga?!" Ujar Pak Rashid dengan nada suara yang serius dan tegas. Turun naik nafasnya menahan marah.

"Nenek sedih melihat gambar ni. Kenapa kamu tidak menjaga diri kamu? Kenapa biarkan lelaki memegang kamu sesuka hati? Mana maruah kamu?" Bertalu-talu pertanyaan keluar daripada mulut nenek. Semakin laju air matanya mengalir, dia masih ada iman dan maruahnya masih terjaga rapi.

"Adik masih ada maruah dan iman, kalau ayah berasa takut sangat maruah adik tergadai dek kerana gambar ini. Kahwin kan la adik, biar suami adik saja yang menjaga adik." Ujar Lily Ayana bersungguh-sungguh. Oleh kerana terlalu kecewa tidak dipercayai keluarga sendiri, Lily Ayana memberi cadangan gila kepada ayahnya. Ah sudah, terlajak perahu boleh di undur telajak kata buruk padahnya.

"Okay, baik. Ayah akan mencari calon suami untuk adik. Apabila ayah sudah jumpa calon suami untuk adik terus sahaja bernikah tidak perlu tunggu lama-lama. Ayah tidak akan risau apabila adik sudah berkahwin kerana ada orang akan menjaga adik." Kata ayah bersetuju dengan cadangan Lily Ayana. Saat ini Liky Ayana berasa ingin menjerit, dia baru 24 tahun tidak akan la dah nak berkahwin tetapi nak buat macam mana, salah sendirikan gatal sangat bercakap tentang berkahwin.

"Adik tak nak lelaki tua. Adik tak kisah dia kerja apa janji cukup bagi adik makan minum, lain-lain adik serahkan semua kepada ayah." Kata Lily Ayana sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

"Gatal lagi cakap pasal kahwin, tak pasal umur 24 tahun kau kena berkahwin." Bebel Lily Ayana sendirian sambil menepuk mulutnya yang celupar itu. Dia berharap ayah membawa calon suami yang baik untuknya.




Ean Zafran dan Hj. Fadhil melangkah masuk ke dalam Masjid Al-Rahman untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Pak Rashid yang sedang membetulkan microphone masjid untuk melaungkan azan terkejut bahunya di tepuk oleh seseorang.

"Ya Allah, Tok Dhil terkejut saya. Kenapa Tok?" Tanya Pak Rashid hairan, Hj. Fadhil di gelar Tok Dhil di kampung Seri Alam kerana dia ialah ketua kampung di sini.

"Biar Ayan yang azan untuk waktu maghrib ni." Kata Hj. Fadhil yang agak mengejutkan Pak Rashid, dia memandang anak muda di sebelah Hj. Fadhil. Tidak pernah dia melihat lelaki ini di kampung ini. Elok rupanya ada iras Hj Fadhil. Lelaki mengukir senyuman kepadanya sebelum tunduk bersalaman dengannya.

"Anak ke?" Tanya Pak Rashid, daripada dia tertanya-tanya baik dia bertanya terus kepada Hj. Fadhil.

"Haah, anak bongsu saya. Panggil dia Ayan." Jawab Hj. Fadhil. Pak Rashid sudah agak ini anaknya, dia yang lelaki suka melihat wajah anak muda itu, belum lagi jika kaum wanita yang melihatnya. Boleh termimpi-mimpi di buatnya.

"Ayan dah boleh mulakan azan maghrib." Kata Pak Rashid. Ean Zafran mengambil tempat di hadapan microphone, dengan lafaz bismillah dia melaungkan azan. Pak Rashid kagum mendengar suara itu, hatinya terpikat untuk menjadikan menantu, tetapi dia perlu merisik dulu. Merisik tentang latar belakangnya, jika sudah berpunya tiada la harapan ingin bermenantukan anak muda itu.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now