Pembedahan yang diberi nama CABG (Coronary Artery Bypass Graft) dimulakan terhadap pesakit yang masih muda ini. Pembedahan ini adalah untuk mengalihkan darah di sekitar bahagian arteri utama yang sempit atau tersumbat untuk meningkatkan aliran darah dan bekalan oksigen ke jantung.
"Scalpel." Skalpel di hulur kepada Ean Zafran. Pelahan-lahan Ean Zafran menghiris bahagian tengah dada di sepanjang tulang dada.
"Bovier." Bovier digunakan untuk mengawal pendarahan. Sangkar rusuk dibuka untuk menjumpai jantung.
"Pump on." Arah Ean Zafran, Selepas dada dibuka, jantung dihentikan sementara dengan ubat. Manakala, mesin jantung paru-paru dihidupkan. Ean Zafran mengeluarkan bahagian saluran darah yang sihat, selalunya dari dalam dinding dada atau dari bahagian bawah kaki. Sekeping tisu sihat ini dipanggil cantuman. Ean Zafran melampirkan hujung cantuman di bawah arteri jantung yang tersumbat. Ini akan mewujudkan laluan baharu untuk darah mengalir di sekitar penyumbatan.
Ean Zafran melakukan prosedur cantuman pintasan dengan menjahit satu hujung bahagian vena di atas bukaan kecil yang dibuat di aorta, dan hujung yang satu lagi di atas bukaan kecil yang dibuat di arteri koronari tepat di bawah penyumbatan.
"Cut." Arah Ean Zafran meminta pembantunya memotong benang apabila dia selesai membuat cantuman pintasan.
"Pump off." Mesin jantung paru-paru dihentikan.Degupan jantung dipulihkan dengan ubat khas. Jantung mula berdegup normal, sebelum menutup tutup tulang dada pintasan, Ean Zafran memeriksa keadaan jantung supaya berfungsi dengan baik.
Ean Zafran menjahit sternum bersama wayar kecil, selesai menjahit dia menampal pembalut steril . Dia menarik nafas lega kerana pembedahan berjalan dengan lancar.
Jururawat menghulur medical report patient untuk kepada Ean Zafran, dia perlu mengisi OR di dalam medical report pesakit sebaik sahaja selesai melakukan pembedahan.
"Jom lepak dekat cafe." Ajak Emir sambil membuka surgical dress dan juga hand glove.
"Sorry la bro, aku ada janji dengan my cutie pie."
"Kau belagak kan dengan aku mentang-mentang isteri aku jauh, kau saja nak buat aku jelouse." Ujar Emir pura-pura sedih.
"Ala, kau tu time ada bini kau pinggirkan aku. Kau buat aku macam musuh." Balas Ean Zafran pula. Mereka sama-sama ketawa mengenangkan perangai memasing.
"Aku tengok kau semakin bahagia. Kau dah betul- betul jatuh cinta dengan dia?"
"Dia my everything. Apa yang boleh aku describe sekarang ni aku tak boleh hidup tanpa dia." Ean Zafran menghulur medical report kepada jururawat dan dia membuka persalinannya. Surgical dress, hand glove and mask di masukkan ke dalam bekas khas.
"Kau jangan terlalu sayang sebab kalau kau terpaksa berpisah dengan dia nanti, kau yang akan menderita."
"Aku tak nak berpisah dengan dia." Balas Ean Zafran. Emir risau mendengar kata-kata Ean Zafran. Dia takut jika mereka ditakdirkan berpisah Ean Zafran akan terluka sehingga sukar untuk diubati.
Lily Ayana mundar-mandir di lobi hospital Goldnessia menunggu Ean Zafran keluar daripada dewan pembedahan. Dia mengukir senyuman melihat gambar Ean Zafran terpapar di skrin LCD yang agak besar di dalam hospital ini.
"DR. EAN ZAFRAN (THE BEST CARDIAC SURGEON)"
Lily Ayana merenung lama wajah suaminya itu, bentuk mata almond, hidung yang manjung, bibir nipis kemerahan dan bentuk wajah bujur itu la yang membuatkan dia terpikat. Dia memang ada seiras pelakon Ji Chang Wook tetapi Ean Zafran juga paling handsome baginya.
YOU ARE READING
HATI AKU MILIK DIA (C)
RomanceEan Zafran doktor pakar bedah di minta segera berkahwin gara-gara satu salah faham. Bagaimana dia mahu berkahwin kalau tiada calon isteri. Tanpa diduga seorang pakcik merisiknya untuk anak perempuannya. Untuk menguji keikhlasan, pekerjaan yang seben...