42

16K 434 10
                                    

Dayana melangkah keluar daripada keretanya, dia masih tertanya kenapa Qays Haddad nak berjumpa dia di Q Shopping mall ini. Ajak dating? Memang tak mungkin la lelaki itu mahu berdating dengannya. Dayana menaiki eskalator menuju ke G floor, dia mencari seseorang di tengah-tengah lobi shopping mall ini.

"Assalamualaikum.. Cik Doktor." Dayana menoleh, Qays Haddad mengukir senyuman kepadanya. Lain macam pula lelaki itu hari ni.

"Walaikumussalam, kenapa nak jumpa dekat sini?" Tanya Dayana hairan.

"Hari ni Cik doktor lain kan? Rambut kepuk-kepuk penampilan pun lain, bermakeup macam nak dating dengan kekasih hati." Sindir Qays Haddad. Dayana mengetap bibir mendengar kata-kata Inspector itu.

"Luar hospital penampilan saya memang macam ni la. Kenapa Tuan Inspector ajak saya jumpa dekat sini?"

"Cik doktor cari Ayana, saya akan mencari suspek tu." Dayana terkejut mendengar kata-kata Qays Haddad. Jadi betul la apa yang dikatakan Syafiqa itu.

"Betul ke dia suspek utama tu?"

"Yup, kami dah dapat bukti. Hari ni dia akan tertangkap." Ujar Qays Haddad dengan nada serius sambil memandang sekeliling.

"Macam mana Tuan Inspector tahu diaorang akan datang sini?"

"Saya kan polis, mesti la kena tahu semua benda. Sementara tunggu diaorang kita nak pergi mana ni?" Berkerut dahi Dayana mendengar kata-kata Qays Haddad.

"Pergi mana? Kita ada janji nak pergi mana-mana ke?" Tanya Dayana hairan, entah kenap hari ni dia menjadi blur.

"Tak akan la kita nak berdiri dekat sini je. Jom la kita pergi mencari aiskrim, Cik Doktor nak makan apa-apa tak?" Dayana memandang lama lelaki di sebelahnya ini.

"Cik doktor tak pernah jumpa lelaki handsome macam saya ke?" Soal Qays Haddad sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Dayana menjeling mendengar kata-kata lelaki di sebelahnya.

"Saya cuma pelik kenapa Tuan Inspector ajak saya ke tempat macam ni berdua, isteri or kekasih or tunang Tuan Inspector tak marah ke?" Tanya Dayana risau juga jika dia sebenarnya sedang keluar dengan suami orang atau pun lelaki yang telah berpunya.

"Diaorang akan marah la juga tetapi bukan sekarang la. Sebab sekarang saya single." Balas lelaki itu sambil mengenyit kan matanya. Dayana terkedu, dia tak tahu kenapa dia ingin tersenyum saat mendengar kata-kata Qays Haddad.

"Eh? Tu Ayana kan?" Soal Dayana sambil menunjuk ke arah sebuah kedai baju. Qays Haddad melihat ke arah yang di tunjuk oleh Dayana. Lily Ayana bersama dengan seseorang yang sedang dia buru saat ini.

Mereka sama-sama melangkah mendekati Lily Ayana. Riak wajah Lily Ayana berubah saat dia melihat Dayana, dia melarikan diri daripada doktor itu bersama dengan Nelisa.

"Eh? Kenapa dia lari? Serius la nak kena lari lagi?" Dayana mengeluh, penat la macam ni.

"Jom kejar dia." Dayana terkejut apabila Qays Haddad memegang tangan dia dan menariknya supaya mengekori dia.

Akhirnya Lily Ayana berhenti di satu tempat yang agak sunyi setelah penat berlari dia menoleh memandang Dayana.

"Kenapa Dr. Dayana kejar saya? Doktor nak rampas Ean daripada saya juga ke?" Terkedu Dayana mendengar kata-kata Lily Ayana. Dia kena memperbetulkan salah faham ni.

Qays Haddad memandang lama perempuan disebelah Lily Ayana. Perempuan itu tersengih-sengih memandangnya, dia tidak berminat dengan pelajar universiti tetapi doktor disebelahnya ini mungkin boleh dipertimbangkan.

"Eh.. bukan, kenapa Ayana lari?"

"Sebab saya tak nak doktor beritahu Ean yang doktor telah jumpa saya di sini. Saya tak nak Ean cari saya." Ujar Lily Ayana sayu.

"Saya cuma nak beritahu Ean terlibat dengan kemalangan and dia koma sekarang ni. Jom balik ikut saya." Lily Ayana terkejut mendengar kata-kata Dayana, dia mengangguk pelahan. Air mata mengalir membasahi pipinya. Perasaan bersalah mula menyelubunginya saat ini.

"Doktor tolong bawa saya pada dia. Tolong la.." Rayu Lily Ayana sambil memegang erat tangan Dayana.

"Aku tak nak ikut kau la aku nak balik rumah la." Ujar Nelisa mula gelisah.

"Eh? Kenapa nak balik? Jom la ikut saya jalan ke balai." Sindir Qays Haddad kepada Nelisa. Tiba-tiba beberapa orang pegawai polis muncul, dua orang lelaki dan dua orang perempuan.

Nelisa ketakutan, dia memeluk lengan Lily Ayana. Namun Dayana menjauhkan Lily Ayana daripada Nelisa.

Tangan Nelisa di gari oleh dua orang pegawai polis perempuan.

"Cik Nelisa awak di tahan atas kesalahan membawa kenderaan secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Serta awak telah melarikan diri selepas melakukan kesalahan itu." Kata Qays Haddad dengan nada suara yang serius.

"Lepas la! Apa ni tangkap tanpa bukti!!" Nelisa meronta minta dilepaskan.

"Kenapa ni? Kenapa nak tangkap kawan baik saya?" Tanya Lily Ayana gelisah.

"Kawan baik tak akan melanggar lari kawan baik dia sampai keguguran sampai susah nak mengandung semula!" Kata Qays Haddad dengan nada suara yang tegas sambil merenung tajam kearah Nelisa.

Lily Ayana menggeleng kepala dia tak percaya apa yang dia dengar tu.

"Tak mungkin dia buat macam tu. Dia kawan baik saya , dia paling baik. Tolong lepaskan dia." Merayu Lily Ayana kepada Qays Haddad. Lelaki itu menggeleng kepala.

"Bukti dah cukup menunjukkan dia memang pelaku kepada kejadian langgar lari awak dulu. Betulkan Nelisa? Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua, Sepandai-pandai manusia ada bodohnya juga. Lain kali kalau nak buat jahat tu jangan dekat basement parking shopping mall sebab terlalu banyak camera. Betul tak Nelisa?" Nelisa merenung tajam ke arah Qays Haddad, tiba-tiba Nelisa ketawa terbahak-bahak.

"Aku memang bodoh la. Aku mengaku aku yang langgar Ayana! Nak tahu kenapa? Sebab dia terlalu baik, terlalu pandai dan dia sempurna. Dia dapat suami kaya, handsome and romantik. Kenapa dia mesti dapat semua yang aku nak?! Kenapa?!! Aku benci kau Lily Ayana! Kenapa kau sempurna! Kenapa aku tak boleh jadi macam kau?!" Jerit Nelisa, tidak lama kemudian dia meraung.

Lily Ayana menitis air mata mendengar pengakuan Nelisa.

"Kenapa Nel? Aku sayang kau. Aku tak sempurna, aku hanya manusia biasa. Kita kan kawan." Lily Ayana memegang kedua-dua pipi Nelisa.

"Aku berkawan dengan kau sebab kau pandai je, aku sengaja ajak kau jumpa sebab nak langgar kau sampai mati, tetapi kau tak mati kan? Kenapa kau tak mati!!" Nelisa ludah ke arah Lily Ayana.

Pang! Satu penampar hinggap di pipi Nelisa. Gadis itu terdiam.

"Kau la kawan paling kejam pernah aku jumpa. Aku benci kau Nelisa!" Balas Lily Ayana dengan nada suara yang meninggi.

"Jom doktor, saya nak berjumpa dengan Ean. Saya rindu dia." Ujar Lily Ayana mengajak Dayana ke hospital.

Nelisa di bawa pergi oleh beberapa orang pegawai polis kedengaran suaranya meraung. Qays Haddad mengekori orang bawahannya itu sempat dia menoleh memandang Dayana yang semakin jauh daripada pandangannya. Mungkin ini pertemuan terakhir mereka, kerana tiada lagi urusan di antara mereka.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now