24

10.5K 364 38
                                    

Syafiqa memberhentikan kereta di hadapan rumah kampung Hj Fadhil, dia mengukir senyuman sinis melihat Hj Fadhil dan Hajah Rosnah yang sedang berborak di anjung rumah ini. Dia ada hadiah untuk mereka, hadiah itu akan mengubah tanggapan baik Hajah Rosnah terhadap Lily Ayana kepada tanggapan yang sangat buruk dan saat itu dia yang akan menggantikan Lily Ayana di sisi Ean Zafran.

"Assalamualaikum.. Paksu,maksu buat apa tu? sihat ke?" Tanya Syafiqa ramah, dia melangkah menaiki tangga batu ini dan menuju ke anjung rumah.

"Waalaikumussalam.. tak ada buat apa, saja bersembang tentang Ayan dan Ayana. Tengah bayangkan macam mana la kalau mereka ada baby nanti. Mesti comel sangat, sebab ibubapanya handsome dan cantik." Ujar Hajah Rosnah dengan nada suara ceria.

"Fiqa pun membayangkan baby mereka akan comel sangat, tetapi kan maksu Fiqa tak rasa Ayana tu nak anak." Riak wajah Hajah Rosnah dan Hj Fadhil berubah saat mendengar kata-kata Syafiqa.

"Apa maksud kamu?" Tanya Hajah Rosnah gelisah

"Cuba tengok video ni." Video durasi seminit itu di tunjukkan kepada Hajah Rosnah dan Hj Fadhil. Syafiqa mengambil video ini ketika dia lalu di hadapan pejabat Ean Zafran dan dia terdengar pasangan ini berbual kerana ketika pintu pejabat Ean Zafran terbuka sedikit. Dia sempat mencuri rakam perbualan mereka, hanya suara yang jelas tetapi video tidak berapa jelas kerana terdapat beberapa halangan untuk merakam wajah mereka. Dia hanya memberi video bahagian Lily Ayana mengatakan mahu focus pada belajar sahaja, video lain semua telah dia cut. Sengaja mahu Hajah Rosnah dah Hj Fadhil melihat Lily Ayana sebagai seorang perempuan yang pentingkan diri sendiri.

"Astghfirullah al azim.. Abang apa nak jadi dengan mereka ni? Mesti si Ayana yang hasut Ayan ni. Saya yakin la, saya tak sangka sanggup mereka makan perancang, sedangkan kita tak sabar tunggu anak daripada mereka." Ujar Hajah Rosnah dengan nada suara yang mula meninggi. Haji Fadhil meraup wajah kerana dia juga terlalu terkejut melihat video itu.

"Fiqa pun terkejut semasa terdengar perbualan diaorang ni. Tak sangka kan maksu, nampak je baik tetapi menidakkan ketentuan Allah. Kalau Fiqa la, hari ini berkahwin esok nak terus mengandung. Fiqa rasa Ayana tu memang tak nak anak, saja je bagi alasan belajar." Kata Fiqa, sengaja mencurah minyak ke dalam api. Hajah Rosnah kelihatan sangat marah saat ini, turun naik nafas wanita ini menahan marah.

"Abang nak bersiap ke masjid, nanti call la Ayan minta dia balik. Kita tanya dia sendiri, betul ke apa yang kita dengar ni."Kata Hj Fadhil sebelum melangkah masuk ke dalam rumah untuk mempersiapkan diri untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardhu asar secara berjemaah.

"Maksu jangan beritahu abang yang Fiqa bocorkan rahsia dia, nanti renggang pula hubungan kami. Maksu, si Ayana tu muda lagi dia mesti tak nak anak sebab kalau dia ada anak, dia kena berkongsi harta abang dengan anak dia. Fiqa dah boleh baca la niat jahat si Ayana tu." Syafiqa terus mengapi-api Hajah Rosnah yang sedang marah ini.

"Maksu tak sangka buruk betul perangai Ayana ni. Maksu tetap nak mereka ada anak tahun ini juga dan Ayana kena mengandung dalam masa 3 bulan ini, kalau Ayan rasa tak nak digelar anak derhaka cuba la melawan maksu."Ujar Hajah Rosnah dengan nada suara yang tegas. Syafiqa mengukir senyuman sinis mendengar kata-kata makcik saudaranya ini. Hasutannya berjaya.

"Maksu baru tahu ke perangai Ayana tu jahat? Fiqa kali pertama tengok je dia dah tahu dia tu jahat. Maksu tahu tak, dia masukkan katak dalam bag fiqa sebab Fiqa tegur dia basuh pinggan salah. Kenapa la maksu boleh merestui Ayan berkahwin dengan perempuan macam tu." Sindir Syafiqa, semakin seronok dia mereka-reka cerita supaya perangai Lily Ayana akan nampak buruk di hadapan Hajah Rosnah.

"Dia masukkan katak dalam bag Fiqa? Ya Allah budak tu, perangai kebudakkan sangat. Macam mana la nak menjadi ibu macam tu." Hajah Rosnah menggeleng kepala apabila mendengar cerita Syafiqa tentang perangai kebudakan menantunya itu.

"Dia tak sesuai menjadi ibu untuk anak Ean Zafran. Apa kata maksu cari je la perempuan lain untuk Ean Zafran yang sanggup mengandungkan anak untuk dia. Ayana tu tak layak la maksu. " Bekerut dahi Hajah Rosnah mendengar kata-kata Syafiqa.

"Cari isteri baru untuk Ayan? Maksu tak rasa Ayan setuju, kita tengok dalam masa 3 bulan ini kalau Ayana masih tidak mengandung juga. Maksu akan suruh Ayan berkahwin lain dengan perempuan yang sanggup mengandungkan anak dia." Syafiqa mengukir senyuman mendengar kata-kata Hajah Rosnah, itulah yang dia mahukan.

"Fiqa sanggup mengandungkan anak abang." Terkejut Hajah Rosnah mendengar kata-kata Syafiqa. Lama dia memandang wajah anak saudaranya itu.

"Fiqa serius ke? Fiqa suka Ayan ke? Fiqa jangan main-main ni soal perasaan." Ujar Hajah Rosnah yang masih terkejut dengan kata-kata Syafiqa itu.

"Maksu, Fiqa sanggup melakukan apa saja untuk maksu. Fiqa sanggup korbankan diri untuk maksu asalkan maksu bahagia. Maksu nak pisang berbuah dua kali ke? Maksu nak ke abang berkahwin dengan orang yang maksu tak tahu latar belakang macam Ayana tu? At least kalau berkahwin dengan Fiqa, maksu dah kenal fiqa. Betul tak?" Ujar Syafiqa dengan nada suara memujuk sambil memegang tangan Hajah Rosnah dan dia mencium tangan itu.

"Betul juga tu, kalau Ayana tak mengandung dalam masa 3 bulan ni. Maksu akan suruh Ayan berkahwin dengan kamu." Syafiqa berasa seperti mahu terbang ke langit apabila mendengar kata-kata Hajah Rosnah.

"Terima kasih kerana mempercayai Fiqa untuk melahirkan cucu untuk maksu. Fiqa janji tak akan menjadi perempuan buruk perangai macam Ayana. Kasihan kan pada abang dapat isteri macam tu." Lembut tutur kata Syafiqa demi mengambil hati bakal mentuanya ini.

"Kamu tu baik sangat sanggup korban diri untuk Ayan. Nanti tahu la macam mana maksu nak ajar si Ayana tu, dia akan tahu nasib dia nanti." Syafiqa mengukir senyuman sinis, padan muka si Ayana puas hatinya apabila dapat tanam kebencian di dalam diri Hajah Rosnah terhadap Lily Ayana.

HATI AKU MILIK DIA (C)Where stories live. Discover now