𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 2

7.4K 504 17
                                    

PERLIS, MALAYSIA.

Dia berdiri di tengah kawasan lapang itu, dikelilingi api yang menyinari tempat dia berdiri seorang diri. Dengan t-shirt dan seluar hitam, dia mendongak memandang ke langit sejenak sebelum kembali memandang ke arah hadapan.

Kedua belah tapak tangan diangkat seperti menadah, sebelah tangan itu memegang kerambit.

"Bismillah..."dia melafazkan kalimah itu dengan nada perlahan, kedua tapak tangan disatukan untuk sesaat dengan mata yang terpejam.

Sebaik sahaja mata kelabunya itu terbuka kembali, terus tapak tangan yang disatukan terus dipisahkan serentak kaki membuka kekuda.

Dia mula bergerak menendang dan melibas kerambit yang berada di tangan menggunakan pelbagai serangan, ada dia membuat lipatan ke belakang kemudian dia melayangkan tubuh ke tanah sebelum dia melutut memandang ke arah hadapan.

Tidak cukup lagi.

Dia bergerak lagi, laju melibas kerambit seperti ada musuh di hadapan bersama tangan yang kosong bergerak seiring dengan tangan yang memegang kerambit membentuk penumbuk atau cekak bagi setiap pergerakan.

Ada gerakan yang seperti menepis dan menendang, dia membuat satu lompatan pusing sehingga mendarat ke tanah dalam keadaan kaki yang bersimpuh.

Dia baring sesaat bersama pinggul yang diangkat lalu kedua belah kaki itu dipusing mengikut arah jam untuk dia bangkit semula sebaik sahaja tapak kaki kembali menjejak tanah.

Semakin laju gerakan serangan yang dilakukan, ada yang menendang dan menumbuk sambil melibas kerambit itu. Kakinya dilunjurkan seraya lutut kaki sebelah mencecah tanah dan satu hayunan kaki menegak laju berpusing 360 darjah sebelum dia bangkit berdiri.

Akhirnya, satu hayunan kerambit dilakukan sebelum sebelah kakinya mencecah tanah membuatkan dia melutut seiring dengan kepala menunduk dengan hayunan kerambit tadi terhenti betul-betul di hadapan wajahnya.

Termengah-mengah dia sekarang ni, dia mencari nafas untuk sejenak sebelum dia bangkit berdiri semula kemudian mata mula terpandang satu sosok tubuh lingkungan 50-an yang sedang duduk di pangkin memerhatikan dirinya.

Tanpa membuang masa, dia melangkah ke arah sosok tubuh itu.

"Tok Sah."sapanya perlahan.

Lelaki 50-an itu ukir senyuman nipis, dia tepuk bahunya anak muda yang berdiri di hadapannya itu beberapa kali.

"Setiap kali kamu balik ke sini, Haq...mesti kamu akan habiskan masa kamu dalam gelanggang ni."kata Tok Sah.

Haq diam, dia masih berdiri di hadapan Tok Sah itu.

"Duduk, Haq. Ada benda yang aku nak tanya pada kami."arah Tok Sah, Haq tidak cakap banyak hanya menurut lalu duduk di sebelah Tok Sah.

"Apa yang mengganggu fikiran kamu, Haq?"dahi Haq berkerut apabila Tok Sah bertanya sebegitu, jarang-jarang orang tua ini tanya tentang apa yang dia fikir.

"Maksud tok?"soal Haq mendatar.

"Dari hari pertama aku jumpa kamu kat sini, kamu macam lost. Apa yang buat kamu running? Nak kata kerja, kamu tu bodyguard hebat. Nak kata pasal cinta, bila pulak kamu tu ada girlfriend?"amboi, boleh tahan bawang juga Tok Sah ni.

"Nothing, tok."jawab Haq.

"Don't lie to me, young man."hah kau, keluar bahasa inggeris Tok Sah. Bukan main lagi orang tua ni.

"Tak ada apa yang perlu tok risaukan, aku okay."dalih Haq dengan nada mendatar.

Tok Sah hanya pandang anak muda itu, tidak mengapa kalau dia tak mahu berkongsi sebab dia tahu yang suatu masa nanti anak muda ini akan terbuka untuk bercerita.

"Kamu pernah cakap yang kamu datang dari Jepun, tapi kamu tak pernah cerita tentang siapa kamu. Dan sekarang, aku nak tahu siapa sebenarnya seorang Dizran Al-Haq."Tok Sah menyoal lagi, bukan apa tapi dia mahu tahu walaupun sudah lama anak muda ini berguru dengannya.

Haq pandang ke hadapan, dia menghela nafas panjang sebelum dia bersuara dengan nada yang mendatar.

"Aku dilahirkan dan dibuang tepi jalan, tok. Aku membesar sampailah umur aku 10 tahun, ada orang yang ambil aku dan bawa masuk aku ke dalam sebuah keluarga. Tapi, keluarga tu jadikan aku orang yang lain dan sangat berbeza."

"Apa maksud kamu berbeza?"Tok Sah ingin tahu.

"Cukup tok tahu yang aku jadi raksasa yang menakutkan manusia kat luar sana, hantu dalam mimpi ngeri diorang."ayat itu tidak terlalu jelas tapi Tok Sah anggukan kepala apabila dia faham apa maksud di sebalik ayat itu.

Melihat wajah kosong Haq itu, Tok Sah tahu yang lelaki muda di sebelahnya ini dah lalui saat-saat yang menyakitkan.

Mungkin ada yang sehingga melibatkan nyawa.

Tok Sah pegang bahu Haq membuatkan lelaki itu memandang ke arahnya.

"Kalau kau rasa kau perlukan ketenangan, otak kau runsing. Datanglah sini, rumah aku ni terbuka untuk kau."kata Tok Sah.

"But -"belum sempat Haq berkata, ayatnya sudah disangkal oleh Tok Sah terlebih dahulu.

"Takde tapi-tapi lagi, Haq. Anggaplah yang aku ni dengan Mak Som kau tu sebagai ahli keluarga kau."tegas Tok Sah menepuk bahu Haq beberapa kali.

Haq angguk sekilas, nampaknya dia tak boleh menolak apabila lelaki tua ini sudah guna ketegasan dia. Lagipun, dia agak selesa datang ke negeri padi ini. Tenang pada pemandangan walaupun fikirannya agak runsing pada kisah lalu.

"Abang!"

"Haq!"laungan suara lembut yang memanggil Haq dan Tok Sah membuatkan mereka berdua menoleh, seorang wanita lingkungan 50-an berpakaian baju kurung sedang berdiri di pintu rumah memandang ke arah mereka.

Mak Som, isteri Tok Sah.

"Jom masuk makan malam! Udah-udah ler tu dalam gelanggang, meh lekaih masuk makan!"sekali lagi Mak Som melaung.

"Ya kami mai sat lagi, yang!"sahut Tok Sah.

"Jangan lama-lama!"sekali Mak Som berkata sebelum dia masuk semula ke dalam dapur.

Tok Sah geleng kepala dengan isterinya, dia pandang Haq.

"Tu Mak Som kamu dah panggil dah tu. Karang kalau kita tak masuk, dia tabuh kita dengan pelepah tu sat lagi."Haq terkedip-kedip pada pandang Tok Sah, kadang-kadang dia keliru dengan orang tua ni.

Kejap cakap KL, kejap cakap utara.

"Jom, Haq. Kalau kamu nak kena kejar dengan Mak Som kamu tu, duduklah sini lama lagi. Kejap lagi dia keluar dengan pelepah baru kamu tahu pedihnya kena hayun pelepah kat badan."Tok Sah bangun untuk menuju ke rumahnya.

Haq hanya diam tidak membalas.

'Aku dah pernah kena lebih dari pelepah tu, tok.'katanya dalam hati sebelum dia bangun dan berjalan mengekor Tok Sah dari belakang, sempat dia capai telefonnya yang diletak di atas pangkin tadi.

Sedang dia berjalan, ada satu panggilan masuk. Terus dia lihat nama pemanggil yang tertera di dalam skrin.

'Yohan D'Orion.'

Punat hijau ditekan lalu ditekap telefon itu pada telinga.

"Hello."

"Haq..."

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now