𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 6

5.6K 497 12
                                    

PRANG!

Botol kaca itu dibaling pada dinding oleh Takeshi, lelaki itu berang dengan Keito tadi apabila lelaki tua itu selamba sahaja menghalau dirinya.

"Tak guna punya orang tua."dingin Takeshi, cawan yang masih berisi wiski itu diteguk rakus sebelum dia hentak di atas meja.

"Kau tunggu nasib kau nanti, Keito."

Botol dicapai lalu dituang lagi ke dalam cawan sebelum diteguk kembali minuman Haram tersebut. Dalam dia melayan perasaan marah dia, dia teringat tentang ayahnya yang sudah memberi pesanan tegas sebelum dia datang ke kelab malam tadi.

"Jangan langgar syarat sampai manifesto nanti, kalau tak rancangan kita akan hancur disebabkan kesabaran kau yang nipis tu."

Itulah pesanan yang diberi oleh Takeda kepadanya tadi, terus dia merengus kasar. Dia tiada pilihan selain bersabar jika dia masih mahukan Dareeka menjadi miliknya.

Mata terus memandang orangnya yang berdiri di pintu bilik VIP itu, terus dia bersuara memberikan arahan.

"Call them, all 6 of them."

"Yes, sir."lelaki itu menurut, dia membuka pintu dan mengarah enam wanita berpakaian seksi untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Leave us."arah Takeshi lagi.

Lelaki itu menurut dan membiarkan Takeshi bersama wanita-wanita itu, dia tahu apa yang akan lelaki itu buat kejap lagi dan dia tidak mahu masuk campur.

Takeshi memandang setiap wajah jelita itu kemudian mengukir senyuman sinis, dia memanggil mereka untuk merapat dan mereka menurut.

"Give me the best night tonight."arahnya dan bermulalah 'kerja' mereka menguruskan Takeshi itu.

HAQ memandang ke arah Keito yang duduk di hadapannya, lelaki itu menayangkan wajah tenang manakala dia pula dingin seperti biasa tanpa mempedulikan Dareeka yang menjeling tajam pada dia.

"Kau sihat?"Keito mula membuka bicara.

"Straight to the point, kenapa kau bawa aku balik semula datang sini? How do you know I'm still alive?"Haq membalas dengan soalan menggunakan nada yang dingin.

Keito diam sejenak, dia tahu lelaki ini pasti tertanya kenapa perlu dia kembali ke sini. Dia menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.

"Satu. Perlukah aku ingatkan kau siapa diri kau dan macam mana aku boleh tahu kau hidup lagi?"soalan itu memberi satu jawapan yang hanya Haq sahaja boleh faham maksud soalan itu, dia angguk sekilas.

"Second. Kau akan jadi wakil Arashikage untuk manifesto kita dalam masa dua bulan dari sekarang."Keito memberi jawapan kepada apa yang menjadi penyebab Haq dibawa kembali ke sini.

"I don't want to do it."tegas Haq.

"Kau takde pilihan, Haq. Bila kau dah balik semula ke sini, jalan keluar hanya melalui kematian."Keito memberi peringatan kepada Haq.

Haq jungkit kening dengan senyuman sinis yang terukir.

"Kau lupa aku ni orang yang dah mati dulu?"

"Tapi sekarang kau masih hidup. Pilihan kau sekarang sama ada duduk sini dan jadi wakil kepada manifesto kita atau the moment kau pijak kaki kau keluar dari rumah ni, semua akan mula buru kau."Keito berkata dengan tenang sambil bersandar memandang ke arah Haq.

Jeda.

Haq tidak boleh respon, otak dia sedang mula berfikir. Kedua pilihan yang diberikan memang agak sukar, keduanya ada satu ikatan yang tidak akan membenarkan dia bebas begitu sahaja.

Mata dipejam sesaat, terus dia memandang semula ke arah Keito. Rengusan diberikan sebelum dia membuka mulut memberi jawapan kepada Keito yang sedang menanti.

"I will stay, but until the manifesto is done. Then, I'm out."Haq memberikan syaratnya.

"Okay then but, you need to win if you want to be free."Keito turut memberi syarat.

"Deal."Haq membalas dengan nada mendatar.

"Good."senyuman nipis terukir di bibir Keito, Dareeka yang tadi duduk diam dengan panahan mata tajam ke arah Haq itu dipandang.

"Dareeka."

"What?"

"Hantar Haq pergi bilik dia."kepala Dareeka terus pusing memandang Keito dengan wajah bengang.

"Apahal aku yang kena tunjuk bilik dia ni? Memori dah hilang ke sampai bilik sendiri pun tak boleh nak cari?"soalnya dingin pada Haq.

"Aku dah bagi arahan, kan? So, obey to it."Dareeka merengus kasar, dia terus bangun untuk melangkah tapi langkahnya terbantut apabila melihat Haq masih lagi duduk di sofa menatap ke arahnya.

"Oi! Jantan! Bangunlah cepat, kau ingat kau anak raja aku nak bentang karpet merah untuk kau bangun?"sindir Dareeka dengan nada tinggi, tak relax wanita ni.

Haq hanya tayang wajah kosong, dia bangun kemudian membawa beg dan bergerak mengekor Dareeka dari belakang. Sempat telinga dia menangkap pesanan dari Keito.

"Kau boleh berlatih kalau kau nak, aku rasa kau ingatlah lagi kat mana nak berlatih dalam mansion ni."pesan Keito, Haq hanya mendengar tanpa menoleh ke arah lelaki itu sebelum langkah dibawa mengekor Dareeka yang berada di hadapan.

Hilang sahaja bayang Haq dari pandangan, Satoru mendekat ke arah Keito.

"Kenapa tuan tak beritahu dia pasal cik Dareeka dengan Takeshi?"soal Satoru ingin tahu.

"Bukan masanya lagi, sampai masa nanti aku akan beritahu dia."jawab Keito tenang, sekarang tumpuannya hanya pada manifesto dahulu. Hal penyatuan Dareeka dan Takeshi diletak tepi buat sementara.

"Pastikan Haq tak tahu pasal hal Dareeka dan Takeshi."pesan Keito, Satoru menganggukkan kepala tanda faham.

HAQ mengekor sahaja Dareeka dari belakang melalui jalan koridor yang panjang itu, dia lihat rumah agam bak istana itu. Masih lagi sama seperti dahulu cuma ada penambahan kolam ikan di tengah halaman rumah.

"Ini bilik kau."tumpuan Haq pada kolam ikan terus kembali pada Dareeka, wanita itu menunding pintu di sebelah kirinya tanpa menoleh memandang ke arah dia.

Haq tak banyak kata, dia tolak pintu itu ke tepi untuk melangkah namun dia menghentikan langkah apabila Dareeka berkata sesuatu.

"Jangan dekat dengan aku and jangan tunjuk muka depan aku or I'll kill you right away."dingin Dareeka.

Mata kelabu Haq terus bertentang dengan mata hitam wanita itu.

"Is that an order or a request?"soal Haq.

"It's a threat, stupid."setepek Haq kena bodoh dengan Dareeka, wajah wanita itu ditatap tajam oleh Haq.

Wajah wanita itu masih sama cuma tiada secalit senyuman. Hanya wajah dingin Dareeka yang menyerlah tetapi pada Haq, wajah itu tetap...

Cantik.

"Kau cantik."kata Haq secara tiba-tiba membuatkan dahi Dareeka berkerut, dia pandang kiri kanan sebelum dia memandang ke arah Haq semula.

"Kau bercakap dengan aku ke?"

"Ada nampak aku bercakap dengan roh kau ke?"soal Haq.

BUK!

Satu penumbuk hinggap di muka Haq membuatkan kepalanya terteleng ke kanan, dia kembali memandang ke hadapan dan riak wajah Dareeka kini membengis.

"Jangan bercakap dengan aku."dingin Dareeka sebelum melangkah pergi meninggalkan Haq terkedip-kedip.

"Did her face just turn red?"soal Haq, rasa macam nampak wajah Dareeka merah. Tapi bukan merah yang marah, merah yang...

Malu.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now