𝐄𝐏𝐈𝐋𝐎𝐆

8.3K 464 71
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN.

"Irvan! Panggil adik-adik dengan papa! Dinner is ready!"laung Dareeka dari tingkat bawah.

Irvan menjengah dari tingkat atas, mata memandang mamanya lalu mengangkat ibu jari 'okay' sebelum mamanya itu angguk kepala dan kembali ke dapur untuk mengambil lauk yang masih belum diletak di atas meja makan.

Tubuh dipusing, bilik Ezran dan Ezfan menjadi hala tuju pertama untuk dipanggil turun ke bawah. Berdiri sahaja dia di hadapan pintu bilik kembar itu, terus Irvan ketuk pintu bilik itu beberapa kali.

KNOCK!

KNOCK!

Selang beberapa saat, muncul dua wajah di sebalik pintu. Seorang wajah kosong dan seorang lagi wajah dengan senyuman.

"Ya along?"soal Ezfan dengan senyuman masih di bibir.

"Turun, mama panggil dinner."kata Irvan dengan nada biasa.

"Okay."jawab Ezfan mula keluar dari bilik, abang kembarnya si Ezran pula mengekor dari belakang Ezfan.

Irvan perhati sahaja adik kembar dia itu dengan gelengan di kepala, susah betul nak dengar suara Ezran bila kembar itu dah berumur 5 tahun. Ezfan memang tak perlu minta dia cakap dah bercakap, memang macam mama kalau kembar Ezran tu bercakap.

Langkah dibawa pula ke bilik adik Irvan yang ketiga iaitu...

Ezyan Ul-Haq.

Dia masuk ke dalam bilik adik lelakinya itu kemudian dia perlahan-lahan mendekati si kecil yang berusia 4 tahun itu, digosok perlahan bahu si kecil yang sedang lena itu dan selepas beberapa saat barulah Dezyan bangun dari lenanya.

"Yan, bangun dinner. Mama dah panggil."pujuk Irvan, takut melalak pulak adik lelaki dia ni.

"Ocey..."Ezyan perlahan-lahan bangun kemudian dia turun dari katil, tangan dia naik memimpin jari telunjuk Irvan sambil keluar dari bilik tidurnya.

"Nak turun ke nak ikut along panggil baby dengan papa?"Ezyan pandang Irvan dengan mata terkedip-kedip lalu bersuara.

"Anggil baby."Irvan angguk dan mereka berdua melangkah ke bilik tidur yang paling bongsu, berumur dua tahun.

Pintu dibuka perlahan kemudian Irvan dan Ezyan melangkah ke baby cot itu dengan penuh berhati-hati kerana mereka tahu yang adik bongsu mereka ni memang sedang lena.

Ezyan melepaskan jari Irvan untuk memberi abang sulung dia itu mudah mengangkat tubuh kecil adik bongsu mereka.

Perlahan-lahan Irvan mengangkat si kecil yang sedang lena itu dan mula melangkah beberapa tapak ke pintu bilik itu semula tapi langkah mereka terbantut apabila mendengar si kecil itu bersuara.

"Bambam."terus Irvan menunduk memandang si kecil itu.

Ezyan pun dongak memandang ke arah dukungan Irvan.

"Hai bambolina...jom dinner."Irvan menyapa si kecil itu dengan senyuman kecil sambil mencuit pipi tembam milik si manis itu, itulah cara dia selalu buat bila si kecil itu sedar dari lena untuk mengelak dari tangisan berlaku.

Inilah adik mereka yang paling bongsu dan satu-satunya bunga yang hidup dalam kalangan duri-duri selain mama mereka iaitu...

Dareeza Raihana.

"Cib aik baby tak nanis, kalau idak aya-aya."kata Ezyan sambil geleng kepala dan kedua belah tangan cekak pinggang.

"Jom panggil papa then kita turun."sebelah tangan Irvan dukung Dareeza yang sudah melentok di bahu manakala sebelah lagi memimpin Ezyan keluar dari bilik Dareeza.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now