𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 24

5.5K 439 27
                                    

KERETA yang dibawa oleh pemandu merangkap orang Hamada clan itu berhenti di hadapan sebuah rumah lama itu, pintu belakang dibuka untuk Takeda lalu lelaki tua itu keluar dari dalam kereta tersebut.

"Korang tunggu sini, biar aku masuk sorang."tegas Takeda pada mereka, mereka menurut dan membiarkan Takeda masuk ke dalam rumah lama itu seorang diri.

Masuk sahaja Takeda ke dalam rumah itu, matanya sudah melihat satu sosok tubuh yang sedang duduk santai di sofa ruang tamu bersama rokok di mulut memandang ke arahnya.

"Takeda...I've been waiting for you."katanya dengan senyuman sinis di bibir.

Takeda hanya diam untuk beberapa saat sebelum dia membuka mulut.

"Kau tahu kenapa aku kat sini, kan?"soal Takeda.

Dia mengukir senyuman sinis, dia angguk sekilas sebelum dia bangun dari duduknya dan berjalan ke arah tingkap rumah lama yang memaparkan pemandangan tasik di hutan terpencil itu.

"Kau nak aku bunuh Haq lagi sekali, kan?"soalnya tanpa memandang ke arah Takeda, asap rokok ditiup melalui tingkap yang sudah terbuka luas itu.

"Just make sure you kill him properly this time, rancangan aku dah rosak bila dia muncul."tegas Takeda sambil menghentak dinding menggunakan tangan.

Dia angguk kepala, dia menoleh ke arah lelaki tua itu.

"Aku boleh buat kerja ni lagi sekali sebab ini kali pertama aku rasa yang aku gagal bunuh sasaran aku."katanya mencampak puntung rokok itu ke arah luar.

Langkah dibawa kemudian jari telunjuk diangkat dihadapan Takeda.

"Tapi kali ni, aku ada satu syarat kalau kau nak aku bunuh Haq."katanya mendatar.

"Apa?"

"Dareeka akan jadi hak milik aku, bukan milik Takeshi."Takeda membulatkan mata, dia menggelengkan kepala beberapa kali dengan wajah yang terkejut.

"What the fuck? Kau tahu yang Dareeka kena jadi isteri anak aku kalau aku nak dapatkan Arashikage!"bentak Takeda.

Senyuman sinis tetap terukir di bibirnya, langsung tidak peduli dengan apa yang Takeda baru bidas tadi kerana dia sudah tetapkan matlamat yang dia mahu Dareeka.

"Take it or leave it, kau setuju dengan syarat aku then aku boleh uruskan apa yang patut aku uruskan 8 tahun lepas."dia masih lagi berkompromi, kalau tidak memang mati orang tua itu dikerjakan olehnya.

Takeda merengus kemudian dia terfikir satu lagi perkara yang berada di dalam otaknya sekarang, dia memandang sosok tubuh yang berdiri di hadapannya lalu bersuara dengan nada yang agak tegas.

"Aku nak kau bunuh sorang lagi."kata Takeda.

Sebelah kening sosok tubuh itu terjungkit memberi isyarat supaya memberitahu siapa lagi sasaran yang perlu dihapuskan.

"Bunuh anak aku, Takeshi."

KNOCK!

KNOCK!

Bunyi ketukan pintu menarik perhatian Haq dan Dareeka yang sedang meluangkan masa bersama di ruang tamu, mereka memandang antara satu sama lain dengan dahi yang berkerut.

"Siapa datang? Bukan tak ramai orang tahu ke kat ceruk hutan ni ada rumah?"soal Dareeka pelik mendapat anggukan dari Haq.

"Kau tunggu sini, bunga. Bawah kerusi ada pedang, anything you know what you must do."pesan Haq lalu Dareeka menjatuhkan kepala beberapa kali sebelum dia mencapai satu katana lengkap bersarung yang tersimpan elok di bawah sofa.

Haq melangkah ke arah pintu dengan penuh waspada, bunyi ketukan masih lagi kedengaran. Dia mencapai tombol pintu itu secara perlahan sebelum dibuka.

Baru dia mahu menendang gerangan yang menutup pintu, terus terhenti apabila melihat Raizo, Dheo, Nathan dan Que yang berada di hadapan pintu villa itu.

"Lamanya kau nak buka pintu? Kitorang datang salah timing ke?"soal Raizo menghirup air kotak, naik kebas tangan dia ketuk pintu rumah member ni.

Haq menjeling sebelum dia memandang mereka berempat.

"Kenapa korang tak roger sebelum datang?"soal Haq mendatar.

"Sebab kitorang ada benda penting, terus datang sini without telling you. Sorry, dude."kata Que.

"Penting?"

"Kitorang dah jumpa siapa yang terlibat dengan kemalangan kau 8 tahun lepas."celah Dheo membuatkan Haq tersentak.

"Siapa?"celah satu lagi suara dari belakang, lantas mereka menjengah dan Haq menoleh ke belakang melihat Dareeka yang sedang berpeluk tubuh memandang ke arah mereka.

"Er...bunga."panggil Haq perlahan.

"Apa?"

"Tukar baju dulu."pinta Haq. Dheo sudah menutup mata Raizo dan dia pun mata terpejam manakala Nathan dan Que sudah toleh pandang tempat lain. Haram sungguh pandangan mata mereka.

Dareeka tunduk pandang pakaian yang dipakai, singlet putih tali halus dengan seluar pendek paras peha. Langsung dia berlari naik ke tingkat atas dengan wajah yang memerah, macam mana dia boleh lupa apa yang dia pakai ni?

Haq hanya ketawa kecil sambil geleng kepala, dia memandang ke arah empat sahabatnya semula. Masih lagi dalam posisi tutup mata dan pandang ke arah lain, kalau diorang terus tenung bini dia tadi memang arwah terus empat sahabat dia ni. Kawan tak kawan, bini aku tak boleh dikongsi.

"Dah boleh buka mata ke? Walaupun saya bukan seagama tapi saya segan tengok perempuan terlebih seksi macam tu."kata Raizo dengan tapak tangan Dheo masih di matanya, Dheo yang masih pejam mata itu turut mengangguk setuju dengan Raizo bersama Nathan dan Que.

"Dah, buka mata korang. Bini aku dah naik atas."kata Haq mendatar.

Masing-masing terus menarik nafas lega, walaupun masih belum berpunya tapi mereka kena jaga gap masing-masing. Lagi-lagi kalau isteri kepada Dizran Al-Haq, boleh hilang kepala kalau cari pasal.

"Get in and tell me who is the culprit."kata Haq, tidak sabar pula dia mahu tahu siapa yang menyebabkan dia hilang masa bersama isteri dan anaknya lapan tahun yang lalu.

Mereka menurut dan masuk semula ke dalam villa Haq dan Dareeka, ruang tamu terus dituju kemudian terus masing-masing mengambil tempat untuk duduk di sofa.

Dalam masa yang sama, Dareeka turut turun bersama tracksuit kerana pakaiannya di villa dia dan suaminya itu agak sangat tidak ramah. Jadi, dia pakai baju sukan sahaja memandangkan itu yang paling sopan.

"Come."tangan isterinya ditarik lalu Dareeka duduk di riba suaminya sambil memandang ke arah mereka.

"Haih...nasiblah ada kawan yang suka bitter orang yang belum kahwin ni. Kalau tak kerana ada hal penting, sudah lama aku terjun kolam depan rumah tu."Raizo mencebik sambil menongkat dagu, pasrah.

Nathan, Dheo dan Que geleng, ada-ada sahaja perangai kawan mereka yang gila ni.

"So, tell me. Siapa punya kerja?"Haq kembali ke topik asal, dia ingin tahu siapa dalang di sebalik insiden yang lepas.

"Kitorang harap kau tak terkejut."kata Nathan tenang.

"Kenapa?"Dareeka menyoal sebelum suaminya bersuara.

"Sebab dalang dia ialah..."

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now