𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 44

6.3K 411 50
                                    

"COMELNYA anak-anak akak. Untunglah akak dah ada 3 hero dah, campur suami akak dah 4."puji Layla, dia menatap wajah Ezran dan Ezfan dengan penuh minat. Jari jemarinya sengaja mencuit perlahan pipi gebu bayi kembar itu.

"Ala...Layla punya anak pun comel what? Hero juga kan?"sengaja Dareeka mengusik adik perempuannya.

Layla senyum sambil menganggukkan kepala, dia memandang Dheo yang sedang mendukung anak lelakinya. Lelaki itu sedang berbual dengan Haq.

Dareena atau sekarang lebih dikenali dengan nama barunya, Layla Humeyra telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dua bulan yang lepas dan nama bayi itu ialah Arzhel Hidayat.

Nama itu diberi oleh Dheo memandangkan Dheo yang berada bersama Layla saat wanita itu melahirkan Arzhel.

Dia ukir senyum melihat Dheo menjaga Arzhel, sepanjang dia berpantang pun lelaki itu tetap ada untuk dia dan anak lelakinya walaupun sibuk dengan kerja untuk ulang alik dari Russia ke Jepun semata-mata untuk memastikan mereka berdua dalam keadaan selamat.

'Untung siapa dapat awak, Dheo.'bisik hati Layla dengan mata masih tertumpu pada Dheo yang sedang menggendong Arzhel.

Lihat adiknya itu tersenyum, Dareeka tahu ada sesuatu yang berada dalam fikiran adik perempuan dia itu.

"Layla..."Layla tersentak saat kakaknya memanggil, langsung hilang lamunan dia tadi dan dia kembali memandang ke arah Dareeka.

"Ya kak?"

"Layla suka Dheo ke?"soalan itu buat tubuh Layla serta merta mengeras, dia memandang kakaknya dengan mata terkedip-kedip sambil otak cuba memproses kembali soalan yang baru sahaja kakaknya tanya sebentar tadi.

"Apa, kak?"Layla menyoal untuk meminta kepastian yang telinga dia tidak salah dengar.

"Layla Humeyra suka dengan Armadheo Elvian ke?"sekali lagi Dareeka menyoal tapi dengan meletakkan nama penuh Layla dan Dheo, biar Layla tahu soalan dia masih sama.

Terus wajah Layla merah mendengar soalan itu, otak tiba-tiba tidak boleh berfungsi untuk memberi jawapan kepada soalan kakak dia.

Dareeka ketawa kecil lihat reaksi adiknya, kalau tidak kerana berpantang mahu berguling dia ketawa tengok muka adik dia tu. Dia mengesot sedikit ke kanan tanpa mengganggu Ezran dan Ezfan yang sedang lena itu lalu sebelah tangan menggamit tangan Layla.

"Kalau suka, terus terang. Bukan mudah nak jumpa lelaki yang jaga Layla macam Dheo, that's one in a million. Just like your brother-in-law."dalam menasihati Layla, sempat lagi Dareeka puji suami dia.

Layla diam, bukan dia tidak suka Dheo tapi dia rasa macam dia sendiri tidak layak untuk bersama dengan lelaki itu. Dia bukan seorang perempuan yang baik tapi dia cuba berubah cuma untuk bersama Dheo adalah sesuatu yang mustahil untuk seorang Layla Humeyra.

"Well...I do like him but I don't want him to like a woman like me, perempuan yang pernah rosak."kata Layla perlahan namun masih dapat sampai ke telinga Dareeka.

Dareeka geleng kepala, dia menyentuh kepala adik perempuannya yang sudah berhijab itu kemudian digosok beberapa kali seperti anak kecil.

"Adik, there's no one who is perfect in this world. Have you ever told your feelings to Dheo?"Layla geleng kepala.

"Then why adik cakap yang adik tak layak untuk Dheo when adik sendiri pun masih belum confess kat dia."

"But...-"

Belum sempat Layla mahu membalas, satu suara garau mencelah.

"Kenapa kau suka aku tapi kau pendam?"Dareeka dan Layla menoleh memandang ke arah pemilik suara.

Dheo yang mendukung Arzhel bersama Haq berada di sebelah menayangkan senyuman nipis.

"Err..."Layla mati kata, dia terus menunduk bermain dengan jari jemarinya.

Haq yang berada di sebelah sudah memberi isyarat mata untuk Dheo buat apa yang dia cakap tadi dan Dheo menganggukkan kepala tanda faham dengan isyarat itu.

Dheo mendekat dan melutut di hadapan Layla yang sudah menunduk malu, dia dengar apa yang Layla dan Dareeka bualkan sedari tadi.

"Kau suka aku?"soal Dheo membuatkan Layla ketap bibir.

Haq sudah berlabuh di sebelah isterinya yang menekup mulut menanti apa yang adik dia akan jawab. Excited!

"Come on...Layla, aku tunggu jawapan kau ni...do you like me?"Layla geleng kepala.

"I don't like you..."Dheo bungkam sejenak, dalam hati sudah rasa diri ditolak oleh Layla.

"But I love you."sambung Layla membuatkan Dheo terkedu untuk beberapa detik.

"Pardon?"Layla senyum lucu melihat reaksi Dheo, dia membetulkan posisi duduknya lalu dia memandang ke arah Dheo dan anak lelakinya.

"I don't like you but I love you, Armadheo Elvian."dan itu membuatkan Dheo tersenyum, dia mahu melompat tapi Arzhel sedang tidur. Buat pasal sahaja kalau bayi itu bangun.

Dareeka sudah menepuk peha suaminya beberapa kali kerana tidak mahu menjerit teruja, risau si kembar bangun. Haq pula senyum sambil merelakan peha dia jadi mangsa tamparan isteri yang teruja, janji tak kejut bayi sudah.

"Kalau kau sayang aku, jom kahwin. Aku tak rasa aku boleh duduk diam kalau aku jauh dari kau and baby Arzhel. You're both my world now."ajak Dheo membuatkan Layla tersenyum.

"Jom, kita kahwin esok."

"Okay, aku uruskan sekarang."Dheo keluarkan telefon lalu menyerahkan Arzhel pada ibunya.

"Amboi kau, bini aku baru pantang. Esok juga kau nak kahwin dengan adik ipar aku?"soal Haq.

"Ala, nikah je. Majlis tu nanti-nantilah baru fikir. Buat yang wajib dulu."kata Dheo selamba.

"Layla okay ke esok kahwin?"soal Dareeka.

"Dah dia yang ajak, gila tak okay."Haq mencelah membuatkan Layla tersengih.

Dareeka ketawa kecil manakala Haq sudah geleng kepala, esok juga eh nak kahwin? Bapak gelojoh dua orang ni. Dareeka pula sudah tarik-tarik baju Layla membisikkan tips-tips memikat suami pada Layla, nampak jugalah wajah Layla merah mendengar tips kakak dia.

"Eh abang, Irvan mana?"Dareeka baru perasan yang anak sulung mereka tiada bersama suaminya.

"Irvan? Tu tengok kat luar tu."terus mereka memandang ke arah luar rumah.

"Abang Irvan ni Ferza punya!"

"Mana ada! Mr boyfriend ni Aufiya punya!"kelihatan Ferza dan Aufiya sedang merebut Irvan di tepi kolam, anak sulung Haq itu sudah pasrah menjadi rebutan budak-budak itu.

"Anak perempuan kau gatal do, duda. Anak si king tu pun sama."kata Raizo sambil hirup air kotak mango.

Xariel sudah panas hati tengok anak dara dia, gatal sungguh kamu ya Aufiya Fareena. Andara pula hanya mampu ketawa sambil usap lengan suaminya, tahu yang laki dia sedang cemburu anak perempuan berebut lelaki walaupun baru 6 tahun.

'Kau tengok anak kau gatal.'bisik Feroz dalam fikiran.

'Eh itu anak kau juga tau, Feroz. Ingat sikit nama dia Ferza Nadine Hades.'Niel turut bersuara manakala Nathan hanya diam sambil geleng kepala, susah anak dara sorang ni gatal tak bertempat.

"Habislah kau, Nathan. Anak perempuan kau kecil-kecil dah pandai berebut lelaki, masalah lepas ni."Que turut bersuara memberi pendapat, dia pun single lagi sebab dia bercinta dengan negara. Bercinta dengan orang? Lambat lagi.

"Anak kita dah jadi rebutan dah, bang."kata Dareeka.

"Tengoklah papa dia siapa."Haq tayang muka bangga.

"Eeee berlagaknya."

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now