"HAI papa Haq!"sapa satu suara yang amat dikenali melalui panggilan video itu, Haq ukir senyum nipis melihat wajah Aufiya menghiasi skrin telefonnya.
"Hai sugar."sapa Haq.
"Bila papa nak balik? Fiya rindu papa ni..."ujar Aufiya dengan wajah mencebik membuatkan Haq ketawa kecil.
"Nanti papa balik tapi papa balik dengan mama."dahi Aufiya berkerut.
"Mama?"soalan itu buat senyuman Haq melebar, dia memandang ke arah Dareeka yang sedang menjengah di pintu itu kemudian dia memanggil isterinya untuk merapat.
"Come here, bunga."
Dareeka menurut, dia merapat ke arah suaminya dan kini Aufiya dapat melihat wajah mama angkatnya di dalam skrin telefon ayahnya.
"Papa, ini mama yang dalam gambar kat villa papa tu kan?"soal Aufiya, dia selalu ke villa Haq untuk meluangkan masa dengan papa angkat dia dan bilik yang menyimpan potret wajah Dareeka sentiasa menjadi destinasi Aufiya setiap kali dia datang ke villa itu.
Dareeka pandang Haq bingung. Potret? Villa? Apa ni?
Haq yang faham dengan riak wajah Dareeka itu terus berbisik.
"Nanti aku cerita."Dareeka angguk kepala kemudian dia pandang skrin telefon suaminya semula.
"Ini mama Dareeka, wife papa and bunga papa."Haq memperkenalkan Dareeka pada Aufiya, terus mata bundar si gula kecil itu membulat bersama sinaran.
Excited.
"Hai mama Dareeka!"Aufiya melambai ke arah Dareeka.
Dareeka menayangkan senyuman kekok sambil membalas lambaian Aufiya, mahu tak kekok kalau si kecil tak berdosa ni hampir ditembak oleh Hill atas arahannya ketika mengugut Haq untuk balik ke Jepun.
"H...Hai."sapa Dareeka perlahan.
"Bila mama dengan papa nak balik Malaysia? Fiya dah bosan dah ni sorang-sorang kat sini takde kawan."belum sempat Dareeka mahu membalas, Haq sudah mencatas terlebih dahulu.
"Nanti papa dengan mama balik lepas honeymoon nanti."kepala Dareeka terus beralih menatap sisi wajah suaminya yang selamba itu.
"Ocey...daddy dah panggil. Bubye mama, bubye papa."Aufiya melambai sambil membuat flying kiss ke arah Haq dan Dareeka sebelum panggilan diputuskan.
"So...mind to tell me?"Dareeka masih memandang suaminya.
"Apa? Betullah yang aku nak honeymoon dengan kau dulu, bunga. Lepas tu baru kita balik Malaysia."
"Okey but apa benda yang Aufiya cakap pasal potret? Also, villa?"Dareeka menyoal Haq membuatkan lelaki itu menayangkan senyuman.
Ditarik isterinya lalu disandarkan pada dada, bahu diusap lembut sebelum Haq bersuara dengan nada yang tenang.
"Aku ada satu villa yang aku bina sendiri kat Malaysia, and there's one room in the villa that I use to put a picture of you."Dareeka memandang wajah suaminya.
"Picture of me?"Haq angguk kepala.
"Kalau aku rindu kau, aku akan tengok gambar tu sampailah rasa rindu tu hilang but I was wrong because I can't stop missing you even you're here with me now."terang Haq membuatkan hati Dareeka rasa terharu, terus tangan merangkul tubuh suaminya dengan erat.
"Bunga pun rindu suami bunga ni."katanya perlahan dengan wajah yang merah.
Haq ketawa kecil, dia membalas pelukan isterinya sambil ubun ubun wanita itu dikucup lembut sebelum mata mereka saling bertatapan.
"Soon...after urusan aku selesai, kita dengan Irvan will be a family. Including a few children that will be coming."kata Haq sambil mengusap perut Dareeka membayangkan isterinya itu seperti sedang mengandung.
Dareeka angguk kepala, dia juga mahu apa yang suaminya itu katakan menjadi kenyataan iaitu untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia.
DHEO dan Raizo meneliti video yang baru dikirim oleh Nathan melalui emel, video yang Dheo minta pada duda itu agar menampakkan sosok tubuh yang berada berhampiran kawasan kemalangan Haq 8 tahun yang lalu dengan lebih jelas.
"Ducati Panigale dengan nombor plate S1881."kata Dheo perlahan.
"Shit...mana kita nak cari motor ni? Jenuh ni nak cari kalau sejuta orang dalam Jepun ni ada motor yang sama."Bebel Raizo, dia memandang ke arah Dheo yang sedang melihat skrin laptop itu.
"Kau ada plan, Dheo?"soal Raizo.
Dheo pandang Raizo sejenak sebelum dia kembali tertumpu pada skrin, terus dia mengeluarkan telefon kemudian dia menghubungi seseorang.
"Dapatkan aku info owner motor model Ducati Panigale, plate number S1881. Bagi aku the detail as soon as possible."arah Dheo pada seseorang melalui panggilan telefon tersebut.
"Yes boss."suara dalam panggilan itu menyahut sebelum Dheo mematikan panggilan, dia memandang ke arah Raizo dengan wajah tanda semua sudah diuruskan.
Raizo tayang muka menyampah, mentang-mentang kaya harta tak habis.
"Eh kejap, tapi benda 8 tahun lepas boleh ke dapat detect owner dia? Silap-silap owner pun dah boleh bertukar."Dheo termenung sejenak, betul juga apa yang orang gila ni cakap.
"Tapi kita boleh dapat tahu the exact owner kalau owner betul tu yang jual motor dia pada orang lain."sambung Raizo.
Kali ni Dheo rasa nak tepuk tangan beberapa kali, tidak jangka yang otak Raizo akhirnya berfungsi dengan baik.
"Tak sangka..."
"Tak sangka apa?"
"Dalam bodoh dan gila kau pun ada bijaknya."kata Dheo selamba membuatkan Raizo mencebik sambil bercekak pinggang, air kotak diambil sambil menjeling lelaki kaya harta tak pernah habis itu.
'Tahulah aku ni orang gila tapi aku pun pandai juga tau, dasar Dheo tak guna.'perli Raizo dalam hati, dihirup air kotak itu sehingga kempis sebelum dibuang ke tong sampah.
Dheo masih dengan wajah selamba sebelum telefonnya berbunyi, dia mengeluarkan telefon dari dalam poket. Sangkanya orang yang dia minta untuk cari maklumat, tapi Nathan yang menghantar pesanan padanya.
"Raizo."Raizo yang sedang main nintendo switch itu memandang Dheo dengan sebelah kening terjungkit, jari masih bergerak menekan konsol permainan video itu.
"Jom pergi airport, Nathan dengan Que dah sampai sini."kata Dheo perlahan.
"Ala...suruh jelah diorang naik Grab. Teksi ke, bas ke. Aku tengah lawan boss ni."mata Raizo kembali memberi tumpuan pada permainan videonya.
Dheo hanya angkat kening sebelum dia melangkah ke peti sejuk. Peti sejuk itu dibuka kemudian satu plastik air kotak dicapai membuatkan perhatian Raizo teralih pada Dheo.
"Kau nak buat apa dengan air kotak aku?"soal Raizo.
"Kau nak ikut ke tak? Kalau kau tak ikut..."sengaja Dheo hulur plastik itu ke arah luar tingkap dapur dan membuatkan mata Raizo membulat.
"Okay! Okay! Aku menyerah! Aku ikut! Aku ikut!"Raizo menyerah, dia lebih sayang air kotak pelbagai perisa itu daripada permainan video kerana air-air kotak itu memberi dia ketenangan dan kemanisan dalam diri.
Dheo tersenyum puas hati dapat ugut Raizo.
'Padan muka, Raizo Laith.'
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...