𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 8

5.4K 453 29
                                    

"SO, kau kena menang manifesto untuk Arashikage kalau kau nak bebas?"soal Feroz berpeluk tubuh memandang ke arah Haq.

Haq angguk kepala.

"And that's the reason why you came back to Japan."kata Dheo, tipulah kalau dia tidak terkejut apabila Haq kembali ke tempat yang dia sendiri mahu tinggalkan dahulu.

"But, siapa yang heret kau balik sini?"soal Que.

"Kau rasa?"semua terus anggukan kepala tanda faham dengan balasan Haq.

"Dareeka."serentak mereka bersuara.

"Apa plan kau sekarang?"Raizo menyoal.

"Stay until I win the manifesto, lepas settle benda tu aku nak terus blah."jawab Haq tenang, itulah tumpuan utama dia sekarang. Sekurang-kurangnya dia bebas tanpa jadi orang yang diburu.

"Habis, Dareeka tu kau nak tinggalkan lagi ke?"Feroz menyoal membuatkan Haq terdiam, tidak jangka yang duda tu akan tanya dia soalan itu.

"Dia benci aku "senada sahaja Haq berkata.

"Benci?"mereka menyoal serentak mendapat anggukan dari Haq.

"Kalau dia benci, rasanya dia takkan ada depan hospital ni."Raizo menunjuk ke arah rakaman cctv membuatkan mereka serta merta mendongak memandang ke arah cctv.

Mata Haq sedikit meluas apabila melihat Dareeka yang bersandar di motor bersebelahan dengan motornya di hadapan pintu masuk hospital gila itu, macam mana pula dia tahu aku kat sini?

"Nama pun yakuza, Haq. Tak pelik kalau dia tahu kau kat mana sebab kau pun macam dia jugak, yakuza."Dheo berkata seakan tahu apa yang berada di dalam otak Haq sekarang.

Haq merengus perlahan, dia capai mask hitam lalu disarung pada wajah kemudian dia memandang ke arah Feroz, Raizo, Que dan Dheo.

"Aku pergi dulu, kalau aku perlukan apa-apa. Aku akan minta tolong korang nanti."kata Haq.

Mereka berempat menganggukkan kepala kemudian memerhatikan Haq yang keluar dari bilik itu hingga bayang lelaki itu hilang dari pandangan.

"Anak kau sihat, Feroz?"Feroz angguk kepala.

"Single tak?"

PAK!

PAK!

"Aduh kepala aku!"Raizo menggosok kepalanya yang ditampar bertubi-tubi oleh Dheo dan Que, dia menjeling mereka berdua.

"What the fuck?"

"His daughter is 3, idiot."kata Dheo geram, gila tak gila. Bodoh dia ni kejap okay kejap tak okay.

"Perempuan yang kau puja tu kau nak letak mana, jangan jadi pedo kalau tak aku sumbat kau dalam penjara."ugut Que.

Raizo mencebik, aku bergurau je.

Feroz pula hanya geleng kepala, nak pelik tapi itu Raizo Laith. Memang perangai betul orang gila yang sorang ni.

HAQ melangkah ke arah motornya kemudian dia naik, Dareeka yang bersandar pada motor bersebelahan motornya itu langsung tidak dipandang. Helmet dipakai dengan kepala masih tidak menoleh mahupun menjeling Dareeka.

Dareeka yang memandang Haq itu tiba-tiba rasa sebal apabila lelaki itu langsung tidak peduli akan kehadiran dirinya, mamat ni. Dia tak nampak aku ke babi?

Baru sahaja Haq ingin hidupkan motor, kunci sudah diambil oleh Dareeka membuatkan dia memandang ke arah wanita yang menayangkan wajah dingin itu.

"Kau tak nampak aku kat sini? Ingat aku tunggul ke?"soal Dareeka dingin.

Haq dengan mata terkedip-kedip di sebalik helmet full face itu mula menyeluk telefon dari dalam poket hoodie nya lalu menaip sesuatu sebelum ditunjuk pada Dareeka.

Dareeka mengerutkan dahi melihat tingkah Haq, dia melihat skrin telefon lelaki itu kemudian dia membaca yang yang tertera pada skrin tersebut.

'Kau kata jangan dekat dengan kau, aku anggap kau tak wujud terus.'

Hati Dareeka membara walaupun dalam masa yang sama terpukul dengan ayat yang dia sendiri cakap pada Haq semalam.

"Kau dah memang bisu ke apa cakap guna phone? Tekak dah hilang?"soal Dareeka dengan nada menyindir.

Haq tidak membalas, dia kembali menunduk kemudian dia menaip sesuatu sebelum ditunjuk skrin telefonnya pada Dareeka. Wanita itu membaca tulisan dalam skrin itu.

'Kau tak bagi aku cakap dengan kau. So, aku typing.'

Sekali lagi Dareeka rasa terpukul dengan ayat sendiri, dia menjeling tajam ke arah Haq yang sedang menghulurkan tangan meminta kunci motornya.

"Kau jumpa siapa?"soal Dareeka.

Haq geleng kepala tanda tiada siapa.

"Jawab pakai mulut, bukan pakai kepala."Haq geleng kepala lagi, dia memang taknak bercakap dengan Dareeka.

Dareeka geram, lelaki ini seakan mencabar dia pulak sekarang ni. Sedang dia rasa macam nak hempuk helmet pada Haq, terus dia dapat idea apabila dia memandang ke arah superbike miliknya dan superbike yang diduduki Haq.

"Kita race, kalau kau kalah aku nak tumbuk muka kau sepuas hati aku. Kalau kau menang, kau cakap apa yang kau nak."Haq memandang ke arah Dareeka, wanita ni ajak dia race?

Dia menjengah ke arah langit.

Mendung macam nak hujan.

Dareeka turut menjengah, terus dia ukir senyuman sinis apabila dia lihat langit yang mendung itu. Mata kembali memandang ke arah Haq.

"Kenapa? Kau takut hujan ke? Takut jatuh motor or accident? Such a coward."sindir Dareeka.

Baru dia mahu menapak ke superbike nya, lengannya ditarik kemudian kunci dirampas membuatkan Dareeka terpinga-pinga melihat Haq menghidupkan enjin superbike itu.

VROOM!

VROOM!

Bunyi ekzos mengaum kuat itu membuatkan sebelah kening Dareeka terjungkit, nampaknya dia sudah berjaya umpan Haq untuk menerima cabarannya.

"Well...well...you accept my challenge."kata Dareeka sambil naik ke atas motor, enjin dihidupkan sebaik sahaja helmet full face sudah tersarung pada kepalanya.

Dareeka tidak mahu kalah apabila bunyi ekzos superbike Haq mengaum lagi sehingga menarik perhatian semua orang yang berada di dalam hospital itu.

POM!

Bunyi guruh mula menyapa gegendang telinga mereka, nampaknya mereka sudah diberi isyarat yang akan berlaku hujan yang sangat lebat sebentar lagi.

"One more thunder and the race begins. The finishing is at the Arashikage's mansion."kata Dareeka kuat apabila hujan mula turun dari langit dengan lebat.

Haq hanya mendengar tidak membalas, tumpuan diberikan pada hadapan menunggu isyarat panahan petir dari langit untuk dia memulakan perlumbaan jalanan bersama dengan Dareeka.

POM!

Seraya itu, motor Haq dan Dareeka laju bergerak keluar dari hospital meredah hujan lebat bertemankan kilat itu.

Haq menunggang dengan laju apabila dia memulas throttle, gear ditukar untuk melajukan lagi motornya meninggalkan Dareeka namun wanita itu tidak kalah apabila jarak antara mereka hanya seinci sahaja di belakang.

Mereka menyusup di celahan kereta dengan laju dan melanggar lampu isyarat, mereka tahu polis tidak akan kejar kerana kelajuan motor mereka lebih tinggi sekarang ini dan mustahil untuk dikejar.

Sampai di satu selekoh tajam, Dareeka mahu memotong namun dia tidak sengaja berlanggar dengan motor Haq membuatkan motor yang ditunggang lelaki itu hilang kawalan sejenak lalu...

BAM!

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now