"KAU dah tanya dia?"soal Haq pada Que.
Que geleng kepala.
"Adik bini kau tu keras kepala and berat mulut, aku dah cakap dengan dia tapi macam aku tengah cakap dengan tembok bilik tu."ujar Que, nasib baik perempuan. Kalau tidak, memang lunyai dia kerjakan untuk mendapatkan jawapan yang dicari.
Haq pandang Dareena yang berada di dalam, wajah wanita itu kelihatan selamba sahaja walaupun ada bengkak dan sisa darah di hujung bibirnya.
"Aku rasa...biar wife kau yang bercakap dengan dia, mana tahu dia nak buka mulut lepas ni."cadang Que, tak pasti kalau boleh menjadi ataupun tidak jika Dareeka yang bercakap dengan Dareena.
"I'll do it."kepala Haq dan Que pantas melihat Dareeka, entah bila wanita itu berada berhampiran dengan mereka.
"Be careful."pesan Haq pada isterinya sebaik sahaja wanita itu mahu masuk ke dalam bilik.
Dareeka memandang suaminya, lengan yang dipegang suaminya itu ditepuk lembut beberapa kali sebelum dia bersuara dengan nada yang tenang.
"It's gonna be fine, Haq. Bunga can handle this, she's my sister."Haq angguk kepala dan membenarkan isterinya untuk masuk ke dalam bilik itu.
Que hanya perhati sahaja, lupa agaknya yang ada member tengah bujang kerana sibuk dengan urusan negara.
Masuk sahaja Dareeka ke dalam bilik itu, Haq dan Que menutup pintu untuk memberi dua beradik itu ruang sementara mereka berada di luar bilik tersebut.
Dareeka memandang Dareena yang turut memandangnya.
"Long time no see, little sister."
Dareena tidak membalas, dia memandang tajam sahaja ke arah kakaknya yang sudah lama tidak dia ketemu.
"Mind to tell me mana kau pergi selama ni? Suddenly muncul and serang Keito."terus sahaja Dareeka melompat ke topik utama, tiada masa untuk mereka berdua melencong sekarang.
Dareena ukir senyum sinis.
"Kau ingat aku nak sangat datang sini and serang orang tua tu? Aku sendiri pun tak ingin nak ada kat sinilah."katanya.
"Then, kenapa kau kat sini? Sebab Zeph suruh?"terdiam terus Dareena apabila kakaknya bertanya begitu.
Melihat reaksi Dareena yang terdiam itu, tahulah Dareeka yang dia sudah tanya soalan jackpot pada adiknya. Bermaksud, apa yang dia tanya itu soalan yang betul dan tepat.
Langkah dibawa mendekati adik perempuannya itu.
"Tell me, apa rancangan korang sebenarnya?"soal Dareeka mendatar, tangan terletak elok dalam poket seluar kulit yang dipakai olehnya.
Dareena tidak menjawab, hanya senyuman sinis yang dia tayangkan pada soalan yang kakaknya berikan.
"Kalau aku taknak cakap, kau nak buat apa? Seksa aku? Go on, aku tak kisah pun."kata Dareena.
Dareeka jongket sebelah kening.
"Kau nak mati sangat ke? Kenapa? Sebab Zeph?"
"Kalau aku nak mati sekarang ke, sebab Zeph ke...kau peduli apa? Sampai aku hilang nyawa pun aku takkan cakap!"bidas Dareena.
"Betullah orang cakap, kalau dah buta dengan cinta...benda bodoh pun sanggup buat. Contohnya macam kau sekarang ni, bazir nyawa kau untuk lelaki yang belum tentu akan ada dengan kau."seloroh Dareeka.
"Apa kau cakap?"suara Dareena kian meninggi, hati membara apabila Dareeka berkata begitu seakan mahu meledakkan dirinya sekarang ini.
"I said the truth, jangan jadi bodoh and cakap apa yang Zeph rancang sebenarnya."Dareeka sudah tidak mahu berbual kosong dengan adik perempuannya ini, dia hanya mahukan jawapan yang penting sekarang.
"Aku dah kata yang aku takkan ka-"terhenti kata-kata Dareena apabila ada satu objek yang berada di tangan Dareeka terhala padanya, terus matanya membulat melihat objek itu.
"Macam mana kau dapat benda tu?"
"Dia tak tahu, kan?"soal Dareeka melihat perubahan wajah Dareena, nampak sangat wanita itu terkejut dengan apa yang berada dalam tangan dia.
"Aku tanya macam mana kau dapat benda tu?"
"Even aku tak ambik tahu pasal kau tapi orang-orang Arashikage ada untuk intip kau, kau je tak perasan dan apa yang ada kat tangan aku sekarang ni ialah hasil geledah apartment kau puaskan Zeph."tidak bertapis Dareeka berkata sebab apa yang keluar dari mulut ialah satu fakta hasil intipan orang-orang Arashikage sendiri.
Dareena terdiam sekarang ini, dia sudah buntu apabila benda itu berada dalam tangan Dareeka.
"Sama ada kau cakap atau kau dalam masalah besar kalau Zeph tahu pasal ni."
"Go tell him then, aku berani jamin yang dia akan datang and destroy this place for me."dengan penuh yakin Dareena berkata.
"Kau rasa dia peduli pasal budak tu sedangkan kau sendiri tahu yang dia nak aku."kali ini Dareena diam, tidak jangka itu serangan balas daripada mulut kakaknya.
Setapak Dareeka mendekat.
"Listen here, little sister. Even dia janji tak tinggal kau, kau boleh jamin ke dia nak tanggung anak ni bila dia dapat tahu? Silap-silap dia bunuh kau sebab dia tahu kau dah jadi salah satu penghalang untuk dapatkan aku."
Dareena sentap dengan ayat Dareeka, nak membantah pun dia tak boleh kerana apa yang kakaknya kata itu adalah benda yang betul. Lelaki itu obses dengan Dareeka dan dia akan dibunuh bersama kandungan ini tahu Zeph mengandungkan anak lelaki itu.
"So...kau nak cakap atau tak? It's for you and your baby safety."Dareeka cuba kompromi, lebih mudah urusan dia jika adik perempuannya ini memberi kerjasama.
Dareena diam sejenak membuatkan bilik itu sunyi tanpa sebarang suara, hanya bunyi nafas sahaja yang kedengaran itu pun tidak terlalu kuat.
Selepas beberapa minit mendiamkan diri, Dareena mendongak kemudian dia memandang ke arah Dareeka yang sudah memeluk tubuh menanti dirinya untuk memberikan kata putus.
'Apa lagi yang kau ada Dareena...Zeph tak cintakan kau dan kau dengan baby yang tak bersalah ni akan jadi mangsa bunuh bila jantan tu tahu yang kau usung anak dia dalam perut ni.'hati Dareena mula bersuara, sekarang pilihan berada di tangan dia. Sama ada dia mahu hidup ataupun mati, dia yang perlu tentukan.
Mata dipejam kemudian nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan, mata hitamnya saling bertembung dengan mata Dareeka lalu dia bersuara dengan nada yang perlahan.
"Aku akan beritahu apa yang aku tahu tapi korang kena pastikan yang aku dengan baby ni selamat dari Zeph."Dareena sudah memberi kata putus.
Dareeka senyum senget, good choice. Dia melangkah kemudian membuka ikatan pada tangan dan kaki Dareena untuk memberi wanita itu keselesaan dalam menjawab soalan.
"Now tell me, what is his plan?"
"Not just he, but them..."
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...