𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 14

5.6K 476 10
                                    

DAREEKA memandang ke arah luar tingkap kereta, dia dan Keito dalam perjalanan ke sebuah kawasan terpencil kerana malam ini ialah malam yang mereka telah nantikan.

Malam di mana mereka akan bermanifesto.

Haq berada di kereta lain, sepatutnya dia perlu naik satu kereta dengan Dareeka tapi dia bertegas tidak mahu naik satu kereta dengan wanita itu dan wanita itu tidak berkata apa, diam sahaja dia naik bersama Keito.

"Kenapa kau senyap? Kau ada masalah ke?"soal Dareeka.

Dareeka memandang Keito dengan tatapan yang kosong, dia menghela nafas panjang sambil bersandar pada kerusi kereta tersebut.

"Kau dah sedia ke nak hadap apa yang akan jadi bila Haq keluar dari kereta tu? Kau pun tahu berapa ramai yang nak dia sebagai senjata diorang?"Dareeka menyoal.

Keito hanya tayang wajah tenang.

"That's the risk yang kita kena ambil, kalau kita sorok dia pun orang akan tahu and it will be the same. Kau berharap jelah manifesto kita ni akan berjalan dengan lancar."

Dalam hati Dareeka, dia sudah berbisik kalau manifesto ni berjalan lancar, memang berjalan lancarlah untuk dia bersatu dengan Takeshi selepas acara itu tamat walaupun dia taknak.

Melihat wajah kosong Dareeka itu, Keito seperti melihat ada sesuatu yang bermain di dalam fikiran wanita itu lalu dia berkata sesuatu.

"Ada benda yang kau nak ke lepas manifesto ni?"Keito menyoal Dareeka dengan nada yang tenang.

Dareeka terkedu, tidak menyangka soalan itu yang Keito tanya padahal sebelum ini tak pernah lagi dia mendengar lelaki berusia itu bertanya tentang kemahuan dirinya.

Dia berfikir sejenak, Keito kembali dipandang.

"Aku -"belum sempat dia berkata, suara Satoru telah mencelah terlebih dahulu membuatkan ayat Dareeka tergantung.

"Tuan Keito, cik Dareeka. Kita dah sampai."serentak mereka menoleh ke arah sebuah gudang yang terpencil di tengah-tengah hutan, ada kereta-kereta mewah yang sudah terletak elok di kawasan itu menandakan kumpulan-kumpulan lain sudah tiba.

Kereta-kereta yang dipandu Arashikage itu berhenti, kemudian mereka mula keluar dari kereta masing-masing dan mereka semua disambut oleh seorang wanita berpakaian sut.

"Welcome, Arashikage. Let's go in, everyone is waiting for you."sapa wanita itu pada mereka.

Semua mula bergerak mengiringi Dareeka dan Keito manakala satu lagi kumpulan mengiringi Haq, kepala lelaki itu sudah ditutup dengan hoodie dan dia akan buka saat manifesto bermula.

Masuk sahaja ke dalam, mereka lihat ramai orang sudah berkumpul di dalam gudang itu dan mereka semua membuka ruang yang besar di tengah-tengah.

Arashikage dibawa ke satu sudut yang memang khas untuk kumpulan itu berkumpul dan saat mereka melangkah, semua mata tertumpu pada mereka lagi-lagi pada Dareeka yang kelihatan jelita memakai kimono dengan rambut sanggul tapi mereka tahu Takeshi akan menjadi suami kepada wanita itu.

Takeshi terpegun memandang wanita jelita Arashikage itu tapi dia mula memandang lelaki yang memakai hoodie itu apabila dicuit oleh bapanya untuk melihat.

"Siapa tu?"soalnya.

"Nampak macam wakil untuk Arashikage."balas Takeda.

"We'll see who he is when he enters the ring."balas Takeshi dengan nada sinis, tak sabar pula dia mahu melihat siapa wakil Arashikage itu.

Semua dalam keadaan riuh rendah menantikan seseorang untuk muncul lalu muncul satu sosok tubuh lingkungan 50-an berpakaian kimono di tengah-tengah kawasan yang dikelilingi orang-orang tadi.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now