DAREEKA menikmati aiskrim yang dibeli oleh Haq dengan penuh selera sambil dia bersandar di bahu suaminya kerana dia mahu menghidu bau badan Haq, rasa tenang sambil dia makan aiskrim.
"Nice?"soal Haq sambil mengelus rambut isterinya ke belakang telinga, Irvan tiada bersama mereka kerana anak lelaki itu mahu tidur di dalam bilik sendiri. Jadi, Mak Som sediakan satu lagi bilik khas untuk Irvan.
"Nice...abang nak?"Haq geleng kepala tatkala sudut disua padanya. Dareeka mencebik apabila pelawaannya ditolak oleh suaminya.
"Ala...please...untuk bunga dengan baby?"Haq hela nafas, dia tidak gemar benda manis tapi untuk isterinya jadi dia relakan sahaja.
"Okay, abang makan."terus muncung itik Dareeka berubah menjadi senyuman lebar apabila suaminya mahu menerima suapan aiskrim dari dirinya.
Sudu aiskrim vanilla itu disua pada mulut suaminya, Dareeka cuba menahan tawa melihat Haq telan aiskrim itu. Boleh nampak yang suaminya itu memang jarang sekali mahu makanan manis lagi-lagi aiskrim, tapi sekarang Haq kena biasakan diri makan benda-benda manis selepas ini.
"Sedap?"sengaja Dareeka menyoal.
Haq senyum paksa.
"Sedap..."
"Nak lagi?"
"Boleh, bunga."satu lagi sudu disua pada mulut Haq dan lelaki itu merelakan sahaja. Kata Mak Som, apa yang isteri mengidam tu cuba dapatkan atau tunaikan. Kalau tidak, kempunan mamanya nanti.
Dan sekarang, Haq menurut apa sahaja yang Dareeka mahu. Walaupun tak mengandung, dia tetap akan tunaikan apa yang isterinya itu mahukan.
"Abang..."Haq menunduk memandang isterinya.
"Ya bunga?"
"Bunga dah ngantuk, bunga dengan baby nak tidur."rengek Dareeka, perlahan-lahan tangan mulus wanita itu menggosok mata namun ditahan oleh Haq.
"Jangan gosok mata macam tu, nanti sakit."Dareeka sengih, Haq hanya menggelengkan kepala sahaja melihat isterinya.
Bekas aiskrim tadi dicapai, dia lihat sudah tinggal setengah lagi aiskrim vanilla itu. Berapa laju isteri makan sampai tinggal setengah, lagi dua suap memang habis terus aiskrim ni.
Haq tutup bekas aiskrim itu, diletak di tepi sebelum dia baring bersama Dareeka. Dadanya dijadikan bantal utama isterinya seraya tangan wanita itu melingkar di pinggang siap dia menghidu lagi bau badan Haq.
"Comfy?"
Dareeka angguk kepala, wajah menyembam pada dada suaminya sambil hidu bau badan suami. Seksi betul baunya.
Haq kucup ubun-ubun isterinya, tangan dilingkar kemudian memeluk erat pinggang wanita itu.
"Goodnight bunga abang."
"Goodnight abang."
PELUH mengalir di pipi Irvan, dia pandang Haq yang turut mengalirkan peluh sambil kedua belah tapak tangan memegang kepala lutut. Kepala kembali memandang hadapan kemudian dia pandang papa dia semula.
"Papa betul ke mama nak ni?"soal Irvan.
"Betul, kalau mama tak dapat memang papa kena halau tidur luar rumah Tok Sah nanti."kata Haq dengan mata masih tertumpu ke arah hadapan.
Irvan pasrah, kesian juga dengan papa dia sebab mama dia dah ugut kalau tak dapat daging lembu yang disembelih oleh papanya...memang alamat papa tidur luar rumah Tok Sah ni.
Tabah papaku.
"Ready Irvan? Atuk dah datang bawak lembu mengganas tu."Irvan memandang Tok Sah yang sedang berlari dan di belakang ada lembu gila yang sedang mengejar.
Ya, mama dia mengidam daging lembu gila.
Haq sudah bersedia memegang parang manakala Irvan sedia dengan tali untuk mengikat kaki lembu walaupun kebarangkalian untuk dia kena tendang dengan lembut gila itu tinggi, memang tinggi sebab dia budak kecil umur 7 tahun.
"Now!"Tok Sah mengesot antara dua beranak itu lalu Haq menarik tali bersama Irvan dan berlari ke arah lembu gila itu. Nasib mereka baik apabila lembu gila itu tersarung tali mereka dan bergolek di atas tanah.
Tidak menunggu lama, terus Tok Sah mencapai satu lagi tali kemudian mengikat lembu itu dengan Irvan. Haq mendekat bersama parang tadi lalu melutut di hadapan lembu yang sudah terbaring dalam keadaan diikat itu.
"Bismillah..."selepas melafaz, Haq terus sembelih lembu itu.
Irvan dan Tok Sah sudah duduk mengah di tepi, gila tak mengah kalau nak tangkap lembu gila? Dahlah pakai baju merah, lagi menggila lembu seekor ni.
Selepas siap sembelih, Haq bangun kemudian memandang anak lelakinya dan Tok Sah.
"Jom balik, mama Irvan dah tunggu dah tu."kata Haq.
Irvan menurut, dia bangun bersama Tok Sah.
"Gila betul bini kau ni, Haq. Mengidam nak makan daging lembu gila, Mak Som kau pun dulu ngidam paling teruk pun dia minta aku panjat pokok kelapa sebab dia nak tengok aku jadi beruk."seloroh Tok Sah sambil gosok belakang, sakit sebab sliding atas tanah tadi.
Irvan pula tahan tawa, teruk jugak orang ngidam ni sampai suami sendiri diminta jadi beruk sebab rindu.
"Sayang isteri, tok..."kata Haq dengan satu senyuman nipis, dia dah janji yang dia nak tunaikan apa sahaja yang isteri dia minta asalkan bukan benda yang tidak sepatutnya.
Sampai sahaja di rumah, terus wajah Dareeka muncul dari dapur saat melihat Haq masuk ke dalam rumah. Berlari anak dia naik ke ruang tamu kemudian memeluk tubuh suaminya.
"Eh bunga...abang belum mandi, peluh dengan bau darah ni...busuk."kata Haq terkejut, dia pandang Irvan yang sudah tutup mata sambil meminta Tok Sah bawa dia ke dapur bersama daging lembu tadi. Tidak sanggup dia tengok adengan mama papa dia.
"Mana ada busuk, bunga suka bau badan abang bila belum mandi. Sexy betul bau dia, kalah perfume."seloroh Dareeka sambil menghidu badan suaminya.
Haq geleng kepala.
"Dah, bunga turun dulu duduk kat dapur. Abang nak mandi bersihkan diri lepastu masak daging lembu gila yang bunga minta tu."Haq melonggarkan sedikit pelukan.
Dareeka mendongak kemudian dia angguk kepala dengan senyuman.
"Okay, cepat sikit mandi. Bunga nak peluk abang lagi ni, tak puas ni peluk suami hensem kita ni."kedua belah pipi Haq dicubit dan digerak ke kiri dan kanan oleh Dareeka macam budak kecil.
Haq ketawa kecil.
"Okay, abang mandi sekejap. Tunggu kat dapur, jangan buat benda pelik-pelik. Lepas tu nanti suruh Irvan naik bersihkan diri sekali, orang kuat abang pun membantu tangkap lembu tadi."pesan Haq mendapat anggukan dari isterinya.
Haq kucup dahi isterinya kemudian dia melangkah ke arah bilik tapi terhenti bila dia dengar rengekan isterinya, dia pantas menoleh memandang Dareeka.
"Kenapa, bunga?"
"Kenapa kiss dahi je? Kiss sini sekali."jari telunjuk Dareeka diletak pada bibir.
Haq geleng kepala, dia mendekati isterinya kemudian bibir isterinya itu dipagut untuk beberapa saat sebelum dilepaskan.
"Dah, pergi dapur. Lama-lama nanti jadi lain pula."pesan Haq mendapat anggukan dan tawa dari Dareeka.
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...