𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 34

4.8K 407 12
                                    

BANG!

BANG!

BANG!

Bunyi tembakan mula kedengaran di dalam ruangan itu, pantas yang lain berlari keluar dengan bantuan ahli kumpulan masing-masing walaupun sesetengah dari mereka memang tidak membawa senjata untuk perjumpaan ni.

Tapi sekarang, perjumpaan belum bermula tapi tembakan sudah dimulakan oleh pihak yang mereka langsung tidak tahu.

"Sniper!"jerit salah seorang dari mereka melihat ada banyak sosok tubuh di bangunan sebelah sedang mengacu sniper pada tingkap ruangan itu.

BANG!

BANG!

BANG!

"Looks like apa yang kita teka memang jackpot."Haq menarik Dareeka dan Keito untuk berlindung di sebalik tembok yang besar.

Zen turut berlindung sama.

Raizo dan Nathan sudah mengeluarkan Beretta M9 mereka, sedia untuk membalas tembakan tapi mereka perlu menunggu untuk penembak hendap di bangunan sebelah itu isi peluru kerana mereka sedang cari satu sasaran utama.

Dizran Al-Haq.

"Haq! Dareeka!"Haq dan Dareeka memandang Nathan yang menolak dua pucuk Beretta APX ke arah mereka, terus Dareeka menunduk mencapai pistol itu lalu diserahkan pada suaminya.

Tembakan mula dibalas oleh Haq.

BANG!

BANG!

"Kita kena keluar dari sini! Lagi masalah kalau kita stay!"cadang Keito dengan nada kuat dek kerana bunyi berbalas tembakan.

"Bunga...cover depan and bawa Keito, Haq dengan yang lain akan cover belakang."bisik Haq pada telinga isterinya, Dareeka angguk sekali sebelum dia memaut lengan Keito.

"Zen! Ikut sekali cover depan dengan Dareeka!"Zen menurut apa yang baru Haq katakan tadi.

"Raizo! Nathan! On me!"mereka berdua angguk kepala.

"3...2...1! Move!"serentak itu Haq, Raizo dan Nathan menembak ke arah tingkap yang memperlihatkan beberapa sosok tubuh yang merupakan penembak sniper.

Dapat mereka lihat kumpulan orang itu menggelupur di atas lantai bangunan sebelah apabila tembakan mereka mengena tepat pada kepala.

"Move! Move!"

Dareeka dan Zen membawa Keito sambil mereka menembak ke arah musuh-musuh yang berada di hadapan mereka, Keito pun berbalas tembakan kerana dia takkan biarkan sesiapa pun cedera kecuali musuh.

BANG!

BANG!

BANG!

"Ini mesti kerja Takeda dengan Zeph!"bentak Zen sambil membalas tembakan, marah kerana dua makhluk itu telah membuat onar dan merosakkan satu majlis perjumpaan yang menjadi tradisi mereka dari dahulu.

"Raizo! On your left!"Raizo menoleh, terus dia menerpa ke arah musuh yang masuk melalui tingkap. Dia melompat dan kedua belah kakinya bersilang membentuk gunting di leher musuh sebelum tubuh itu banting di atas lantai.

BANG!

Kepala musuh ditembak sebelum pistol itu diangkat untuk menembak dirinya.

Nathan pula bergelut dengan musuh yang muncul dari siling menggunakan tali, dia diterpa oleh seorang lelaki berbadan besar dan lehernya dikunci.

'Feroz...a little help here.'pinta Nathan dalam fikiran.

'Switch.'mata Nathan yang hitam itu terus bertukar menjadi biru menandakan tempat Nathan sudah bertukar dengan pemilik asal tubuh itu, Feroz.

"Mati kau!"bentak lelaki badan besar itu.

"Ha...Ha...Ha...pergi mati."jari telunjuk lelaki itu dipatahkan.

KRAK!

"Argh!"terlepas tangan yang mengunci pada leher Feroz.

Feroz menoleh kemudian dia capai satu botol arak yang berada di atas meja lalu dihayun pada kepala lelaki itu sehingga pecah.

PRANG!

Lelaki itu mengerang kesakitan, darah mengalir di pipi namun dia tidak sempat berbuat apa-apa apabila sisa botol kaca yang tajam di tangan Feroz itu sudah selamat dirodok pada kerongkongnya membuatkan dia terus rebah di atas lantai menjadi mayat.

"Bapak kejam..."kata Raizo dengan mata terkedip-kedip sebelum dia membalas tembakan, jarang-jarang dapat tengok aksi pembunuhan kejam yang dilakukan oleh duda mafia itu. Lagi-lagi bila Feroz atau Niel yang mengawal tubuh itu, Nathan pun tidak sekejam pemilik tubuh dan personaliti yang lagi satu tu.

Haq dan Dareeka membawa Keito keluar bersama Zen, Raizo dan Feroz. Mereka melihat ahli-ahli Arashikage yang sedang bergelut dengan orang-orang dari Hamada clan.

Ternyata telahan Haq memang tepat, apa yang Dareena beritahu bukan rancangan sebenar Zeph kerana lelaki itu tahu yang Dareena akan pasang telinga untuk mendengar apa yang dia rancang. Jadi, dia beritahu rancangan palsu pada Takeda.

Bijak Zeph bijak...

"Zen, kau bawa orang kau dengan Keito. Keluar dari sini!"pinta Haq.

"Korang?"

"Jangan risau! Sasaran diorang adalah aku dengan isteri aku! Pergi!"Zen dan Keito terus pergi dari situ bersama orang-orang Zen, kereta-kereta mewah itu meluncur laju tanpa mempedulikan orang-orang Hamada clan yang dilanggar.

Haq dan Dareeka pegang tangan sejenak dengan mata memandang antara satu sama lain.

"Take care."pesan mereka antara satu sama lain sebelum tautan dilepaskan.

"Haih...take care..."Raizo pandang Feroz.

"Buto."kan setepek kena dengan Feroz, amik kau!

Raizo mencebik, aku caring sikit pun salah.

Mereka berempat terus menyerbu ke arah orang-orang Hamada clan yang mahu menerpa mereka, ada yang ditembak dan ada yang dipatahkan anggota tubuh mereka sehingga tidak boleh bergerak.

Haq, Dareeka, Raizo dan Feroz terpisah dalam pergelutan itu. Mereka perlu tewaskan semua orang-orang Hamada clan dengan bantuan orang-orang Arashikage yang disediakan oleh Keito sebagai back up plan.

Sedang Haq bergelut, muncul satu tendangan dari belakangnya membuatkan tubuh lelaki itu teranjak ke hadapan. Terus Haq menoleh dan melihat Takeda yang muncul bersama sebilah pedang katana.

Katana itu dihala pada Haq.

"Kau akan mati hari ni, Haq. And you will say goodbye to your wife or maybe not."sinis Takeda.

Haq senyum sinis, dia toleh dan menarik kasar satu bilah katana yang ditusuk pada badan mayat yang berada di sebelahnya.

Tidak menunggu lama, mereka terus menyerbu dan berlawan pedang. Kuat bunyi dentingan katana masing-masing apabila bertemu dan dengan pantas Haq melibas katana itu pada lengan Takeda membuatkan lelaki tua itu menjerit seraya melutut di hadapan Haq.

"Kau kata aku mati, kan? Sekarang yang melutut adalah kau dan yang mati adalah kau."sinis Haq sebelum dia melibas pedang itu pada leher Takeda, terus kepala lelaki tua itu putus dari badan dan rebah bersama darah yang membasahi jalan di hadapan bangunan itu.

"Haq!"

Haq menoleh dan melihat ke arah Raizo dan Feroz yang sedang bertempur dengan musuh.

"Dareeka!"terus kepala Haq menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Raizo sebelum lelaki itu menarik kembali jarinya yang hampir terkena libasan katana musuh, dasar musuh tak bermaruah main libas curi.

Haq melihat isterinya yang diangkut oleh Zeph di atas bahu lalu lelaki itu membawa isterinya masuk ke dalam sebuah van putih yang dipandu oleh beberapa orang Arashikage.

"Haq!"dia memandang Feroz.

Satu kunci dicampak pada Haq.

"Pergi dulu! Kitorang datang nanti! Bike sana!"Feroz sempat memberi arah superbike yang berada di situ.

Haq tidak menunggu lama, terus dia menghidupkan tracker yang dia pasang pada gelang Dareeka. Enjin dihidupkan lalu dia terus memecut laju untuk mengejar van tadi, helmet pun sudah hilang ke mana bila dia memecut laju.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now