𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 23

5.7K 428 6
                                    

"KAU sure ke ni tempat dia?"soal Nathan pada Dheo yang berada di tempat duduk pemandu, mata memandang ke arah superbike yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan apartment mewah itu.

Dheo angguk sekilas. Sebaik sahaja ambil Nathan dan Que di lapangan terbang, mereka terus menuju ke lokasi yang diberikan oleh private investigator yang diupah oleh Dheo dan kini mereka berada di sebuah bangunan apartment private yang berada di kawasan Tokyo.

"So, kita dah nampak owner motor masuk. Kita nak tunggu apa lagi? Karpet merah?"soal Raizo, air kotak strawberry yang dibeli di 7-Eleven tadi dihirup perlahan.

"Sabarlah, budak strawberry. Kita baru sampai ni, bagi aku dengan Nathan rehat kejap."bebel Que, ingat tak penat duduk dalam kapal terbang tu sampai berbelas jam? Itu tak termasuk kalau mereka kena transit, mahu 24 jam atau lebih mereka perlu tunggu.

Raizo mencebik sambil menyedut air kotak itu, dia memandang Nathan dan Dheo lalu bahu mereka ditepuk beberapa kali membuatkan mereka menoleh dengan wajah kosong.

"Lama lagi ke nak tunggu ni? Aku nak balik layan k-drama, aku nak marathon Alchemy of Souls...aku nak tengok crush aku Go Youngjoung..."kata Raizo menongkat dagu, mindanya membayangkan wajah celebrity crush itu.

Nathan, Dheo dan Que menggelengkan kepala.

"Habis, kau punya long term crush tu nak letak mana? Bagi aku?"terus Raizo menjeling tajam ke arah Que, jantan ni.

"Kau nak mati? Kau tahu tak yang muka long term crush aku tu macam Go Youngjoung, tunggu masa je nanti aku nak jumpa dia."geram Raizo, celebrity crush dengan long term crush kita ada muka seiras tau.

Que menjeling menyampah, nasiblah kawan dengan orang gila air kotak ni.

'Raizo ni memang tak reti diam ke? Aku stress kadang-kadang dengan jantan ni.'kata Feroz dingin dalam fikiran Nathan.

'Sabar, Feroz. Kita dengan dia tak jauh beza pun, masing-masing ada sakit mental cuma dia lain kita lain sakit mental.'Niel menenangkan Feroz, boleh tahan emosi jugak si Feroz ni kadang.

Nathan tenang, Feroz dingin dan Niel si cinnamon rolls yang menjadi penenang kalau Feroz naik hantu.

"Dah. Jom turun."ajak Dheo.

"Finally."kata Raizo, akhirnya turun juga mereka dari kereta ini.

Nathan dan Que turun dari kereta bersama Dheo dan Raizo sebelum mereka memakai mask hitam untuk menutupi wajah mereka dari dilihat oleh orang lain.

Mereka melangkah masuk ke dalam bangunan apartment itu lalu seorang lelaki yang memakai topi hitam mendekat pada mereka, terus lelaki itu menghulurkan satu kad akses pada Dheo beserta segugus kunci rumah.

"Ini kad akses dan kunci untuk owner rumah tu, boss jangan risau sebab takkan kantoi yang ni duplicate."Dheo angguk kepala.

"Good job, Fit. Anything aku akan call kau and this is your pay."satu sampul diserahkan pada Fit, Fit menganggukkan kepala sambil mencapai sampul itu.

"Saya pergi dulu, boss."Fit pamit sebelum mereka berempat bergerak untuk menuju ke lif lobi.

Masuk sahaja ke dalam lif, mereka menekan butang lif tingkat pemilik apartment yang menjadi sasaran mereka lalu lif itu mula bergerak naik.

TING!

Sampai sahaja di tingkat atas, mereka terus menuju ke nombor rumah yang tertera pada kunci. Mereka berdiri di hadapan pintu dan Dheo terus membuka pintu rumah itu dengan penuh selamba.

BAM!

"Membeku! Anda ditahan kalau rumah ni tiada air kotak!"Raizo menyerbu masuk ke dalam rumah sebelum sempat Dheo memulas tombol pintu.

"Argh!"Raizo memandang ke arah bunyi jeritan tersebut.

"Ah apa yang aku tengok ni? Dheo! Duda! Komando! Tolong mata aku dah ternoda!"terus Raizo tutup mata apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel bersama dua orang wanita yang berpakaian tidak cukup kain dan keadaan mereka sekarang ni sangat tidak ramah.

Que sudah tepuk dahi dengan Nathan dan Dheo yang  menggelengkan kepala, dalam hati mereka sudah berdosa agar mereka dikurniakan kesabaran melayan perangai gila seorang Raizo Laith yang sememangnya bekas pesakit hospital gila.

"Siapa korang ni?"soal lelaki itu dengan nada tinggi sambil memakai seluar, perempuan-perempuan tadi sudah berlari naik ke tingkat dua apartment itu.

Dheo pandang ke arah Nathan.

"Nathan, panggil Feroz uruskan."pinta Dheo.

Nathan pejam mata untuk sesaat sebelum iris hitam dia bertukar menjadi biru saat matanya kembali dicelik, senyuman sinis diukir sebelum dia masuk ke dalam apartment tersebut.

"Aduh!"tubuh Raizo ditolak tepi hingga dia berlanggar dengan dinding.

"Tak guna punya duda!"marah Raizo.

"Jangan over sangat, Raizo. Fokus."pintas Que sebelum Raizo mahu baling botol sake yang dia nampak pada Feroz.

Raizo mencebik lalu dia letak kembali botol itu dengan kasar.

"Kau tunggu aku balas nanti, dasar duda DID."Raizo jeling Feroz yang tak pandang langsung dia kerana dia berhadapan dengan lelaki tadi.

"Korang ni semua siapa? Kenapa korang boleh muncul dekat rumah aku? Mana dapat access and kunci rumah a-"belum sempat lelaki itu berkata, Feroz sudah mencebik leher lelaki itu dengan sebelah tangan.

"Aku tanya baru cakap. Kau tak ikut cakap, aku bunuh kau terus."dingin Feroz membuatkan lelaki itu terdiam sambil menahan sakit cengkaman pada lehernya.

Dheo hanya diam sahaja, tidak akan masuk campur kerana dia mahu Feroz yang buat lelaki itu bercakap.

"C...Cakap apa yang...kau...kau...nak..."kata lelaki itu sambil mencari nafas.

"Siapa owner motor yang kau bawa tadi?"soal Feroz dingin.

"Motor?"

"Yelah motor, bukan dia tanya kapal terbang ke kapla ke apa."celah Raizo keluar dari dapur bersama sebungkus air kotak yang masih belum dibuka, air kotak lemonade.

Que geram, mamat ni buat macam rumah dia sendiri padahal ini rumah orang.

"Cakap."dingin Feroz, mata birunya semakin tajam memandang ke arah lelaki itu.

"Aku tak tahu."

"Kau tak tahu? Betul ni kau tak tahu? Ke kau tahu tapi kau taknak cakap?"psiko Feroz, ini memang menarik kalau orang tak mahu berikan dia jawapan yang sepatutnya.

Wajah lelaki itu berubah untuk sesaat namun cepat dikawal walaupun leher masih sakit dicekik Feroz tika ini.

"Diam lagi? Okay then."Feroz heret lelaki itu ke balkoni.

"Apa kau nak buat ni!? Argh!"jerit lelaki itu apabila Feroz menolak separuh tubuhnya pada penghadang tangan itu, kalau dilepas leher lelaki itu memang badan dia akan hancur jatuh dari tingkat 45 itu.

"Dia sudah datang dah."kata Raizo menghirup air kotak yang dia ambil. Dia ambil tak curi sebab belum buka.

Dheo dan Que diam memerhati sambil telinga dipasang.

"3 seconds...3...2..."belum Feroz habiskan kiraan, terus lelaki itu bersuara.

"Okay. Okay aku cakap siapa."tegas lelaki itu.

"Kalau macam tu cakap!"suara Feroz semakin dingin.

"Owner motor sebelum ni..."

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now