DAREEKA menjengah ke arah dapur, dia melihat belakang tubuh suaminya yang hanya berseluar itu sedang berada di dapur.
Ditatap belakang badan suaminya yang berparut dan mempunyai tatu itu dengan tatapan penuh minat.
Sexy!
Dia berjalan ke arah suaminya secara berjungkit-jungkit untuk tidak menghasilkan bunyi bising. Bila dia berdiri di belakang badan suaminya itu, terus dia bertindak untuk menyergah.
"Baa!"
Haq tidak memberi respon mahupun terkejut, tangan dia sibuk memotong sayur. Dareeka mencebik kemudian dia memusingkan tubuh Haq untuk menghadapnya selepas pisau pada tangan lelaki itu diambil dan diletak tepi.
"Kenapa kau tak terkejut aku sergah kau?"soal Dareeka mencebik.
"I know you're here, bunga. I smell my favorite scent from the back."tangan Haq menggosok ubun ubun isterinya sebelum dahi wanita itu dikucup membuatkan cebikan tadi berubah menjadi senyuman.
"Kau masak apa?"soal Dareeka menjengah bahan masakan Haq.
"Well, just a simple thing. Kenapa? Kau nak apa-apa ke?"Haq menyoal, kedua belah tangan menekup pipi Dareeka itu.
Dareeka mengemam bibir, dia tak tahu nak cakap ke tak.
"Looks like something in your mind, what is it bunga?"Haq ingin tahu, bukan tak tahu kalau isteri dia dah buat muka mesti ada benda yang dia nak.
"Can...can I have your attention, please?"pinta Dareeka perlahan, wajah yang merah itu dibiar sahaja jadi tatapan suaminya.
Haq senyum nipis, dia angguk sekilas lalu tubuh isterinya diangkat dan diletak di atas kitchen island. Dareeka hanya biarkan sahaja tindakan suaminya itu sambil leher lelaki itu dirangkul.
"Okay now you get my attention, what is it?"soal Haq menyelit rambut isterinya ke belakang telinga.
"Do you mind if I want to ask you about what happened 8 years ago?"Dareeka menyoal ingin tahu, dia perlukan jawapan apa yang buat Haq tinggalkan dia lapan tahun lalu.
Haq angguk, dah sampai masa isterinya tahu apa yang jadi lapan tahun yang lalu.
"Sure."Haq mula bercerita dan Dareeka memasang telinga dengan tangan melingkar di leher suaminya.
8 TAHUN LALU.
Sudah dua bulan berlalu sejak pernikahan Haq dan Dareeka secara rahsia itu, tiada siapa yang tahu tentang pernikahan mereka kecuali kenalan Haq iaitu Raizo, Feroz, Dheo dan Que.
Agak susah untuk mereka berdua meluangkan masa bersama sejak kembali ke rumah agam Arashikage, kadang-kadang sahaja mereka akan berjumpa di hutan belakang rumah agam itu untuk bersama walaupun untuk jangka masa yang sekejap.
"Haq."Haq yang sedang baring di riba Dareeka itu mencelikkan mata menatap mata hitam isterinya, dia ukir senyum nipis.
"Kenapa?"
"I think Haq dah kena beritahu Keito pasal kita."kata Dareeka perlahan.
"Why? Bukan ke kita dah setuju yang kita akan cakap kat dia?"
"Yes, bunga tahu but bunga nak Haq beritahu Keito sekarang sebab...sebab..."
"Sebab?"Haq pelik dengan isterinya yang tiba-tiba tergagap.
Dareeka memandang suaminya, dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia hembus perlahan.
"Sebab bunga pregnant."dari baring, terus Haq bangun memandang isterinya dengan tatapan terkejut. Dia memandang perut dan wajah isterinya silih berganti.
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomansUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...