"HAQ..."
Haq yang sedang merenung ke arah kawasan rumah agam Arashikage yang dikawal ketat itu terus menoleh saat suara isteri menyapa gegendang telinganya, dia ukir senyuman buat wanita itu.
"Ya bunga?"Haq menggamit tangan Dareeka untuk merapat dengannya.
Bahu wanita itu dipegang sebelum kepala isterinya mula berlabuh di bahu Haq. Dibiar sahaja tingkah isterinya sekarang ini.
"Haq fikir pasal Zeph?"soal Dareeka.
Haq tidak menjawab, hanya anggukan sekilas yang diberi cukup untuk membuat isterinya faham.
"Didn't expect yang orang mati is hunting for me now."kata Haq perlahan.
Zeph yang disangka sudah mati 10 tahun yang lalu rupanya bersembunyi dan merancang untuk membunuh dengan menggunakan orang Arashikage.
Dareeka pandang suaminya.
"Apa yang jadi bukan salah Haq."Dareeka memberi peringatan pada suaminya.
"He used to be obses with you, do you remember it?"soal Haq.
Dareeka diam sejenak sebelum kepala dijatuhkan beberapa kali.
10 TAHUN LALU.
"Kenapa kau tak boleh terima aku? Kau tahu yang aku suka kau dari kecil lagi, Dareeka."Zeph menayangkan wajah tidak puas hati apabila dia ditolak oleh Dareeka.
Dareeka menatap kosong ke arah lelaki itu, dia menghela nafas. Ini bukan pertama kali Zeph memberi luahan hati padanya tapi sudah beberapa kali namun dia langsung tidak menerima luahan hati lelaki itu.
"Zeph, aku anggap kau macam saudara aku sendiri. Tak lebih dan tak kurang, kau macam ahli keluarga aku dalam Arashikage."terang Dareeka dengan tegas kali ini supaya lelaki di hadapannya ini faham yang dia tak berminat dengan Zeph.
Zeph merengus, apa kurangnya dia?
"Kau tahu aku takkan give up, kan? At least bagi aku satu peluang untuk buktikan yang aku boleh jadi lebih daripada seorang saudara pada kau. Or should I say to be a better husband."tegas Zeph.
Dareeka sudah geram, susah sangat ke lelaki ini nak faham?
"Aku cakap sekali je, Zeph. Aku tak suka kau lebih dari seorang saudara dan aku takkan anggap kau lebih apatah lagi untuk pilih kau jadi suami. Never, Zeph."
"Give me a solid reason, why? Kau ada pilihan hati kau sendiri ke?"soal Zeph ingin tahu.
"Ya, memang aku ada pilihan hati dan orang tu bukan kau."
"Siapa?"lantang Zeph menyoal, hati membara apabila mendengar Dareeka sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Sepatutnya wanita ini hak dia seorang sahaja.
"Tak perlu tahu."tegas Dareeka namun Zeph dapat menangkap siapa orang yang dimaksudkan apabila dia melihat Dareeka memandang ke satu arah, dia turut memandang ke arah yang sama dan melihat Haq yang sedang melatih orang-orang yang baru masuk ke dalam kumpulan yakuza itu.
"Dizran Al-Haq kan pilihan hati kau?"Zeph menyoal dengan nada dingin membuatkan Dareeka menoleh ke arah lelaki tu.
"Kau dah tahu? Jadi dah faham kenapa aku tak pilih kau?"soal Dareeka lebih kepada menyindir lelaki itu.
Zeph ketap rahang, terus tangan laju mencapai katana yang tersisip rapi di pinggang sebelum ditarik dan diangkat tinggi untuk dilibas ke arah Dareeka.
TANG!
Terhenti bilah itu apabila satu katana menghalang, terus Zeph dan Dareeka memandang ke arah Haq yang menayangkan wajah dingin.
"Kau okay?"Haq jeling Dareeka di sebelahnya, gadis itu mengangguk sekilas sebelum mata kelabu Haq kembali tertumpu pada Zeph.
"Apahal ni? Apa yang kau cuba buat ni, Zeph?"soal Haq dingin, nasib baik dia cepat. Kalau tidak, sudah jadi mayat wanita yang bertaktha di hati dia itu.
Zeph ukir senyum sinis. Dia melibas pedang ke arah Haq, Haq pantas mengelak dan menahan setiap hayunan katana itu padanya sambil dia melindungi Dareeka dari terkena bilah yang tajam itu.
Melihat ada peluang, Haq menendang perut Zeph sehingga lelaki itu terundur beberapa tapak ke belakang.
Zeph meludah cecair merah yang berada di dalam mulutnya, matanya membara memandang ke arah Haq dan Dareeka sambil dia angkat tinggi pedang katana itu.
"Tak guna kau, Haq! Mati kau!"Zeph menyerbu ke arah Haq, dia mahu tamatkan riwayat Haq namun terhenti niat itu apabila Keito dan Satoru muncul menahan lelaki itu.
"Apa yang kau buat ni, Zeph?"soal Keito dingin.
"Korang okay?"soal Satoru pada Haq dan Dareeka, mereka berdua angguk kepala sebelum mata kembali memandang ke arah Zeph yang sedang bersemuka dengan Keito.
"Tepi, Keito. Ini bukan hal kau, ini hal aku dengan dia."katana itu dihala pada Haq yang menayangkan wajah dingin.
Keito angkat kening, dia turun bilah katana Zeph dengan dua jari sebelum dia menolak dahi lelaki itu sehingga terundur beberapa tapak ke belakang.
"Kau jadi gila hanya kerana seorang perempuan tak terima kau? Kau ni dah kenapa, Zeph?"soal Keito membuatkan Zeph tersentak.
"Aku tahu kau suka Dareeka dan aku harap kau boleh terima bila dia tolak kau. But, I admit that it was a mistake. You almost kill my daughter just now."suara tenang Keito bertukar menjadi dingin untuk sesaat. Kalau Haq tidak muncul memang dia akan bunuh Zeph sekarang juga.
Zeph tayang muka tidak puas hati.
"Aku tak boleh terima kalau dia ada lelaki lain, lelaki yang patut ada dalam hati dia hanya aku dan aku seorang sahaja. Kalau bukan aku, aku sendiri akan pastikan takde orang boleh bersama dengan dia sampai mampus!"bentak Zeph.
PANG!
Terteleng kepala Zeph ditampar oleh Keito, dia kembali memandang tajam ke arah Keito. Sudah tidak peduli jika orang itu ialah orang yang kutip dia tepi jalan sekalipun.
"Mulai hari ni, kau bukan salah seorang dari kami lagi. Kau boleh keluar and jangan tunjuk muka kau lagi lepas ni. Kalau tak, aku sendiri yang akan cabut nyawa kau."dingin Keito.
Zeph ketawa sinis, dia masukkan katana ke dalam sarung sebelum dia menepuk tangan beberapa kali dengan ketawa sinis yang masih ada.
"Baik. Baik. Kau halau aku, takpe Keito. You just wait, satu hari nanti aku akan bawa Dareeka dengan aku. Jauh dari semua orang terutamanya..."mata dia tertumpu pada Haq kemudian jari telunjuk diangkat.
"Kau."
Haq tayang wajah beku dia, langsung tak tergugat.
"Keluar!"halau Keito lalu Satoru dan beberapa orang Arashikage mengheret Zeph keluar dari rumah agam itu.
"INGATKAN dah mati lepas kena halau, hidup lagi rupanya jantan tu."kata Dareeka.
Haq pegang bahu isterinya, sebelah lagi tangan menggamit tangan wanita itu lalu kekura tangan itu dielus lembut sambil mata memandang antara satu sama lain.
"Jangan risau, aku akan jaga kau. Kau bunga aku, bunga Dizran Al-Haq."kata Haq tenang membuatkan Dareeka tersenyum, terus dia mengucup hidung suaminya itu sebelum dahi mereka saling bersentuhan.
"Bunga pegang kata-kata Haq."
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
عاطفيةUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...