MATA perlahan dicelik, dia melihat sekeliling was VIP itu kemudian mata dia tertumpu pada Haq yang sedang membelakanginya. Terus dia ukir senyuman dan perlahan tangannya menyentuh belakang badan suaminya.
"Abang..."panggilnya perlahan.
Haq pusing kemudian ukir senyuman, dia bantu isterinya untuk bersandar pada kepala katil dengan penuh berhati-hati.
Air yang sudah dituang tadi dicapai lalu dihulur pada isterinya.
"Minum air dulu."Dareeka akur, cawan itu diambil kemudian dihirup perlahan oleh Dareeka sehingga habis lalu cawan kosong itu kembali diletak di atas kabinet di tepi katil.
"Mama okay?"Dareeka memandang Irvan, dia ukir senyum kemudian dia gosok kepala anak lelakinya itu. Nampak kerisauan di wajah anak bujang dia itu.
"Mama okay."kepala dikalih memandang suaminya.
"Abang..."
"Ya bunga?"lembut sahaja Haq menyahut.
"Keito datang ke?"
"Semua sekali dah on the way datang sini, Layla dengan Dheo pun dah on the way ke sini dari Paris."jawab Haq tenang lalu Dareeka menganggukkan kepala beberapa kali.
"Baby mana?"soal Dareeka pada suaminya.
"Baby?"Dareeka angguk.
"Tunggu kejap, Irvan tolong papa kejap."Haq bangun menuju ke pintu wad itu bersama dengan Irvan dan Dareeka mula tayang muka pelik bila melihat dua beranak itu membuka luas pintu wad tersebut.
Dalam masa beberapa saat, dua katil bayi ditolak masuk ke dalam was itu sekaligus membuatkan mata Dareeka membulat. Dia melihat dua katil bayi itu sebelum dia memandang suami dan anak lelakinya dengan wajah meminta penjelasan.
Haq senyum melihat wajah isterinya, Irvan pula tahan diri dari melepaskan tawa melihat reaksi mamanya. Memang nampak terkejut sangat itu.
"Ini baby kita?"
"Babies, bunga. Anak-anak kita. Hero-hero kita."Dareeka menekup mulut tidak percaya, dia pandang dua katil bayi yang kini berada di tepi katilnya. Tidak dapat dia jangka yang selama ni dia mengandungkan anak kembar.
"Boys?"Haq angguk kepala, dia melabuhkan punggung di sisi isterinya kemudian bahu wanita itu dipaut.
"Kita dapat anak lelaki kembar."Dareeka menangis gembira, dia terus peluk suaminya dengan erat dan Haq turut membalas pelukan isterinya itu.
Irvan pun tidak buang masa, dia turut memeluk mama dan papanya dengan erat. Dia pun turut gembira bila dah ada adik lelaki, dua pulak tu. Buy 1 free 1 agaknya.
Selepas beberapa minit mereka berpelukan, pelukan itu dileraikan kemudian mereka menatap dua wajah baharu dalam keluarga mereka yang sudah membesar.
"Dah ada nama untuk diorang?"soal Dareeka.
"Why not abang bagi satu nama, bunga bagi satu nama?"Dareeka angguk setuju, cuma...
"Mana satu yang keluar dulu?"soal Dareeka, macam mana nak beza kalau dua-dua muka lebih kurang macam dia dengan suami dia.
Mix.
"Well...simple, yang ini is the first one yang keluar dulu sebab..."Haq sengaja gantung ayatnya, isterinya itu dipandang semula.
"Cuba bunga tengok betul-betul, apa yang membezakan diorang?"
"Haah mama, mama tengok then mama akan tahu baby mana yang keluar dulu."kata Irvan dengan nada yang cukup tenang.
Dareeka tayang muka tidak faham, dia bergerak sedikit ke hadapan untuk melihat apa perbezaan anak kembar lelaki dia ni.
Dan baru dia tahu macam mana nak membezakan mereka berdua, dia mendongak memandang suami dan anaknya semula dengan senyuman yang lebar.
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...