𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 25

5.4K 420 6
                                    

TAKESHI keluar daripada kelab malam itu bersama konco-konconya dalam keadaan mabuk, masing-masing berjalan terhuyung-hayang menuju ke kereta yang sudah diambil oleh pemandu Takeshi.

"Balik...balik..."kata Takeshi dalam keadaan mabuk sambil dipapah oleh anak buahnya.

"Ya boss, kita bawa boss balik."pintu tempat duduk belakang dibuka untuk memasukkan Takeshi ke dalam kereta Mercedes tersebut namun belum separuh tubuh majikan itu masuk, ada satu bunyi membuatkan mereka menoleh bersama beberapa orang konco Takeshi yang masih belum memboloskan diri ke dalam kereta.

TANG!

TANG!

Satu sosok tubuh berpakaian serba hitam dengan separuh wajah ditutup dengan mask hitam sedang mengetuk bonet hadapan kereta Takeshi dengan satu baton besi untuk beberapa kali.

"Oi! Kau siapa? Kau tahu tak ni siapa?"soal salah seorang konco Takeshi dengan nada yang bengis.

Sosok tubuh itu diam, baton besi itu masih lagi diketuk pada bonet tanpa menghiraukan soalan lelaki tadi. Lelaki yang menyoalnya dengan dingin tadi mula merengus, dia membawa langkah ke arah sosok tubuh itu bersama pisau.

"Kau ni memang nak mati, sial!"lelaki itu mula mahu menghunus pisau ke arah sosok tubuh itu. Namun, dalam sekelip mata sahaja pisau itu tidak dapat menusuk pada sosok tubuh itu.

Yang lain tergamam termasuklah Takeshi apabila mereka melihat kepala lelaki itu sudah memancutkan darah kerana terkena baton besi tepat di tengah dahi, banyak cecair pekat berwarna merah yang mengalir deras dari kepala lelaki itu sehingga dia rebah di atas lantai.

"Korang tunggu apa lagi? Bunuh dia!"arah Takeshi apabila melihat konco-konconya masih lagi kaku di tempat masing-masing.

Mereka mengeluarkan pisau masing-masing, tiada senjata lain yang mereka bawa memandangkan mereka tidak jangka akan diserang. Semua mula menyerbu ke arah sosok tubuh itu dengan pisau yang siap sedia untuk dihunus.

Sosok tubuh itu menayangkan senyuman sinis dibalik topeng hitam yang menutup separuh wajahnya, dia turut mengambil langkah serupa dengan konco-konco Takeshi yang kian mendekat.

Konco-konco Takeshi menghunus pisau itu pada sosok tubuh tadi.

Dia bergerak mengelak dan menangkis setiap hunusan pisau yang dituju padanya sebelum dia membalas serangan mereka sambil menghayun baton besi itu pada kepala konco-konco Takeshi, bunyi retak pada dahi mereka kedengaran agak kuat kerana hayunan yang diberikan sangat laju.

Takeshi sudah terkaku, dia melihat sudah ramai konco-konco yang bersamanya itu mati di tangan sosok tubuh yang masih bergelut itu. Dia mengeluarkan telefon untuk menghubungi ayahnya namun tidak diangkat.

"Fuck!"carutnya beberapa kali, dia bergerak mencapai pistol yang kebetulan tersorok di bawah kerusi pemandu.

"Argh!"tingkah Takeshi terbantut apabila satu pisau meluncur masuk pada tepi abdomennya membuatkan dia terduduk di tepi kereta memandang ke arah sosok tubuh tadi yang sedang memandang sinis ke arahnya bersama baton besi yang sudah penuh dengan darah.

"Si...Siapa kau?"soal Takeshi sambil mengesot ke belakang tatkala sosok tubuh tadi kian mendekat, sakit pada tepi perutnya itu ditahan walaupun darah sudah banyak mengalir.

Sosok tubuh itu mula angkat sebelah tangan untuk membuka mask hitam dan sebaik sahaja mask itu ditanggalkan, terus mata Takeshi membulat saat melihat gerangan sosok tubuh itu.

"Kau!?"

"Mati."terus baton besi itu dihayun pada kepala Takeshi untuk beberapa kali tanpa henti hingga seluruh kawasan hadapan kelab malam itu sudah dipenuhi dengan darah dan mayat-mayat itu.

Bunyi siren menarik perhatian, dia menoleh memandang ke arah beberapa buah kereta polis yang sedang meluncur laju ke arah kelab itu.

Nampaknya ada orang yang sudah buat laporan polis mengenai serangan ini, dia jamin esok majalah yakuza akan kecoh dengan kematian anak ketua Hamada clan yang mati dibunuh dengan kejam.

Terus sosok tubuh tadi melangkah untuk menghilangkan diri di lorong kelab yang gelap gelita itu, yang dia tahu sekarang tugas pertama dia sudah selesai.

KEITO berjalan seorang diri di tengah halaman rumah itu sambil menghirup udara segar di waktu malam, ini sahaja waktu yang dia rasa tenang apabila tiada urusan mengenai kumpulan yakuza atau kawasan yang diganggu sejak Arashikage menang manifesto.

Rasa nyaman bila dia berada di situ, mata melihat ikan-ikan koi yang sedang berenang di dalam kolam yang cantik itu.

Sedang dia ralit dengan udara yang nyaman pada malam itu, suara orang yang memanggil ke arahnya membuatkan dia menoleh pada pemilik suara yang menyeru namanya.

"Tuan Keito!"Satoru kelihatan termengah-mengah berlari ke arahnya, dia menjungkit kening melihat pembantunya itu dalam keadaan tercungap-cungap seperti dikejar hantu.

"Kenapa?"soalnya tenang.

Satoru menarik dan menghembus nafas untuk beberapa kali sebelum dia memandang Keito, dia mula memberitahu sesuatu yang membuatkan wajah Keito serta merta berubah terkejut.

"What?"Keito mula mendekat ke arah Satoru.

"Kau tak main-main, kan? Apa yang kau cakap ni satu tuduhan yang sangat berat, kau sendiri tahu pasal benda ni, kan?"soal Keito mendatar, tangan sudah memegang bahu Satoru dengan panahan mata yang tajam.

"Betul, tuan. Tuan Haq dan Cik Dareeka pun dah on the way ke sini lepas diorang beritahu saya siapa punca kehilangan Haq dulu."jelas Satoru dengan wajah tegas.

"Haq dengan Dareeka datang sini?"soal Keito mengerutkan dahi.

"Ya tuan, mereka akan tiba sekejap lagi."jawab Satoru.

Keito menghela nafas panjang, nampaknya apa yang Satoru cakap sudah membuatkan pasangan itu kembali ke rumah agam itu walaupun dia mahu mereka berehat dan tidak masuk campur hal ini tapi dia tahu hal ini melibatkan Haq juga.

"Hill mana?"soal Keito.

"Dia on the way balik, tuan. Mungkin dia akan sampai dalam masa 15 minit."Keito menganggukkan kepala.

"Tuan Keito."Keito memandang salah seorang anak buahnya yang baru sahaja tiba di situ.

"Kenapa?"

"Tuan Haq dan Cik Dareeka dah sampai, mereka dah menunggu tuan di ruang tamu."jelas lelaki itu sambil mengangkat kepala dari posisi menunduk hormat tadi.

Keito dan Satoru terus berjalan menuju ke arah ruang tamu yang terletak di hujung koridor. Sampai sahaja, mereka melihat Haq dan Dareeka sudah berdiri berpeluk tubuh menanti kehadiran mereka.

"Haq, Dareeka."sapa Keito manakala Satoru menunduk hormat pada mereka berdua.

"Mana Hill?"soal Haq mendatar, Dareeka di sebelah hanya diam sahaja dengan wajah dingin.

Dalam beberapa saat, mereka melihat satu sosok tubuh yang melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Orang yang mereka tunggu-tunggu sudah pun muncul.

"Hill."Haq bersuara dingin.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now