RAIZO duduk di kafe sambil menongkat dagu memandang ke arah cawan kopi yang baru sahaja dia pesan tadi, topi dan hoodie di kepalanya itu dibetulkan sedikit.
Jam G-Shock pada pergelangan tangannya itu dikerling, pukul 3 petang dan mata dia mula melihat sekeliling. Sepatutnya orang yang dia tunggu-tunggu sudah muncul tepat pukul 3 kerana setiap hari mesti orang itu akan datang ke sini.
"Mana dia ni?"soal Raizo perlahan, mata dia melilau di dalam kafe itu.
TING!
Terus dia menoleh ke arah pintu apabila bunyi loceng di pintu kafe itu sampai ke gegendang telinganya, terus dia senyum nipis saat melihat satu sosok tubuh yang dia tunggu-tunggu melangkah masuk bersama beberapa orang pengawal peribadi.
Wajah itu masih sama macam dulu dan semakin jelita. Dengan rambut panjang dibiar lepas bebas, hidung mancung serta bulu mata lentik. Mata yang bundar dan bibir merah bak delima memang mampu menarik perhatian mana-mana lelaki termasuk dirinya.
Kalau dia bersuara, automatik Raizo jatuh tersungkur dengar suara dia.
"Cik Helena! Cik Helena! Boleh kita bergambar?"pinta salah seorang pelanggan itu.
Helena senyum, dia angguk kepala kemudian pelanggan itu mula bergambar dengan gadis jelita itu dan selepas itu mula ramai pelanggan yang berpusu-pusu mahu bergambar dengan Helena.
Siapa sahaja yang tidak mahu bergambar dengan Helena Swan? Selebriti dan model terkenal merangkap anak jutawan dunia, Alexander Swan. Memang mana-mana gadis itu pergi dan buat akan menjadi perhatian ramai.
Raizo hanya berada di tempat duduknya sahaja memerhati, sesekali tangan mengangkat cawan kopi tadi untuk dihirup perlahan.
Dan tanpa Raizo sedar, tingkahnya itu secara tidak sengaja telah membuat Helena memandang ke arahnya. Hanya dia seorang sahaja lelaki yang duduk di situ dan tidak berganjak untuk menegur, bergambar mahupun meminta autograph darinya. Hanya di situ duduk minum kopi.
'He just stay on his chair with a cup of coffee, does he not know who I am?'soal Helena dalam hati, mata masih tertumpu pada Raizo yang masih tidak perasan Helena sedang memandangnya.
Suara peminat pun sudah tiada dalam pendengaran Helena saat ni, dia masih tertumpu pada Raizo seakan tiada orang di dalam kafe itu melainkan mereka berdua.
"Okay maaf ya semua, cik Helena perlukan rehat sekarang. Minta maaf dan beri laluan kepada dia untuk duduk dan menikmati minum petang dengan tenang tanpa sebarang gangguan."suara pengawal peribadinya membuatkan Helena tersedar dari lamunan, pantas dia menoleh memandang pelanggan-pelanggan kafe yang sudah mengeluh kerana ada yang tidak dapat bergambar dengannya.
"Don't worry, give me time to rest. Lepas ni I boleh ambik gambar dengan you all after I gain back my energy."Helena berkata dengan nada lembut membuatkan mereka akur.
Kali ini, tindakan Raizo menghirup kopi terbantut. Dia tidak menoleh tapi dia rasa mahu tersungkur sekarang bila dengar suara Helena, lembutnya ya ampun...dia cuba mengawal diri dan riak wajah tenang ditayang walaupun dalam hati sudah menjerit teruja dengar suara selebriti terkenal itu.
Sebaik sahaja pelanggan-pelanggan itu kembali ke tempat duduk, Helena mula duduk di satu tempat khas yang memang menjadi kedudukan dia setiap kali ke kafe ini untuk minum petang.
Mata Helena memandang ke arah belakang badan Raizo. Entah kenapa lelaki itu membuatkan perhatian dia tertarik.
"Cik Helena?"Helena memandang pengawal peribadinya yang menegur tadi.
"Ya?"
"Cik okay ke? Kenapa cik pandang lelaki tu? Cik kenal ke? Ke dia buat cik tak selesa?"bertubi-tubi soalan itu diaju pada Helena membuatkan gadis itu menggeleng kepala beberapa kali.
"No, bukan. I mengelamun je, just do as usual."pinta Helena kemudian mereka semua menurut dan memberi Helena ruang untuk rasa tenang seperti orang biasa.
Tempat duduk Raizo tadi dipandang namun bayang lelaki itu sudah hilang, yang tinggal hanyalah sekeping not ringgit di atas meja bersama secawan kopi tadi.
Dalam hati Helena mengeluh, dia tidak tahu kenapa tapi lelaki tadi seakan menarik perhatian dia kerana ini kali pertama seorang lelaki tidak datang merayu atau mengajaknya bergambar, bertegur sapa pun tidak dan ini membuatkan dia rasa tertarik pada lelaki tadi tapi sayang...
Lelaki itu sudah pergi.
"Maybe we can meet again someday, mystery guy."katanya perlahan.
HAQ dan Dareeka duduk di sofa, tubuh mereka sekarang sedang dipeluk oleh seseorang yang amat mereka kenali atau lebih tepat, orang yang Haq sangat kenali iaitu...
Aufiya Fareena.
"Rindunya papa dengan mama..."rengek Aufiya memeluk erat Haq dan Dareeka.
Mereka hanya tayang senyum manakala Xariel dan Andara sudah geleng kepala melihat anak dara mereka, drama queen sungguh macam pak cik dia tak lain tak bukan si Hayder.
Irvan pula hanya tayang wajah tenang sambil bersandar di sofa, perhati sahaja Aufiya buat jejak kasih bersama papa dan mama dia.
"Dah, dah. Jangan peluk lama sangat, tu pergi salam abang Irvan. Dia tu tua setahun daripada awak."tegur Xariel membuatkan Aufiya akur, dia turun dari pangkuan Haq dan Dareeka kemudian berjalan ke arah Irvan.
"Abang Irvan...nak salam..."Aufiya hulur tangan pada Irvan.
Irvan pandang Haq dan Dareeka, melihat mereka menganggukkan kepala barulah dia hulur tangan untuk bersalaman dengan Aufiya.
Baru sahaja Irvan mahu menarik tangannya, Aufiya mendongak kemudian mata dia ralit memandang wajah Irvan. Meneliti segenap wajah budak lelaki itu.
"Hey princess, apa tengok abang Irvan macam tu?"tegur Andara, risau dia tengok Aufiya pandang Irvan macam tengah scan sesuatu.
Xariel di sebelah rasa cemburu pula, dulu seekor singa menggatal dengan isteri dia. Sekarang ni, anak perempuan dia pulak tenung anak teruna orang macam nak telan siap pegang tangan pulak tu. Dengan dia, tenung macam tu pun tak dapat.
"Muka abang Irvan ni... mengingatkan Fiya dengan something lah."kata Aufiya memandang mummy dia, Andara.
"Apa princess?"
"Kejap eh...Fiya ingat balik."jari telunjuk Aufiya mengetuk dagu tapi sebelah lagi tangan memegang tangan Irvan, langsung tidak lepas.
"Hah! Dah ingat!"semua mula memberi tumpuan pada Aufiya termasuk Irvan, dia tak boleh nak tarik tangan dia sebab budak perempuan depan dia genggam kuat tangan dia taknak bagi lepas.
"Macam prince yang datang untuk teman Fiya dalam mimpi Fiya tapi abang Irvan ni lebih hensem dari prince dalam mimpi tu."terkedip-kedip mata Irvan.
Dareeka dan Andara sudah ketawa manakala Haq senyum senget. Xariel? Tak usah dicakap memang hati member tu sudah terbakar dengar ayat anak perempuannya itu, awal betul try anak orang.
"Hello princess, awak tu kecik lagi. Jangan gatal sangat eh."
Aufiya tayang muka bingung.
"Mana ada gatal, takde semut pun gigit Fiya."dan kali ini Irvan tahan ketawa, selamba badak betul Aufiya dengan daddy dia ni.
Xariel bersandar pada sofa pasrah dengan anak perempuannya itu. Kenapa anak perempuan aku boleh jadi macam ni?
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...